Isnin, 24 Oktober 2011

LIBURAN DI PELANGI BALAU RESORT

Minggu ni kira cutila seminggu sempena Deepavali. Bagi yang bukan warga pendidik akan menganggap "Senang jadi cikgu, Cuti seminggu..kira makan gaji butala cikgu ni. Asyik cuti je..." Biarla apa orang nak kata sebab hanya cikgu yang memahami profesion guru. Okla kita cite pasal n3 ni. 
Ni semalam kita orang gi picnic kat Pelangi Balau Resort. Ni aku ngan kawan aku merancang nak gi picnic dgn lain2 rakan cikgu yang nak join so dapat kumpul 11 keluarga guru dgn 45 ahli keluarga. Ni gi picnic sendirian berhad. So masing2 bayar hotel, buat pot-luck untuk tengahari Ahad dan collect untuk bbq malam. Nak nampak bersemangat kita orang buat t'shirt. Antara cikgu yg turut serta ialah WKL n Cikgu Tanty, Cikgu Kamal n Cikgu Ina, Cikgu Megat n Cikgu Wan, Cikgu Mahathir n Cikgu Idah, Cikgu Faizal n Cikgu Faridah, Cikgu Shah n Cikgu Yatt, Cikgu Shahrul n Cikgu Ain, Cikgu Azri, Cikgu Ayu dan keluarganya. So hari Ahad lepas masak untuk pot-luck dalam pukul 9.00 kami pun bertolak melalui higahway baru Senai-Desaru dan berkumpul di RnR Layang. Dlm kul 11.00 kami meneruskan perjalanan ke destinasi. Sampai Tanjung Balau lebih kurang kul 11.45 tapi gerimis pulak...so batal nak makan pot-luck tepi pantai. Nak check-in pukul 2.00 ptg so kita orang makan di RnR Tanjung Balau.

 RnR Tanjung Balau.

 Sedang menunggu makan tengahari.
 Cikgu Yatt sedang menyusun makanan.''

Antara menu pot-luck...kalau sorang 2 menu... 
kalau sorang 2 menu X 11 keluarga kan dah 22 lauk.

Makan ma...jangan gigit jari sudah le...


Lepas makan kami pun gi hotel walaupun belum boleh check-in namun anak-anak yang teruja nak mandi kat kolam....so receiptionist membenarkan boleh mandi dulu sebelum check-in.

Kolam yang luas dgn tempat longsor.

 


Gambar penulis blog kena ada...

 
Ada taman permainan kanak-kanak.

Puan Norizah dan Pn Faridah.

Malam kita orang buat bbq.Antara yg di bakar ialah ayam, ikan. udang. sotong dan keropok lekor.

Pasangan cikgu iaitu Cikgu Shahrul n Cikgu Ain.

 
Bakar jangan sampai rentung.


Keluarga montel.

So...mata dah ngantuk pulak la...korang layan pix je la...9.15 mlm.

BERHUJUNG MINGGU

Hari ni Sabtu 22 Oktober 2011. Biarpun hari Sabtu tapi perlu bangun awal gak... selesai solat Subuh seawal 6.45 pagi aku drive menuju ke kg PS. Saja nak tengok progress pembinaan dapur dan Mama Janet bgtau ada angka masak untuk aku. Tengahari pulak ada jemputan kawin cikgu sekolah aku di Pt Tengah, Pt Botak. Hari ni aku drive sorang. Sampai PS lebih kurang 8.15 pagi so singgah dulu kat pasar minggu. Biasala nak cari biji ranti. Dapat gak biji ranti sekg RM8.00 ngan petai mata beso seikat RM 5.00. Nampak kocaie... tapi ras tak berpada dgn ikatannya kecik berharga RM2.00...ha tak yah le...bukan berkira soal RM2.00 tapi kok macam kebangeten.
Sampai kg dlm kul 8.45...pusing2 rumah.


 Kampung di waktu pagi..

Nangka kambing gurun ni...siapa punya rezeki?


Pokok jambu loceng kat sebelah bilik air depan lebat dan tengah masak.


