Ahad, 29 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA AMAL

Pada 27 Sept. 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431 kat sekolah aku buat majlis berbuka puasa amal bagi mengumpul dana un tuk menaiktaraf surau sekolah. Setiap sebuah meja dijual dengan harga RM 60.00 dan RM 20.00 daripadanya adalah untuk dana menaiktaraf surau. Hidangannya sederhana namun yang penting adalah untuk mengumpul dana. Antara menunya adalah ikan siakap sweet n sour, telor puyuh masak sambal, udang masak lemah dengan kacang panjang, air bandung, teh "o" ais, karipap dan kuih koci.



Persiapan sedang dilakukan.


Suasana majlis berbuka puasa.

POT LUCK BERBUKA PUASA ZON SELATAN

Aku ngan Som cadang nak buat berbuka sama-sama kat rumah kakak di Kota Tinggi. Tahun ini kakak jadi hostla... tahun lepas setiap rumah buat. Tahun cam sibuk gitu... so decice rumah kakak pada pot kita orang. Hari Sabtu yang ditetapkan kebetulan sekolah ganti so agak terkocoh kacah jugakla tapi dapatlah juga menyediakan beberapa menu. Bergerak dari Tmn Kulai Utama lebih kurang jam 6.15 dan sampai di Tmn Kota Jaya jam 7.05. Som and family dah sampai seawal jam 4.00 petang. Jom layan gambar.










Antara menu yang disiapkan untuk dingap sebentar lagi...

Antaranya ialah pecal, ayam goreng kunyit, asam pedas ikan parang dan mee hailam dari tuan rumah.  Rendang daging dan ikan  kembong sambal mentah dari Tmn Bukit Mutiara. Ayam ungkep, sambal goreng jaworld, sambal udang petai, dan paru-paru goreng dari Kulai. Selain itu kuih tako, murtabak, sardin rool, muffin serta tembikai. Ditambah dengan air tembikai, teh tarik, teh "o" panas, dan cocktail F&N hijau. Aku biasala... bila dah banyak menu... tak tau nak makan mana satu... ada yang tak dapat dirasa coz perut ana sudah penuhlaa... Alhamdulillah... masyaallah.

 







Persiapan akhir sebelum berbuka.

Makan...makan...tambah biar cepat beso...

Acara tapau menapau... entah le bila nak makan...


Cik Som control ramping. Tahan nafas tu...

Host bersama cucu perempuannya.

Lebih kurang jam 10.30 family aku n family Som pun balik....
jumpa lagi di aidil fitri. Host baru pasang lampu lap lip.

Sabtu, 21 Ogos 2010

11 RAMADHAN 1431

Semalam Sabtu 11 Ramadhan 1431 dari pagi memang tak kemana sekadar ke pasar je... beli bahan keperluan untuk masakan berbuka. Hari ini Tanty start masak awal ... kul 4.00 dah siap masak pastu masuk dlm container.

Ini pack2 makanan nak kemana niii... nak picnic kerr?

Jom kita tengok... apa yang ada dalam container ni...

Sambal udang + petai.

Sambal kacang.

Ayam masak ungkep.

Ketupat segera.

Lodeh hoi mai lodeh.

Desert bubur pulut hitam.

Kita orang sebenarnya bukan nak pegi pegi picnic... tapi nak berbuka berpuasa di rumah SIL di Kg Baru, Seri Gading. SIL memang belum sihat selepas operation dan sedang proses kimotrapi. Kita orang sengaja tak memberitahu SIL kerana tak mahu menyusahkan menyediakan juadah berbuka. Kita orang dah berpakat dengan BIL ( ADO ) dan isteri untuk berbuka di rumaha SIL. BIL dan isteri dah sampai seawal 3.30 petang. Kita orang sekeluarga bertolak dari Kulai jam 5.15 petang dan sampai lebih kurang jam 6.30 petang...agak cepat kerana lalu lintas clear. Bila tiba waktu berbuka penuh gak semeja kerana BIL beli juadah berbuka iaitu ayam golek, kuih muih, dan air cikong. Hubby SIL rupanya sempat memasak. Kita tengok apa yang ada di atas meja.

Ini dia... penuh semeja.

Ayam golek Pt Yaani.

Lepat pisang mables... aku makan 3.

