Rabu, 30 Mac 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 13 )

Aku terus bekerja di AP Advertising yang di miliki oleh usahawan dari Terungganu. AP Advertising merupakan salah satu anak syarikat induk Ampang Press selain Ampang Paper ( membekal kertas ) dan Chroma Scan ( perkhidmatan colour separation ). Syarikat ini agak mantap kerana mempunyai bangunan sendiri dengan pekerja hampir 100 orang. Banyak agensi kerajaan dan swasta yang menjadi klien syarikat ini seperti DBP, Mardi, Proton, Percetakn Negara, Kraftangan, Bank Bumiputa sekaran CIMB, UKM, TNB, dan banyak lagi. Pengarah Urusan bernama Mustaffa dan di bantu oleh adik dan anak saudaranya iaitu Abang Din pengurus Ampang Press, Abang Zul pengurus Chroma Scan dan Mak Tie pengurus AP Advertising. En Mustaffa  semua anaknya perempuan dan masih belajar lagi... so anak saudara dan adiknya yang membantunya.
Aku seronok bekerja di sini kerana selain syarikat yang mantap persekitaran bekerja juga meyakinkan selain pengurusannya yang mesra. Aku merasa betul-betul seorang designer dan diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan. Seingat aku ... aku tidak pernah menerima teguran dari pihak pengurusan. Kawan aku siFuad adalah Art Director dan kita orang memang boleh bekerjasama. Biarpun ita orang ada degree...tapi tak de la nak menyombong sehingga tukang buat air pun rapat dengan kita orang. Kami juga tak berkira fasal kerja... selain boleh tuntut over time banyak keistimewaan lain. Setiap tahun ada annual dinner, rombongan Cik Kiah dan yang aku sempat pegi ialah rombongan ke Langkawi.  Bila buar annual dinner memang aku yang jadi master mind dari awal sampai tamat. Pernah satu annual dinner yang di buat di Kelab Darul Ehsan aku jemput band Wan Safie ( BIL ) untuk buat persembahan. mE Memang meriah dan dapat pujian.
Studio AP Advertising berada di tingkat bawah. Awal memang hanya aku berempat yang ditempatkan di situ bersama Fuad, Mak Tie dan Ita ( kerani ). Meja aku adalah tempat paling meriah setiap hari... di samping dia orang singgah nak tengok kerja yang aku buat...dia datang nak bersembang dan yang lelaki datang nak tumpang hisap rokok. Dulu aku memang seorang perokok tapi tak la tahap heavy. Aku hisap rokok salem je... asalnya memang boss tak bagi hisap rokok dalam studio tapi bila aku bagi reason nak cari idea...akhirnya boss mengalah dan atas tempat aku duduk dipasang alat penyedut asap...dan akibatnya bila orang nak hisap rokok meja aku jadi port hisap rokok. Ada jugak yang datang meja aku nak dengar cerita2 lucu dan 18SX dari aku. Aku memang banyak cite2 lucu dan 18SX...boleh buat antologi... dan yang pasti aku di kira Pak Lawak gak... boss dan manager2 dah lali dengan perangai aku....sambil buat kerja sambil nyanyi.... kerja tetap siap in time...

Satu hari Jalil Hamid ( pelakon/pelawak/penayanyi ) call  ajak gi audition di satu agensi dia kata nak buat iklan. So pergi la bertiga dengan Fuad  3-4 hari lepas audition agensi call kata aku dan Fuad terpilih untuk berlakon iklan John Player Special (JPS). Penggambaran tu dibuat di Kuala Selangor. 3 hari dua malam gak nak buat iklan stak sampai 1 minit. Dapat gak dalam RM800.00 ( wow... ini kalau sebulan dapat 3 job lumayan gak ni ) Lepas tu dapat offer lagi untuk iklan Keselamatan Jalan Raya...Berhati-hati di jalan raya.
Tak lama lepas tu agensi offer lagi untuk iklan JPS versi Aidil Fitri...
Glamour gak la masa tu...