  Tengoklah buah jambu yg gugur kat bawah pokok..."beleder"

Sebenarnya buah jambu ni bukanlah masam atau kelat. Sebelum ni buah ni cam dihurung semut tapi kali ni kurang sikit. Bila aku petik dan makan dia tak la manis sangat sebab orang cakap musim hujan...tapi ada manis gak. Kalau kat bandar ni laku kot? Niat hati nak ngunduh tapi buah nya kat bahagian atas "poncret". Aku bukanla tak tau manjat tapi tapi...pokok tu tak bagi aku panjat.
Lepas tu aku drive ke pondok polis Pt Bunga. Sampai je rumah Mama Janet terus diajak makan... memang langkah kanan dan aku tak sarapan lagi....perhhhh...ada tumis biji ranti, gesek kapak, asam pedas ayam...memang kena selera aku... ala dua pinggan jerrr... herkkkkkkkk ( sedawa ). Lepas makan bual beberapa minit...dlm 11.15 aku pun mintak diri dulu...so Mama Janet bagi nangka masak. 
Inilah nangka yg Mama Janet bagi...jangan jelous...

Lepas tu aku drive ke arah Pt Botak. Dalam perjalanan supplier call kata t'shirt untuk picnic esok dah siap. Dia kata malam baru boleh hantar ke Kulai...so aku kata boleh tak hantar kat RnR Pt Botak...so di setuju. Bila aku sampai dia tak sampai lagi so terpaksa tunggu sampai lebih 30 minit. Dalam masa menunggu aku terpandang saebua gerai menjual buah dan signboaed cam kat bawah.

  Wah...dah ad gerai aku ni....kebetulan sama nama.

Lepas tu aku pun gi jemputan kat Pt Tengah, Pt Botak. Lepas salam dan makan aku pun balik ke Kulai. Sampai lebih kuran kul 3.30 petang. Itulah perjalanan aku hari ni... esok nak gi picnik pulak kat Pelangi Balau Resort, Tunggu n3 aku...

Isnin, 10 Oktober 2011

Mmmmmm...harumnya bau....

Bagi tadi bangun dari tidur....mmmmmmm harumnya bau...cempedak aku dah masak ni...cempedak tu aku gantung dalam green bag. Bila aku tengok yg paling beso yg masak... tak pe...nanti balik aku belah ko... Dlm kul 3.30 sampai rumah. Siap ko... dengan langkah pahlawan aku ambil pisau yang tajam...dan siap ko.

 Ini dia buah cempedak di luar pagar.

Puyoooo...melentut-melentut....

Aku makan sorang-sorang....Tanty kureng sikit... separuh tu tinggalkan untuk Harith. Dah 13 ulas masuk dalam perut aku. Rasanya tak kurang 10 ulas yang ditinggal. Biar pun sekepel tapi rapat isinya. Daminya pub leh makan. Tak sia-sia aku balik kampung. Ok...sekian.

Sabtu, 8 Oktober 2011

JUADAH SPECIAL LUNCH HARI INI

Pagi minggu...melengko sampai kul 8.00 pagi. Lepas sarapan cam malas nak keluar. Teringat semalam Kak Mah bagi biji ranti... dah lama x makan baji ranti. Dah lama gak aku tak tunjuk skill masak... tapi malas pulak nak belah biji ranti... so mintak Tanty belah biji ranti. Dia tengah sibuk buat modul BM untuk murid tingkatan 1 & 2. Dari awal tahun cam ni le tugas ketua panitia BM. Tak pe biar papa masak....lepas kelengkang-kelengkung maka inilah yang dapat disediakan. Menu pertama biji ranti goreng + tempe+udang kering, kedua ayam goreng berempah, ketiga gesek kampak kapak goreng, empat tempe goreang dan pencuci mulut payapa papaya. Lepas masak terus makan coz Tanty dah masak nasi dulu. Memang sodappppppp.... kalah restoran Siam. Kak Long kat Kota Tinggi mungkin masak biji ranti jugak kot... atau Kak Mah kat Pandamaran.
Jom layannnnnnnnnn

KULAI-PT. SULONG-JB-KOTA TINGGI-KULAI

 Ni tajuk apa pulak ni... ha... inilah perjalanan aku hari ini bersama Harith. Seawal 7.00 pagi telah keluar rumah bersama Harith. Tanty tak ikut coz dia ada kursus prefesionalisme yg perlu bagi pejawat awam biar pun kdg2 setakat asal buat je. Sekolah aku pulak minggu depan di Kem Bina Negara, Gunug Pulai. ...ok sambung balik... mula2 kena gi pam minyak dulu. Lepas tu cucuk duit kat dinding buat "sangu". Pastu masuk highway Kulai menuju ke Pt Sulong. Sampai pekan Pt Sulong dlm pukul 8.45...ingat nak ronda kejap kat pasar minggu PS...tapi hujan lebat pulak. Nak sarapan pun hujan nasib baik b eberapa minit hujan slow sikit dan dapat keluar di warong Sarjan Manan. Pekena meehoon+telor+sambal kacang. Harith makan nasilemak dgn telor. Pastu terus ke kg. Sampai kat kampung 7 orang pekerja sedang bekerja. Jom tengok gambo...