Kuih karipap, ketayap dan sagu.

Sup campur.

Air tembikai dan air cikong.

Lepas berbuka perut sebu lah pulak... mungkin coz pagi tadi kerinan terjaga kul 6.00 pagi so tak sahur. Tu yang masuk angin kot. Malam BIL dan isteri balik rumah Pt Yakob. Kita orang tidur kat sini. Pagi tadi lepas solat subuh kita orang balik Kulai... dan buat n3 ini.

Khamis, 19 Ogos 2010

BLENDRANG

Hari ini aku bukan nak cerita fasal puasa atau hari raya. Aku cuma nak kembalikan nostalgia dulu-dulu. Aku teringatkan bertapa nikmatnya "blendrang". Tau apa itu blendrang. Mengapa agaknya aku nak tulis blendrang. Sekarang ni paling koman kita makan ayam 4-5 kali seminggu atau mungkin hari-hari makan ayam. Kari, sup, kicap, paprik,lemak cili api, sambal, masak merah, sate, bbq, KFC, MD, MB dan sebagainua. Kadang2 sampai satu tahap macam tekak dah tak boleh terima. Kalau dulu makan ayam mesti nak pilih "dodo mentok" atau "kempol" tapi sekarang suka makan kepak ( sewiwi ) atau kadang2 beli leher atau "ceker" goreng aje. Aku rasa dah lebih sebulan tak gi KFC/MB/MD makan ayam goreng.
Dulu zaman kanak-kanak dan remaja, makan ayam bila hari raya, kenduri atau jemputan kawin. Dia punya nikmat memang "umpph". Aku rasa kalau abah sembelih ayam cuma kuku, bulu, b*nt*t dan taik je tak dimasak. Yang lain pasti dimasak. Aku bahagian jadi "doktor bedah" memang aku ingat sangat. Dari hati, pedal (rempelo), "indil-indil", jantung termasuk usus dan kepala akan dimasak. Dengan kepakaran aku, aku akan belah usus ayam dan bersihkan dan biasanya mak akan goreng dan istilahnya "tali guni". Kepala ayam aku ngan Mama Janet yang minat makan termasuk otak ayam. Kalau dapat bahagian peha, tulang2 akan di gigit/ketuk untuk dihisap som2nya. Memang nikmat!!! memang mavles.
Ha....ni baru masuk cerita tajuk. Dulu abah kalau rewang diakan jadi bahagian cuci pinggan. Sekarang banyak buffet dan guna pinggan pakai buang. Dulu memang dihidang guna dulang dan dalam pinggan mangkuk. Ayam biasanya akan dipotong 4, bukan kecil2 cam sekarang. Dulu pun belum ada ayam daging. Yang ada ayam kampung dan ayam pencen... dan pastinya liat. Satu hidang biasanya 4-5 orang. Jemputan kalau nak makan kena tunggu cukup sekurang2nya 3 orang. Kalau sehari dalam cuti sekolah ada 5-6 jemputan kadang2 mereka dah kenyang dan makan tak sampau habis. Bahagian cuci pinggan inilah akan kumpulkan baki2 ayam orang makan dalam satu periok/bekas.  Bila selesai majlis bahagian cuci pinggan akan bahagikan baki2 yang dikumpul dan bawa balik termasuk abah. Sampai kat rumah akan dipanaskan sekurang2nya sekali pagi dan sekali petang dan ia boleh tahan hingga berhari-hari. Nak panaskan bukan guna dapur gas atau elektrik. Kena guna kayu api. Setiap kali masa makan ia akan dihidangkan dan jika tak habis akan dicampur lagi dan dipanaskan sehingga habis. Masa tu tak terfikir rasa geli atau apa makan lebihan orang.  Bedal semacam. Inilah yang dinamakan blendrang. Sedappppppppppppp. Kesian kan .... Aku rasa kan perkataan blendrang dari bahasa Inggeris. "Blend" bermaksud kisar. "Rang" tu orang. Jadilah "blendrang". Wallahualam.
Sekarang ni kalau tengok anak aku makan ayam tak bersih/habis aku sedih. Bapak ko dulu makan blendrang.

Aku rasa n3 aku ini akan digelakkan. Tak apa sila komen. 