Sampai satu ketika banyak sangat job kat company...so tak terlarat buat berdua... kita orang suggest kat boss utk ambil sorang lagi designer... kebetulan senior kita orang tengah cari kerja so konon keluarkan iklan kat paper tapi itu just lakonan je coz sebenarnya calon dah ada. Dia ni dah ada experience kerja... namanya Sallehuddin tapi gelarannya Salad... so kerjalah dia di sini. Aku kira beruntung gak sebab di mintak gaji RM900.00 dan oleh kerana aku lebih senior di company tu...boss naikkan gaji aku dari RM750.00 jadi RM900.00. Memang seronokla bila rakan sekerja satu kepala gila...

Satu lagi kemudahan yang syarikat bagi ialah tempat tinggal percuma. Boss suruh aku ngan Fuad duduk kat rumah kedai di Kg Melayu Ampang. Kita orang hanya bayar duit api ngan air je... rumah memang besar ada empat bilik. Lebih dua tahun duduk percuma sebelum rumah tersebut dijadikan pejabat. Aku menyewa bilik di rumah Salad coz dia dah kawin dan menyewa rumah 4 bilikdi Taman (lupa nama taman...tapi dekat dgn Tmn Watan, Ampang) Sewa bilik ni memang kurang seronok. Aku ingat tak sampai setengah tahun aku pindah ke Flat Taman Kosas. Tingkat 4 you... tapi masa tu tenaga kuat lagi walau pun dah ada gout. Sewa flat ni cuma RM250.00 so kongsi dengan mat despatc satu company. Seronok duduk at sini...

Sampai suatu ketika berjumpa bekas coursemate di ITM yang kini dah jadi guru KPLI di Dengkil... dan entah cam mana dilorongkan untuk mencuba so kami bertiga saja-saja memohon KPLI coz terfikir gak time sekarang idea kita orang masih laku ok la... nanti bila idea dan outdated cam ne... at least kalau jadi cikgu kerja tetap dan berpencen. Sampai masanya kami bertiga dipanggil temuduga di MPIK. Nasib baik bukan dalam satu masa so boss tak sedar la...so dalam bulan Mei dapat keputusan dan kami bertiga diterima untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Cam ne nak cakap dengan boss ni... kebetulan suatu pagi boss panggil kami bermesyuarat untuk meningkatkan perolehan syarikat. Bila sampai turn kita orang maka kami pun beritahulah yang kami nak berhenti kerja kerana nak sambung belajar... so metting terus stop.  Memang macam-macam dia orang tanya kenapa nak berhenti dan pelbagai offer...tapi kami terangkan yang kami nak sambung belajar kerana dapat tawaran. Kami mintak notis 2 minggu... kerana 2 minggu lagi kena daftar.  Oleh kerana kami pekerja yang ( bukan nak masuk bakul angkat sendiri...kenyataan ) pihak pengurusan tidak mengenakan denda sebulan gaji malah gaji penuh dan saguhati wang tunai dan beberapa hadiah. Offer yang aku rasa paling tinggi ialah menjadikan kami rakan kongsi untuk AP Advertising dan minta kami menguruskan company tersebut tapi kami dah nekad nak sambung belajar. Mak Tie sebagai maneger  dan beberapa staff menangis gak kerana kehilangan pekerja yang dedikasi, friendly, tidak berkira, low profile, kelakar dan sebagainyala....dan MD masih lagi mengharap..."Kalau rasa nak kerja lagi...any time akan diterima semula".



Sabtu, 26 Mac 2011

APAM OH APAM

Korang suka makan apam tak. Aku ni memang peminat apam... terutama apam balik. Dulu masa kat kampung bila mak malam-malam menbancuh tepung...memang esok mmesti sarapan apam... cuma apam yang mak buat samada apam gula merah atau gula pasir. Pagi-pagi mak akan kukus dab bila dah masak tabur dengan kelapa parut....sedap. Buat apam ni kalau tak kena dengan "yis" nya alamat bantat le apam tu...
Selain tu ada apam beras dan apam pisang.
Aku buat n3 pasal apam kerana tengahari tadi aku beli apam balik dua keping. Rupanya sekarang harga dia RM2.00 sekeping....mak aiiii...yea la tepung naik...gula naik... yang aku ingat masa mula2 transfer ke Kulai 1998 harga apam balik baru 80 sen. Ramai adik beradiklain yang suka apam balik. Pernah di tahun 1988 ke 89 aku, Som, Gee, Ain dan Iwan tengok sambutan hari merdeka di Dataran Merdeka pagi-pagi sarapan apam balik mamuk-mamuk kat lorong....kelako-kelako... 


