Jumaat, 16 Julai 2010

Kenangan Menjadi Pelakon Tambahan JPS 1992


Kenangan menjadi pelakon tambahan iklan John Player Speacial pada tahun 1992. Suatu hari pelakon Jalil Hamid yang merupakan jurulatih teater semasa belajar di ITM, Shah Alam mengajak aku dan Fuad rakan baikku ke sesi uji bakat di sekitar KL ( tak ingat area mana ). Dengan tidak disangka-sangka aku dan Fuad diterima menjadi pelakon tambahan.

Berehat bersama pelakon-pelakon JPS.

Bersama pengarah dan seorang pelakon.

Bersama Jalil Hamid bekas jrurlatih teater di ITM, Arau, Perlis.

Rabu, 14 Julai 2010

TERINGAT KERETA PERTAMAKU

Sejak zaman persekolahan  aku memang berciti-cita ingin memiliki kereta sendiri. Aku selalu melukis gambar-gambar kereta keluaran terbaru. Aku amat meminati lukisan karya Zainal Buang Husien dalam majalah Gila-Gila. Beliau amat gemar melukis gambar kereta samada dalam bentuk realistik atau karikatur. Selepas SPM aku masih terus melukis iaitu selepas membantu arwah abah di kebun . Biasanya selepas balik dari kebun, aku akan mandi dan selepas itu pergi ke surau di hadapan rumah untuk melukis. Arwah abah agak tidak gemar melihat aku hari2 melukis. Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal lukisan tapi pasal kereta. Tahun1995 aku masuk ITM dan grad 1989. Selepas itu aku bekerja sebagai designer di KL. Oleh kerana pada masa tersebut keadaan ekonomi meleset (melecet)... gaji yang kecil tidak memungkin aku dapat membeli kereta sendiri... apatah lagi hidup di KL.Tiga tahun menjadi designer di KL akhirnya aku bertekat untuk memohon KPLI dan Alhamdulillah sekali mencuba terus diterima. 1994 aku dihantar berkhidmat ke Lawas, Sarawak. Selama hampir 3 tahun aku hanya mampu memiliki kapcai Suzuki RC80. Jun 1997 guru senior dari semenanjung diluluskan perpindahannya ke semenanjung. Dia mempunyai kereta Datsun 120Y dan tidak ingin membawanya balik ke semenanjung kerana telah menempah kereta Proton Wira baru. Kesana kemari sebelum tarikh perpindahannya mencari buyer keretanya. Dia ingin menjual keretanya dengan harga 12k. Sehingga hampir tarikh perpindahannya... kereta tersebut belum dapat dijual. Aku saja melawak dengan cikgu-cikgu yang lain"Kereta macam tu mana ada orang nak harga 12k... kalau setakat 8k tu boleh jugak aku fikirkan.". Esok cikgu tersebut berjumpa aku dan menawarkan keretanya kepada aku dengan harga 8k. Aku serba salah...dah terlepas cakap. Fikir punya fikir aku cn akap "Kalau ada bank nak bagi 100% loan aku nak". Kalau dah jodoh tak kemana... esoknya dia beritahu MBF Finance boleh beri 100% loan.... alamak lagi lah aku tak boleh lari... fikir punya fikir aku pun setuju... maka Datsun 120Y berwarna merah menjadi milik aku.

Inilah kereta pertama aku...asalnya warna coklat...
kemudian cikgu tersebut tukar merah dan bila jadi milik aku...
aku tukar jadi kuning.

Jun 1998  permohonan perpindahan ke semenanjung diluluskan. Aku memang berhajat nak bawak balik kereta ku ni. Kalau aku jual mesti orang mintak murah2 aje... so aku bawak balik ajelah...walaupun pada tahun tersebut kementerian tidak dapat membayar bayaran perpindahan namun aku bawak jugak kereta aku dengan tambang Maskargo sebanyak 2k ditanggung sendiri... kereta aku naik kapalterbang sehari awal dari aku. Bila aku mendarat LTAB Subang.... abang ipar Datuk T menunggu dan menghantar aku ke Maskargo untuk mengambil kereta. Aku pun memandu kereta tersebut balik ke Johor.