Selasa, 17 Ogos 2010

SUSAH NAK PERCAYA

Aku dihubungi oleh rakan lamaku yang sekarang tinggal Sg Besi. Dia menawarkan tiga jenis kereta baru sekiranya berminat dengan harga yang macam tak masuk akal. Harganya hampir separuh harga asal. Ini kereta baru... bukan recond. Aku memang tak berniat nak tukar kereta dan aku dah beritahu aku baru tukar kereta recond. Dia tanya kereta apa dan berapa harganya ... so aku beritahulah. Dia kata aku amat kerugian kerana membeli kereta recond dengan harga yang jauh lebih mahal. Dia memberitahu kereta baru yang dia tawarkan Toyota Wish hanya 80k, Toyota Estima 95k dan Mercedes Benz C200 118k. Wow murah sungguh !! UNSANGKARABLE Aku tak tau macam mana dia boleh tawarkan dengan harga begitu murah...!! Yang aku takut kereta panas tapi ini kereta baru. Walau bagaimana pun hati aku belum tertarik kerana dah serik. Nak rugi 1-2k akhirnya  rugi 10k. Padan muka aku.

Ahad, 15 Ogos 2010

BERTAMBAH USIAKU

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah swt seru sekian alam... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw. Dengan keizinanNya diberi aku peluang untuk menghirup udara segar, memberi aku nikmat melihat, mendengar, nikmat makan, minum, berjalan dan 1001 nikmat yang masih aku nikmati sehingga hari ini 15 Ogos 2010 bersamaan 5 Ramadhan 1431 di mana usiaku mencecah 46 tahun. Biar pun tahap kesihatan aku tidaklah terlalu baik namun aku masih bersyukur jika dibandingkan insan yang terlantar atau tidak boleh berjalan. Aku amat bersyukur kerana banyak kurniaan Alllah swt kepadaku walaupun aku selalu lupa... lalai...dalam menjalankan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya.
Aku juga ingin mengucapkan seribu penghargaan kepada Astanty isteriku kerana bersamaku susah dan senang dan memberi semangat dalam menjalani liku-liku kehidupan. Begitu juga dengan puteraku Abby Iddin Harith sentiasa menceriakan kehidupanku.
Aku juga amat beruntung kerana menjadi salah seorang ahli keluarga Hj Omar dan Hjh Amanah... biarpun kami semua bukanlah golongan hartawan namun hubungan kami akrap. Tidak pernah berbangga dengan apa yang kami ada dan tidak pernah merendah-rendah segala kekurangan.
Aku juga sangat beruntung kerana mendapat rakan sekerja yang sentiasa bekerjasama dan saling bantu membantu dalam melaksanakan segala program yang dirancang.
Tanty sempat membeli untukku kek besday...
Jeng...jeng...jeng...ini dia kek "black forest".
Pasang lilin 4 besar 6 kecil...46 tahun le tu...
Bersama buah hati ku.... jomm tiuppppppppp.
Pastu...potong... tapi tak leh makan dulu...tunggu waktu berbuka kejab lagi.

Khamis, 12 Ogos 2010

Puasa dulu-dulu

Aku tak ingat... usia berapa tahun aku mula berpuasa... tapi seingat aku masa aku darjah satu, aku belum berpuasa lagi sebab bila waktu rehat aku akan makan di bahagian belakang kantin bersama Baharom Hashim. Baharom Hashim ni adalah cucu Wak Jalil dengan Wak Jinah pengusaha kantin. Aku kadang-kadang merasa amat bersyukur anak aku telah mula berpuasa tahun lepas semasa usianya 6 tahun. Seingat aku lebih dari 15 hari dia berpuasa tahun lepas. Aku bukanlah paksa sangat anak aku berpuasa tapi Alhamdulillah dia merasa malu kalau tak puasa. Dua tahun aku hantar ke Tadika Islam dan memang dalam bulan puasa pihak tadika tidak menyediakan makanan dan bila balik ke nurserry dia pun tak nak makan. Mudah-mudahan dia dapat berpuasa penuh tahun ini. Walau bagaimana pun aku kesian tengok di sebab tak berselera masa berbuka dan bersahur. Dah tanya dia apa dia nak makan...cam semalam bila gi bazzar Ramadhan aku tanya nak makan apa....? Dia mintak mee goreng dan masa singgah pasar dia mintak air soya dah aku belikan.  Hari pertama dia tak nampak letih tapi semalam dia agak keletihan dan asyik tanya berapa lama lagi nak berbuka...cam aku dulu lah asyik tengok jam aje...