Sabtu, 19 Mac 2011

TERKENANG HARI GURU 2007

Selak2 rak terjumpa sebuah album gambar kecil tahun 2007 dan bila tengok jumpa pulak gambar nostalgia. Pada perayaan hari guru 2007 tengok2 cam tak ada persembahan yang agak lain. Tanya GPK HEM nak buat persembahan tak ... jadikkkkkkkkkkkk....tanya pulak Penyelia Petang....nak buat persembahan tak? Ok boleh... so fikir punya fikir buat sketsa. Aku pun karang le skripnya. Last2 berlakon sebagai PATI/Jebeng/Mat Indon yang dah mewah kat Malaysia. Walau pun watak PATI tapi ceritanya ialah mengenai kekayaan Malaysia, senang cari makan asal rajin dan kenakan budak2 yang belajar malas, merempit, gejala sosial, dadah dsb. Merka bertiga baru balik libur lepas gajian....biasalah Mat Indon akan beli TV, radio dan sebagainya kemudian pikul. Bila penat relex kat kat bus stop dan berbual Diselitkan sebuah lagu "Penasaran" yang diubah liriknya... antara yang aku ingat....

Kalau belum biasa aku ke Malaysia
Suatu hari aku pasti kan ke sana
Biar sungguh amat banyak halangannya
Sampai mati pun aku cuba ke sana

Kerna Malaysia negara kaya
Ramai PATI yang dah berjaya
Aku pun tak merasa heran
Kalau Malaysia jadi tumpuan.

Semua orang mau ke sana
Semua orang nak dapat kerja
Bermacam-maca cara pun dilakukan
Tidak kira yang halal atau yang haram


Baru pulang libur... nyoping lagi. Nyoto beli telibisi...
Kadir beli gitar ama radio...Doyok beli baldi.



Aduh capek gue...kita istirehat dulu ya mas...
Ya bisa...ini kalau gue masih di Lombok...jangan gitar...mau makan pun susah.
Masanya itu...aku mesti kumpul wang dan tidak mau bel;i yang bukan2.

Ending sketsa ini sedang mereka rancak berbual tiba2 datang 3 orang polis ( guru Kadet Polis dgn uniform ) dan menangkap kami...

Rabu, 16 Mac 2011

DAIFNYA KLINIK KESIHATAN KULAIJAYA

Minggu lepas 10 Mac aku ada appoinment dengan doktor pakar jam 2.00 petang. Sampai kaunter terus ambil  nombor giliran. Petugas beritahu petang ni doktor pakar tak de...dia gi mesyuarat. Yang ada doktor biasa... so tak pe la...boleh ambil ubat dulu.
Bila sampai turn aku aku masuk dan doktor tu nak tengok bacaan bp. Dr suruh nurse ambil bacaan di sau bilik. Nak tergelak pun ada... sedih pun ada. Dia pasang dulu cuff kecil kemudian lilit dgn cuff kain yang panjang... dan bacaannya 195/155.... nurse tu siap cakap...tinggi betul bp.... dan bila masuk bi lik pakar... nurse tu kena marah... kalau bacaan macam ni ...pesakit dah mati dah. ..mak aiiii.... 
Doktor tu ingat kan nurse supaya dapatkan alat bp yang cuffnya panjang. Doktor kata akau perlu buat pemeriksaan darah semula kerana last check bulan Jun tahun lalu...pas tu ambil ubat dan balik.