Aku ditempatkan di Kulai/Kulaijaya iaitu di SMK Sultan Ibrahim. Tempat baru bagi aku namun aku mudah menyesesuaikan diri di tempat baru. Aku mendapat geng baru seperti Hamzah, Yusri, Roslan, Sallehuddin, Yazid, Rabiah dan termasuk Astanty yang kini jadi wife aku. Aku seakan jadi leader dia orang. Mereka menerima aku. Ok... balik kepada kereta aku. Di sekolah tersebut, guru bujang yang ada kereta  adalah aku sorang walau pun kereta lama. Kereta aku jadi macam kereta wakaf. Kereta tu pun jadi transport untuk kita orang gi main bowling, gi Carefour, Giant, Pantai Lido, perkhemahan, dan sebagainya. Apa yang aku suka kat kereta tu ialah pengurusannya mudah, enginnya simple, dan tak pernah rosak di perjalanan... namun yang kurang menariknya aku tak berani bawak kereta tersebut untuk jalan jauh. Senang cakap setakat JB-Kulai-Pt Sulong-Muar- Kota Tinggi-Desaru.

Di hadapan rumah sewa.

Bila dah di semenanjung mulalah tambah sikit2 aksesori. Di kalangan family mereka lebih senang menggelar kereta aku "KAREPEH" bermaksud "Biarkan' atau "CEMPLANG" bermaksd "Tak Sedap'. Tulisan itu ditampal pada cermin hadapan dan belakang. Aku ni memang gila-gila sikit. Exzos pasang besar walau pun tak lari laju. Spotlight, radio degung2, stereng kayu, spotrim dan sebagainya.


Gambar ketika "Kehmah Ibadat" di Pantai Tanjung Balau.

Tahun 2001, tak ingat bulan berapa terasa tak boleh jalan jauh walau pun ada kereta. Terlintas nak tukar kereta yang lebih baik. Kebetulan ada seorang cikgu dari Kelantan amat berminat dengan kereta aku  dan setelah tawar menawar cikgu tersebut sanggup membeli kereta aku dengan harga 4.5k... dan bawa balik Kelantan untuk dijadikan teksi sapu. Berpisahlah aku dengan kereta "CEMPLANG" aku.

TERINGAT KONVO KU

Pengetua sekolah aku meminta semua  guru meminjamkan gambar konvo guru-guru untuk discan seterusnya dipamer  di dalam pusat sumber "Kau Sumber Ilhamku". Idea pengetua aku anggap suatu yang positif iaitu untuk memotivasikan murid-murid agar menempa kejayaan seperti guru-guru mereka atau lebuh dari itu. Idea ini juga aku rasakan dapat membuktikan kepada murid-murid  bahawa cikgu yang mengajar mereka adalah mereka yang mempunyai kelayakan. Terdapat juga parent yang memandang rendah kepada profesion perguruan.  Ramai parent yang terdiri dari mereka yang berpendapatan tinggi dan pernah terjadi bila anak mereka diambil tindakan dengan sombong mereka berkata "Sudahla cikgu... tunggu peguam saya datang. Setakat gaji cikgu saya boleh bayar". Pengalaman benar yang berlaku kepada Tanty isteriku... seorang nyonya yang berjoging singgah berbual dengan Tanty di hadapan rumah maka terkeluarkan dari mulut nyonya tersebut. "Wah cikgu gaji sudah banyak ya... sudah sampai seribu cikgu". Terkedu Tanty menjawab "Adalah sikit". Itu sebenarnya mentaliti masyarakat yang tidak tahu perkembangan dunia pendidikan. Bukan nak berlagak tapi tak mau direndah-rendahkan martabat guru.


Konvokesyen pertama menerima Diploma In Art & Design (Graphic) ITM
pada tahun 1990. Diploma ini setaraf dengan Ijazah Am dan bila ITM dinaiktaraf
menjadi UiTM ia dikenali d engan Ijazah Muda Seni Lukis & Senireka.


Konvokesyen kedua semasa menerima
 Diploma Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
KPLI ( Pend. Seni )MPIK tahun 1994.