Aku pun tak ingat masa usia berapa tahun aku mula puasa penuh... rasa setelah sekolah menengah kot. Aku masih teringat masa sekolah rendah balik dari sekolah... tengok air parit pun cam sedap je... Masa bulan puasa lepas sekolah agama biasanya aku tak terus balik rumah. Aku biasanya singgah kat masjid atau surau Wak Dollah berehat... dlm kul lima baru balik rumah. Sampai rumah nanti abah suruh beli air batu kat kedai Sukem atau kedai Amat Tok. Seketul 20 sen balut abuk papan. Sampai rumah masukkan dlm flash cam yang kat rumah kampung. Abah suka letak nenas "tek" yang telah dikopik dibahagian atas supaya sejuk.Daif kan? Ingat tak istilah nenas "tek"? Nenas "tek" adalah nenas yang manis. Bila dijentik bunyi tek-tek.

Waktu berbuka antara menu yang mak biasa buat ialah masak lemak tahu kering + soo hoon + kentang, tempe masak kari, gesek "kotok" masak pedas. Menu sahur tempe lagi... mee siput masak lemak, kalau nasib baik ada telor masin. Antara desert yang paling istimewa ialah sagu biji/rendang masak dengan gula merah dan tuang santan mentah.

Bila malam, bertarawih di surau Wak Dollah Parit Sentang kerana surau depan rumah kita belum dibina lagi. Jauhnya alebih kurang sebatu. Yang menariknya pergi tarawih masa tu ialah lepas tarawih dan makan-makan "jaburan" iaitu makanan yang dibawa oleh jemaah mengikut giliran. Tapi aku rasa cam kena buli masa tu oleh orang tua. Makanan yang sedap... orang tua yang makan dan budak-budak makan yang tak berapa sedap. Pada masa tu nak kira tarawih betul pun tak le... Time orang sembahyang budak-budak main galah kat bawah laman surau. Bila dah  nak sembahyang witir bari naik sembahyang witir. Dulu imamnya selain abah ialah Embah Kaji dan Kaji Etah.Bilalnya Wak Selamet. Yang best bila khatam Quran. Jemaah datang bawak Nasi Ambeng. Yang aku ingat abah selalu bawak ambeng tapi lauk telor masak kari. Budak-budak biasa cuma dapat makan mee atau mee hoon goreng. Nasib tak baik dapat makan getuk ubi.

Kenangan yang tak akan aku lupa biasanya awal puasa mak akan petik buah betik yang mengkal untuk dibuat halua/manisan. Dia akan buat bentuk bunga atau daun. Direndam dalam air gula selama hampir sebulan. Dalam bulan puasa juga biasanya ada jual "kolang-kaling" dengan tapai ubi. Special sungguh. Memang tak aku lupa laungan suara abah waktu sahur..."Sahur....sahur" ke arah rumah Wak Selamet dangan rumah Wak Berahim.

Oklah...dah panjang n3 ni... ini cerita awal puasa.... nanti aku buat n3 pertengahan puasa. Bagi komen ye... aku dah tulis panjang2.

Isnin, 9 Ogos 2010

ALUMNI AD 10 UiTM SHAH ALAM INTAKE 1986-1989 CASA RACHADO PD DIS 2008

Dis 2008 atas iniasiatif beberapa orang coursemate Art & Design UiTM Intake 1986-1989 satu pertemuan dengan bekas siswa diadakan di Casa Rachado Port Dickson. Lebih dari 20 bekas pelajar bersama keluarga masing-masing bertemu sejak majlis konvokesyen 1990. Dengan suasana yang cukup mesra dan perangai gila-gila masih lagi sebati dengan mereka walau pun telah bergelar ayah dan ibu. Itulah sebenarnya watak pelajar Art & Design. Kutuk mengutuk menjadi sendi ayat namun tiada yang terasa hati. Unsur 18sx tidak terkecuali. Masing-masing kena tebalkan telinga. Seorang rakan wanita berjaya melahirkan 10 orang cahaya mata sepanjang perkahwinan. Satu pencapaian tertinggi setakat ini. Tahniah. !!! Kami berpisah dalam suasana mesra dan berjanji akan bereunion semula namun belum lagi berkesempatan.