Selasa, 15 Mac 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 12 )

1989 akhirnya aku di final year. Semester 7 selama 6 bulan aku kena siapkan thesis aku. Nak cari tajuk yang sesuai dah satu hal... nak cari penasihat yang ngam satu hal... fikir punya fikir aku buat thesis pasal Finas.Aku sebenarnya tak suka kerja-kerja mengkaji, menemurah, mencari bahan rujukan dan sebagainya untuk menyiapkan sebuah thesis yang membolehkan aku grad. Penghasilan thesis ni 6 credithour. Beberapa kalilah jugak aku ke Finas dengan kapcai buruk aku dan akhirnya selesai jugak thesis aku. Dulu penggunaan komputer masih amat kurang so thesis aku, aku taip menggunakan mesin taip dan adalah setebal buku Rekod Mengajar. Bila dah siap satu hal nak bentang pulak di hadapan lecturer dan studen lain. Aku dah bagi soalan kepada kawan-kawan dan soalan itu aku dah sediakan jawapan.
Kini aku di semester akhir tahun akhir. Aku perlu buat final project dan Diploma Show. Aku perlu siapkan bahan-bahan yang aku nak pamer. Penilaian hasil kerja akan dilakukan oleh penilai luar yang merupakan Art Director, Creative Director dan yan berkaitan dengan seni. Pengkhususan aku Seni Grafik dan aku ambil major Advertising dan minor Illustrasi. Aku kena buat iklan media cetak dan media elekrronik. Aku memilih produk "Dashing". Aku amat beruntung kerana mendapat lecturer sambilan yang sangat membantu. Untuk menyiapkan final project memerlukan kos yang besar. Iklan yang dihasilkan memang seakan-akan iklan di media cetak dengan teknik fotografi, model dan sebagainya. 
Akhirnya saat penilaian/Diploma Show pun tiba. Semalaman tak tidur kerana menyiap kerja dan mempamer. Alhamdulillah semasa penilaian, penilai tidak banyak songeh bertanya itu dan ini... maka tamatlah pengajianku di ITM... sedih kerana akan berpisah dengan rakan-rakan. Aku pun berangkut barang-barang ke rumah Kak Mah di Jalan Kelang Lama. 
Aku bertekad "Aku tak akan balik ke kampung un tuk mencari pekerjaan. Aku tak mahu menyusahkan Mak ngan Abah. Aku perlu berdikari. Kalau tak dapat pekerjaan yang berkaitan dengan kursus aku... jadi konduktor bas mini pun tak apa...asal tidak di kampung".
Era mencari pekerjaan pun bermula...dari satu syarikat ke satu syarikat aku menggalas beg folio. Seminggu, dua minggu sebulan namun belum ada rezeki kerana pada masa itu memang "kemelesetan ekonomi negara" sedang berlaku. Oleh kerana bosan mencari pekerjaan yang berkaitan dengan bidang aku aku mencuba menghadiri satu temuduga jawatan "Pemeriksa Kesihatan"dan nama syarikat tu Andaraya Sdn Bhd. Itulah yang tertulis dalam iklan akhbar.  Gaji yang ditawarkan RM500.00. Sampai di syarikat tersebut aku dikumpulkan di sebuah dewan dan diberi sarapan pagi. Aku masih tak tau apakah tugas "Pemeriksa Kesihatan". Selepasa sarapan maka taklimat diberikan. Laaaaaaa....apa ke benda ni.... ini pekerjaan yang memang aku tak leh gi. Nama sahaja "Pemeriksa Kesihatan" rupanya jadi jurujual plastik sampah. SAMPAH tul.... Mereka mengajar strategi jualan perlu pergi dari rumah ke rumah. Kemudian tanya tuan rumah plastik sampah apa yang mereka gunakan. Setelah melihat....biasalah kena cakap plastik tu tidak selamat, sampah mudah menjadi busuk dan akan mengakibatkan penyakit....maka Puan kena tukar plastik seperti yang saya jual yang mengandungi bahan untuk mengelakkan bau busuh dan membunuh kuman. Plastik ni berharga RM50.00 untuk sepuluh beg. Jurujual perlu pergi ke blok yang dibelakang dahulu supaya jika pembeli berfikir dan rasa nak memulangkan semula, kita dah di hadapan. "Strategi". Kalau laku sebungkus RM30.00 untuk syarikat dan RM20.00 untuk jurujual. Rupanya gaji RM500.00 tu ialah gaji pokok RM350.00 dan dijangka kita kan dapat menjual sekurang-kurangnya 8 beg dan papatlah kita RM500.00. Selepasa taklimat mereka memberitahu pada sebelah petang praktikal akan dijalankan dan yang baru mendaftar perlu ikut jurujual senior menjual. Selepasa makan tengahari...aku start kapcai aku balik rumah Kak Mah.