 

Isnin, 12 Julai 2010

BERHUJUNG MINGGU

Sabtu 10 Julai 2010 hari yang dinanti-nantikan untuk bertemu family Kak Lah. Sedari pagi Harih asyik bertanya pukul berapa Abang Hafeez nak sampai... berapa jam lagi walau pun dia belum tahu selama mana sejam. Hari ulangtahun ke 7 Harith adalah pada 9 Julai 2010 hari Jumaat.Setiap tahun hari ulangtahun Harith hanya di sambut  kami tiga beranak. Tiada acara di hotel atau di restoran ternama. Cukup sekadar mengingati sahaja dan memotong kek untuk kegembiraanya. Atas kehendak Harith agar acara memotong Kek harijadi dibuat pada hari Sabtu kerana nak bersama Abang Hafeez. Biar pun sekali sekala berjumpa namun hubungan Harith seperti begitu akrab. Saat yang dinantikan akhirnya sampai. Kak Lah and family sampai lebih kurang jam 5.45 petang... so acara memotong kek dilakukan semasa minum petang.

Hanya inilah kek hari jadi Harith... tiada kek 4-5 tingkat, atau kek istimewa Mummy Gee.

Tiup lilin Rith...semoga anak papa sihat, panjang usia, berakhlak mulia
dan menjadi anak yang soleh...berjaya kehidupan di dunia dan akhirat.

Hanya juadah minum petang.









Yang sama-sama meraikan.

Sedang kita orang makan-makan...minum-minum... tiba-tiba bekalan elektrik terganggu dan mengganggu minum petang kita orang.  Sebenarnya pihak TNB memang telah memberi notis bahawa gangguan bekalan elektrik akan berlaku dari jam sembilan pagi hingga lima petang namun kira-kira jam 2.30 petang bekalan telah pulih. Ingatkan dah oke... spoil betul.... maka berlilinlah nampaknya...gelap dan panas. Bekalan elektrik pulih dalam pukul 8.20 malam ketika sedang menyiapkan makan malam. Hidangan simple... nasi putih, pecal, ayam kari, ikan pindang, ikan terubuk masin, sambal belacan dan buah tembikai. Selepas makan malam ngobrol kejab dan dalam jam 10.30 malam zzzzzzzzzz.

Esok pagi minggu lepas sarapan gi pasar tani dengan Kak Lah. Kalau dah rezeki memang tak kemana...tak pernah kat pasar tani Kulai ada biji ranti...hari tu pulak ada biji ranti so aku borong. Lepas tu cari petai dengan tempe.

Menu tengahari tumis biji ranti, bobor daun ranti, ayam goreng, ikan goreng dan sambal belacan. Lepas zuhor family kakak dengan family Som datang...Harith memang sukalah jumpa sapupu-sepupunya.

Lanzs family


 Sesi ngobrol.
Saat yang tak menyeronokkan... pamit...

 
Sempat posing... sama rendah sama besar...


 
Bye...bye... Som & family... see you...

Di hadapan Kulai Hyper Market... Kak Lah cari otak-otak gulung.

Kak Lah & family bersiap untuk memulakan perjalanan pulang ke KL...hu..hu..huu...jumpa lagi.. 

Dua hari bersama... maaf kerana layanan tidak sempurna... ditakdirkan black-out... Tanty pulak terlibat dengan perkhemahan di sekolahnya... harap tidak serik... dan dijemput datang lagi di lain masa...


Isnin, 5 Julai 2010

REUNION UPPER SIX SMKSI 2006

N3 kali merupakan n3 sapu sawang yg baru 3-4 minggu tidak diupdate. Ini bukan kerana malas... cuma tak rajin jerrr. Hari Sabtu yang lepas 3 Julai sekumpulan bekas pelajar Tanty tingkatan 6 atas 2006 telah membuat satu pertemuan semula. Rumah kami dipilih oleh bekas pelajar-pelajr tersebut untuk bertemu. Apa istimewanya rumah kami pun kami tak pasti tapi yang aku tahu... Cikgu Astanty memang mudah mendapat tempat di hati pelajar... tidak seperti Cikgu Bahrin yang sukar untunk didekati.
Seawal jam 11.30 bekas pelajar Tanty mula berkumpul untuk menyediakan hidangan... yang terdiri dari mereka y ang berbangsa Cina.











Sebahagian bekas pelajar yang menyediakan makanan.


Merebus dan menggoreng...



Antara makanan yang disediakan.

Kemeriahan bila bertemu rakan-rakan lama... walaupun hanya
beberapa orang sahaja yang dapat hadir.


Bla..bla..bla..ha..ha..ha..nyam..nyam..nyam..herkkkkkkkkkkkk...

Chief cook..

Awak berdua kena duduk kat luar dulu ye......

Itu sahaja n3 kali ini.... tunggu next n3.