Di barisan hadapan dari kiri ialah Azmi, Zumaidi, Fuad, Bakri, Bahreyn, Khadijah, Rashidah dan Aziah. Di barisan belakand dari kiri Tajuddin, Nasir, Idris, Rosmi, Azman, Sihabuddin, Sulaiman dan Hj. Kamarddin.

Semoga bertemu lagi.

Ahad, 8 Ogos 2010

How To Make A Woman Happy

It’s not difficult to make a woman happy. A man only needs to be:

1. a friend

2. a companion

3. a lover

4. a brother

5. a father

6. a master

7. a chef

8. an electrician

9. a carpenter

10. a plumber

11. a mechanic

12. a decorator

13. a stylist

14. a sexologist

15. a gynecologist

16. a psychologist

17. a pest exterminator

18. a psychiatrist

19. a healer

20. a good listener

21. an organizer

22. a good father

23. very clean

24. sympathetic

25. athletic

26. warm

27. attentive

28. gallant

29. intelligent

30. funny

31. creative

32. tender

33. strong

34. understanding

35. tolerant

36. prudent

37. ambitious

38. capable

39. courageous

40. determined

41. true

42. dependable

43. passionate

44. compassionate

WITHOUT FORGETTING TO:

45. give her compliments regularly

46. love shopping

47. be honest

48. be very rich

49. not stress her out

50. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

51. give her lots of attention, but expect little yourself

52. give her lots of time, especially time for herself

53. give her lots of space, never worrying about where she goes

IT IS VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:

* birthdays

* anniversaries

* arrangements she makes

HOW TO MAKE A MAN HAPPY ????????

Projek Sapu Sawang Sempena Ramadhan

Hampir sebulan blog Yin Wong Khoo Lai tidak diupdate. Mungkin kerana sibuk atau mungkin kerana malas. Jadi sempena kedatangan bulan Ramadhan terasa pulak dan update blog namun tiada gambar yang dapat ku upload.
Sekolah aku sebenarnya baru saja selesai mengadakan program Perkhemahan Tahunan Pasukan Beruniform bagi tahun 2010. Mengadakan perkhemahan bukanlah merupakan sesuatu yang mudah kerana ia mamerlukan kerjasama dan pengorbanan. Kerjasama dari jurulatih /fasilitator dan peserta. Program bermula dengan kertas kerja. Dalam menyiapkan kertas kerja perlu perancangan terutama dari segi kewangan yang menjadi item utama bagi memastikan perkhemahan ini dapat dijalankan atau tidak. Lokasi perkhemahan juga merupakan item yang tidak kurang pentingnya kerana ia akan melibatkan kos.
Perancangan asal lokasi perkhemahan adalah di Kem PLKN di Gunung Pulai namun terpaksa dibatalkan kerana tiada masa yang sesuai. Lokasi berpindah ke Kem Dayang, Pekan Nenas juga terpaksa dibatalkan kerana kos yang tinggi dan tidak termampu oleh peserta untuk membayarnya. Bagi memastikan perkhemahan dapat dijalankan akhirnya padang sekolah dijadikan lokasi perkhemahan. Dengan bayaran RM15.00 sahaja seramain hampir 80 peserta menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan 3 hari 2 malam. Beberapa orang guru dilantik sebagai petugas semasa perkhemahan antaranya Mahathir, Megat, Azirul, 2 Shahrul, Devi Anuratha, Nor Farah Liana, Norfadhilah, Rafidah, Izatul, Angela, Loy dan 4 orang guru pelatih. Selain bertugas sebagai fasilitator, guru-guru bertugas sebagai tukang masak dan pelbagai tugas penting. 
Alhamdulillah perkhemahan dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat cabaran iaitu hujan lebat yang merosakan khemah peserta. Tiada kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan dan kecederaan.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat... kerana tanpa kerjasama dan terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga tidak mungkin perkhemahan ini dapat dijayakan.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan  Semoga Dapat Menjalani Ibadah Puasa.
( Insyaallah PIC akan disiarkan kemudian )