Setelah hampir dua bulan jual anggur bekas senior aku rekomenkan bekerja di syarikat tempat dia bekerja so aku pun pergi temuduga. Jawatan aku sebagai Assistant Graphic Designer. Nama syarikat tu Next:One Graphic & Advertising Sdn Bhd di Tingkat 13, Campbell Complex. Gaji yang di tawarkan.....jeng....jeng....malu nak sebut....RM 350.00. Mahu tak mahu aku terima coz ramai lagi kawan aku yang belum dapat kerja. Bayangkan RM350.00 gaji lepasan ITM. Memang perit dengan gaji sebanyak tu.... kerapkali jugak aku tak makan tengahari. Biar pun gaji yang kecil namun aku bekerja dengan sepenuh hati dan tak pernah balik sebelum jam 6.00 petang dan kerap juga bekerja sehingga selepasa jam 12.00 tengah malam kerana nak siapkan kerja. Maklumla pengalaman pertama bekerja selepas grad. Kadang2 hari minggu aku pun datang kerja sekiranya ada kerja yang urgent. Aku terasa amat jujur dan dedikasi ( bukan nak puji diri sendiri ) biarpun gajinya kecil. Di syarikat tu ada seorang Illustrator/Pelukis sepenuh masa yang membuat kerja untuk DBP, Fajar Bakti dan lain2 penerbitan. Namanya Razali Lesut dan pernah keluar ceritanya di Berita Harian. Dia ni menyewa satu sudut di syarikat ni untuk dia membuat kerja-kerja illustrator. Hasil kerjanya memang berkualiti, dan banyak buku teks DBP yang gambarnya dilukis olehnya. Dia mengajar aku dan meminta aku membantunya dengan sedikit bayaran. Sekiranya tiada kerja yang urgent, aku akan membantunya dan dapatlah RM5.00 untuk sejam. Oleh kerana syarikat ni pun hidup segan mati tak mau...kadang2 bila hari gaji, aku tak dapat bayaran penuh...cuma dapat advance je RM200.00 dan bakinya beberapa hari selepas tu...sengsara....tapi masih menunggu.
Selepas 3 bulan gaji aku dinaikkan kepada RM400.00. Antara peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ialah semasa aku menyiapkan seorang diri di syarikat tersebut dalam pukul 11.00 malam terasa nak kencing. Masalah nya nak gi tandas agak menyeramkan kerana memang ada cerita tersendiri di Complex Campbell ni...ada yang ternampak malam2 ada perempuan membasuh dsbnya le....dan kena pulak aku yang bukan penakut tapi tak berapa berani. Pikir punya pikir ternampak plastik air yang yang beli petang tadi....so k*nc**g dalam plastik. Lepas tu campak keluar yang di bawahnya adalah parking lot. Nasib le kereta siapa yang bermandi k*nc**g aku. 
Dalam pada tu aku gi audition/uji bakat di DBP  untuk persembahan pentas "Opera Siti Zubaidah". Nasib aku baik kerana diterima  sebagai pelakon untuk watak "Bendahara" ala rasa cam pak pacak jugakla.. Pengarahnya adalah Othman Hj Zainuddin dan pelakon lain yang dah ada nama masa tu... Yalal Chin, Fauziah Nawi, Imuda, Sabri Yunos, Abon, Wan Maimunah dan yang lain pelakon baru. Setiap petang jam 6.00 petang akan dijalankan latihan di DBP. Waktu magrib rehat dan makan malam disediakan. Habis latihan jam 10.00 malam kenderaan DBP akan menghantar balik. Hampir sebulan jugala berlatih.dan persembahannya diadakan di Oditorium DBKL. Bayaran yang diterima cuma RM400.00 sahaja. Jadi le...dah makan n pengangkutan free.
Satu hari Fuad@Capang@Belangkas mengajak aku untuk interview di syarikat tempat dia kerja. Masa tu dia jadi Art Director walau pun gaji masa tu baru RM900.00. So aku pun gi interview dan aku mintak gaji RM750.00....bukanla besar pun tapi lebih sikit dari tempat lama. 
Tibalah pulak perayaan aidil fitri.tahun 1990. Aduhhhhhhhhhh....masalah jugak ni. Yela dah jadi tradisi keluarga akan beri duit raya. Memangla masa tu anak saudara belum ramai...kalau tak silap aku Lan, Ain, Iwan, Ariff, Arul, Apis n Ija dan masa tu Gee n Enab masih belajar. Bayangkan la gaji RM750.00. Tolak EPF dan RM50.00, sara hidup RM400.00, bayar pinjaman RM80.00...FAMA RM50.00....dah RM580.00 + duit raya yang aku ingat anak sedara RM3.00 pastu Mummy Gee n Mamamiraki RM5.00 sorang. Kebetulan pulak kat kg nak beli meja makan so kongsi sorang RM50.00 lagi. Bayangkanlah..... balik KL lepas raya asyik puasa sunat jela...
"Sebenarnya kesusahan mengajar kita menghargai sesuatu yang kita dapat". Selalu aku tanamkan kat anak aku Harith tapi dia masih belum boleh terima. Mungkin dia masih kanak2.... dan kalau boleh aku tak mahu anak aku melalui kesusahan cam aku.