 Tengah sibuk bekerja.

Tiang dah tegak berdiri...tak kan bengkok pulak.



 Angkut tanah merah untuk naikkan aras.

Sedang membancuh kopi konkrit.

Sementara tu aku cuba "nyongrok" buah cempedak. Dapat le dalam lebih 20 biji walau pun sekepel2. Okla juga...coz ia manis dan tebal... Dlm pukul 9.30 Kak Mah, Md Shah dan Farez sampai. Dia orang gi PS dulu.

Inilah hasil "songrokkan" aku...

 Baki buah cempedak yg dimakan oleh bajingan (tupai)
dapat le merasa... sedap/manis dan tebal.

Hek elehhhhhhh... tidur orang tua ni... sebijik cam arwah mak.

 Dah blog aku... tak kan tak ada gambo aku..
Ade aku kesah....
Dalam pukul 12.00 aku dan Harith pun meninggalkan rumah pusaka... masa tu Kak Mah tak balik lagi. Asalnya dia nak tidur kat kg tapi Md Sah tak nak. Nak kemana yek... ada dah cempedak untuk Som dan Kak Long... dah bawak bila aku nak hantar pulak? Atas sikap tanggungjawab aku sebagai abang dan adik lelaki ... maka aku tekan pedal minyak menuju ke Bukit Mutiara. Sampai lebih kurang 1.40 petang. Tuan rumah tak ada mungkin sedang makan nasi baryani... aku gantung je kat pagar. Lepas tu aku meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi. Sampai Kota Tinggi Harith kata dah lapar so singgah kat gerai... makan tengahari dulu. Lepas tu sambung ke Taman Kota Jaya. Sampai rumah Kak Long ingat tak nak masuk, tapi masuk kejab nak tergucil dan berbual kejab... lepas tu balik ke Kulai. Sampai rumah pukul 3.30 ptg. Alhamdulillah selamat... oops sorry Som...biji ranti tak bagi kat ko coz tak ada bekas...dan ko pun tak rajin masak kan... aku bagi kat Kak Long. Ini saj n3 kali ini...









Rabu, 5 Oktober 2011

PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN BERUNIFORM

N3 ini sebenarnya dah 2-3 hari nak buat tapi gambar aku limited sebab Harith ambil gambar video so bateri cepat weak la... dan aku tak bawak bateri spare. Gambar yang aku muatkan ni adalah ikhsan jurufoto sekolah aku iaitu Cikgu Shahrul Fatimi. N3 ini cuma cite budak2 sekolah aku yang pergi berkhemah di Kem Dayang, Pekan Nenas Nanas, Pontian. Termpat ni dah 2 X perkhemahan aku buat kat sini. Selain dari bayarannya kira mampu dibayar, tapi ia agak berdekatan dgn sekolah aku lebih kurang dlm 20-25km so kos pengangkutan kurang sikitla....selain ia jauh dari kesebukan bandar dan jaran dengar bunyi kereta. Kawasan agak cantik jugakla...sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan. Perjalanan dari sekolah aku yang memakan 30 minit perjalanan melalui kawasan kampung Gunung Pulai. Seramai 80 orang peserta menyertai dan 13 orang guru pengiring. Budak bayar RM50.00 je...dan sekolah top-up dlm RM35.00 setiap pelajar. Makan dan fasilitator disediakan oelh pihak kem iaitu pelajar-pelajrar UTM, Skudai sebab kem ini pun dipunyai oleh Dr. Hafiz iaitu lecturer kat UTM. Peserta paling muda anak aku siHarith yg beria-ia nak ikut serta.  Perkhemahan diadakan pada 30 September hingga 2 Okober. Jomla kita lihat gambar.

Inilah pintu gerbang Kem Dayang.
Nampak tak budak pakai t'shirt hitam...?