Selasa, 8 Mac 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKA N ( Part 11 )

Lama jugak aku bertapa tak menulis update blog....mungkin tiada cerita menarik atau mungkin malas. Catatan terakhir pun masih tentang cerita diriku yang terhenti bila aku dah mendaftar diri sebagai seorang mahasiswa ITM. Aku merasakan cerita aku tak menarik untuk dibaca kerana tiada siapa nak beri ulasan/komen. Bila pagi tadi aku bukak blog aku ada komen dari "en-me" dan ada permintaan dari kakak aku Fatimah agar aku menyambung catatan aku...aku bermotivasi semula untuk menulis biarpun "aku menulis bukan kerna nama".

Aku mendaftar sebagai mahasiswa ITM Shah Alam ditemani oleh arwah abah, arwah mak, dan Datuk T. Aku tak ingat Datin S ikut sekali ke tidak. Naik kereta mini Honda Civic dua pintu Datuk T yang aku masih ingat no pendaftarannya "WK 8579". Bermulalah kehidupan sebagai pelajar dan melalui minggu orientasi am dan orientasi ( induksi ) peringkat kajian/fakulti. Aku selalu menggunakan alasan saiz badan aku untuk mengelakkan dari melakukan aktiviti yang diaturkan. Kalau pelajar lain kena berjalan dan berlari...aku akan naik kenderaan ITM dari satu tempat ke satu tempat. Selamat beb...

Kursus yang aku ambil memang menjadi minat aku. Selain subjek melukis, ada subjek lain yang wajib diambil iaitu Sejarah Sosial, Sejarah Seni, Pendidikan Islam, dan Bahasa Inggeris. Yang paling aku risau ialah subjek Bahasa Inggeris kerana markah lulus adalah 70% baru dapat GPA 2.00. Bahasa Inggeris aku pulak lintang pukang...yang aku tau "yes-no-very good...k**t** cino mangut-mangut". Sepanjang pengajian aku di ITM, kak Mah yang membiayai aku iaitu duit yang sepatutnya dikirim kepada arwah abah dan mak diberi kepada aku. Setiap hujung bulan aku akan ke rumah Kak Mah di Jalan Klang Lama. Selain itu kakak-kakak yang lain juga turut sama menghulur. Thank you very much. Aku mendapat bantuan dermasiswa bernilai RM1500.00 setahun tapi memang tak mencukupi kerana peralatan dan bahan seni amat mahal... namun aku masih beruntung kerana yuran pengajian dan asrama serta makan hanya RM90.00 satu semester... terima kasih MARA.  Sedap tak sedap makan ajela asal tak lapar. Bila hujung minggu nak makan yang istimewa dan lain dari makanan di asrama aku akan bergilirla....minggu ini rumah Datin S, minggu depan rumah Kak Kay dan minggu satu lagi rumah Kak Mah.

Semester 1 hingga 3 aku tinggal di Asrama Jati di Seksyen 2 dan lepas tu pindah ke Asrama Perindu sampai grad. Empat semester aku terpaksa menapak pergi dan balik dari rumah ke School Of Art. Jauhnya lebih kurang 1.5 km tapi jalannya berbukit....yang peliknya tak kurus gak. Bila masuk tahun tiga ada seorang senior yang nak grad nak jual motosikal Suzuki tahun 1981 dengan harga RM150.00 tanpa road tax. Fikir punya fikir aku pun beli motosikal tu...aku tukar nama dan hidupkan roadtaxnya. Ahhhhhhhhh...lega sikit biarpun kapcai buruk. Platnya BBC 7009 dan kapcai ni abah dah bagi kat Maat. Dengan kapcai ini aku mula belajar jalan-jalan di KL hingga ke Gombak. Biar pun buruk...salalu jugak member pinjam... aku tak kisah yang penting tuang minyak.

Kat ITM ni aku bukan kaki study.... aku tak pernah bercita-cita untuk dapat markah tinggi bagi aku asal lulus...ok dah... dan akibatnya keputusan BI aku untuk semester pertama gagal dan terpaksa mengulang di semester kedua. Alhamdulillah lulus untuk level 1. Kemudian level 2 sekali ambil dah lepas....dan level 3 dua kali juga ambik. Bagi yang terror semester 2 dah habis dah BI. Aku sampai Semester ke 5 baru habis.

Di ITM ni aku dapat geng yang serasi iaitu Bakri ( sekarang jd cikgu di MTD ) dari Pt Yaani dan Fuad  ( sekarang dah jadi lecturer di Uni. Sabah ) dari Senggarang. Kami bertiga kebetulan Jaworld dan kami bertiga memang berminat bidang Seni Lakon dan kerap buat persembahan di ITM dan cawangan ITM. Kami memang agak top kat School or Art. Glamour gitu... bila nak buat persembahan memang promosi hebat dan penuh oditorium dengan studen dari kajian lain. Masa tu pelakon Jalil Hamid masih jadi jurulatih teater di ITM dan memang rapat dengan kita orang.

Pernah suatu ketika Jalil Hamid dan Zaibo bawak kita orang buat persembahan di Mini Malaysia Melaka. Dapat bayaran RM 50.00  siap makan...rasa besar nilinay masa tu... kemudian Central Market ( Pasar Seni ) pun ada jemput buat persembahan...UPM pun jemput buat persembahan di Pesta Konvo.

Pada semester 7 kami perlu buat praktikal. Cari punya cari kami aku dan Idris ( budak batu 17 ) dapat praktikal di Bahagian Grafik & Cetakan  MARDI Serdang. Bahagian ini banyak buat kerja-kerja grafik seperti buku, kalendar, backdrop dan sebagainya. Kami agak beruntung kerana pekerja2 memang baik dan sentiasa membantu. Bila hasil ladang MARDI dipetik ia akan dijual kepada kakitangan dan kami dapat juga membeli. Yang syahdunya kami diberikan asrama driver yang datang ke Serdang dan tak sempat balik. Ia bersebelahan dengan bengkel/pondok penanaman cendawan. Sewanya ikut hari...sehari RM2.00. Okla...ada katil, tilam dan dapur. Bila malam memang sunyi kerana hanya sebiji rumah di ladang.