 Kereta guru yang turut serta.

 Antara guru yang terlibat...Izzate, Izatul, Ezida, 
Azri dan belakang Azirul.








Bersedia untuk "night walk".

 Cikgu Mahathir setiausaha kokurikulum aku
...hampir sama beso...

Cikgu Shahrul sentiasa dengan zoomnya...

  Bersama peserta termuda...Abby Iddin Harith.

 Orange colour..

Cikgu Mohd Yusof bertindak sebagai Kem Komanden.

Acara yang dijalankan sepanjang perkhemahan adalah seperti ice-breaking, night-walk di hari pertama. Pada hari kedua diadakan jungle tracking. Acara cam ni bukan aku tak nak join tapi takut kalau pengsan siapa nak dokong aku...
 Jommmmmmm...kita teruskan cabaran.

 Jauh dari kesibukan bandar...




Hijau dan menyegarkan...
Aduhhh...penatla....relex kejap.
Letih tapi enjoy...

Ko ni leh turun 20gm ni....
Lurah sama dituruni...
Bukit sama didaki...

Sungai sama direntasi...
Sama-sama basah...
Baik-baik jalan tu Harith...

 Berehat di tepian tasek...

 Kawasan tadahan air..

 Fasilitator dari UTM Skudai.

 Lepas jungle travking kena kuak lentang atas tanah pulak...

Segarnya oren ni...

 Lepas makan tengahari mereka menjalankan aktiviti explorace

 Ni kena mandikan...

 Ada cam main teng-teng...
tak kisahla yg penting mereka happy.

 
 Lepas tu dia orang aktiviti air....

 Tak kisahlah air jernih atau keladak...


 Dua cikgu beso main buai... ni kuat tak ni?

 Ini blok penginapan peserta lelaki.

 Ini challet guru.

 Sementara budak2 berkubang, mari kita berbbq. 
Resepi oleh Chef Cikgu Beso...

 Diadun oleh  Devi, Nalini dan Vilaasyini. Balikkan Rith...nanti rentung.

 Emmmmmmmm...lazat... hingga makan malam pun lewat jam 11.00 mlm.

Malam kedua semua peserta dibahgikan kepada kumpulan dan mereka dikehendaki mempersembahkan nyanyian dan sektsa.

 Pengacara malam itu ialah Ezida dan Azri yang lunak suaranya. 
Tak boleh la aku nak cari makan....kena pencen awal.







Inilah sebahagian dari persembahan mereka...

 Azirul tension...Ezida dan Aidawati ceria...


 Tidur ko Thir...apa yg menyebabkan cikgu beso tersenyum.

Relex Sop...banyak lagi mee goreng tu...tengok cam aku tenang je...

Peserta menikmati juadah.

Selepas sarapan pagi hari ketiga, ada satu lagi aktiviti iaitu "war game" kira permainan perang le tu. Dia orang perang tak pakai  senapang atau meriam.... atau panah dan pedang tapi menggunakan air berwarna yang dmasukkan dalam plastik. Jom lihat pix....



Peserta sedang membungkus air warna dalam plastik. 
Itu bukan sirap atau oren ye...!

Selepas "war game" mereka berendam dan bersiap untuk acara penutupan rasmi. Untuk perasmi majlis penutupan rasmi tiada pengetua, tiada PK1, tiada PK HEM kerana mereka ada urusan lain nasib baik ada perasmi "bidan terjun"  Puan Sinat Ara iaitu Penyelia Petang dan turut hadir ialah Puan Kamisi Ketua Bidang Bahasa dan Tn. Hj. Kamaruddin Ketua Bidang Teknik dan Vokesional.

Ini bukan menyanyi ye...ini ucapan alu-aluan...

Tahniah.... terima kasih.

Sekian saja n3 kali ini. Semoga tahun hadapan kita akan buat di tempat dan aktiviti yang lebih menarik. Syukur kehadrat Allah swt kerana sepanjang perekhemahan ini dijalan tiada sesuatu yang buruk yang berlaku cuma hari pertama bila sampai sahaja seorang peserta terpaksa pulang kerana datuknya meninggal dan dua orang terpaksa dihantar balik kerana semput. Seorang peserta perempuan..."katanyalah ye... dia nampak lembaga di atas bukit melambai-lambai kepadanya semasa aktiviti night walk" Waallahualam.