Isnin, 28 November 2011

JAGONG DAN KELADI

Hari tu aku ada melawat blog Cikgu Mat Som Sodono under tajuk "Panorama Desa" yg memaparkan Projek Korporat PPK Seri Medan dan nampaklah ladang jagong yang subur menghijau dan jagong kalau baru petik mesti manis. Jagong ni tak macam keledek. Kalau keledek makin lama simpan makin manis tapi jagong kalau lama simpan hilang manisnya. Best kalau hujan2 cam petang ni dapat makan jagong panas2.
Sedang aku layan fb atas katil "ting-tong". Siapalah pulak hujan2 ni...dan bila tengok kat pagar ... s/u kokurikulum aku Cikgu Mahathir. Bila aku bukak gate dan pelawa dia masuk...dia menghulurkan karung. Dia cakap ada jagong dgn keladi. Fulamakkkkkkk...pucuk dicita ulam mendatang. Dia kata keladi ( tak pasti keladi apa ) dia cakap nanti boleh goreng masa kenduri. TERIMA KASIH Thir...terima kasih daun keladi...eh memang bukan daun tapi betul2 keladi.

Dia kata dari kampung kat Air Manis lepas hantar emaknya ambil result."ct-scan" kat specialist hospital. Mak dia kata ada ketulan di payudaranya... so hari ni resultnya.

Hanya ucapan simpati yang mampu ku berikan. Harap bersabar. Dr kata baru tahap 2 dan dr kata kena buat pembedahan. Mata yang memandang tidak seberat bahu yang memikul.  Semoga selepas pembedahan mak Mahathir akan sembuh. Insyaallah.

So berbalik kepada kisah jagong dan keladi.

 Ini le jagong tak kurang 15 biji.

  Rapat... tak de ompong.

 Bersedia untuk disauna.

Ini keladi...nanti boleh goreng masa minum petang
atau sarapan pagi.

 Yessssss...bersedia untuk dingapppp

 Tu diaaaaa....mmg rapat.

Sedap tu...hujan2 dapat jagong free.

Sekali lagi terima kasih Mahathir. Sebenarnya hari tu tempah pecal dari mak Mahathir untuk kenduri tapi dah mak dia tak sihat...tak pe lah. Berehat dan berdoa agar cepat sembuh. Pecal mak dia memang sedap style orang kampung punya resepi. Ok ini saje n3 aku kali ini...



Sabtu, 26 November 2011

PAGI MINGGU

27/Dis/11 Seawal jam 6.50 dah keluar meninggalkan rumah untuk ke JB. Ono opo yo Rin kok mareng Njohor waheh...? Semalam, hari ini dan esok aku menghantar Tanty ke SMK Sultan Ismail JB. La...kok cuti2 gen ngahad kok mareng sekolah...ono opo tho.? Bagi yang tak tau dan menganggap tugas guru ni mudah... ini merupakan antara tugas yang bukan masuk kelas. Tanty tiap tahun sejak 2001 dah jadi penanda Kertas BM1 SPM.  Tugas ni bukan tiap guru dapat... penanda perlu komitmen dan kesabaran yang tinggi coz ini adalah masa hadapan calon SPM. Setiap yang disemak akan diberi markah mengikut skima yang telah ditetapkan. Biar pun penanda mendapat sedikit bayaran namun setiap penanda tapi bukan itu sahaja tapi dengan menanda mendapat pengetahuan dan pengalaman baru untuk digunakan semasa guru mengajar dikelas. Setiap penanda perlu telus dan memberi markah mengikut kewajarannya.

Sampai di SMK Sultan Ismail lebih kurang jam 7.45 pagi. Lepas tu aku ngan Harith singgan di restoran mamak di hadapan Hospital Pakar Abdul Samad.  Sebenarnya kerap kali bila lalu sini memang nak singgah tapi parking yang dekat dah penuh termasuk semalam. Hari ni ada rezeki so ada parking yang tidak terlalu jauh.

Ini dia restoran mamak...tak le indah tapi makanan kat sini kira ok la....

 Hospital Pakar Abdul Samad...nostalgia

 Teh tarik utk Harith...teh O ais aku punya.

 Roti kosing Harith punya.


 Lontong aku punya...laaaaaaaa...dah licin

 Apa nak buat hari ini...

  Balik....main ps2...


Sebelum sampai rumah...singgah kat pasar tani Temenggung. Carilah apa2 yang patut.

 Jumpa pulak minjo ( belinjau ) ni. Eja betul2...minjo bukan minji.

Ha...ni utk tetamu hari Ahad depan... nak pizza org KL
dah biasa...chiken chop nak muak...spageti dan mual
...ini ajelah agaknya.
Ok..n3 kali ini.



Jumaat, 25 November 2011

DAH BOLEH PAKAI SELUAR

Hari ini dah masuk hari keenam anakku siHarith berkhatan. Alhamdulillah dia memang berpantang dan akan bertanya samada boleh atau tidak untuk dimakan. Mulai semalam petang dia dah cuba pakai seluar biarpun dia rasa agak geli bila kain seluar tu terkena "anunya". Petang tadi gi Marry Brown. Dia makan fish n chips. Mintak2 dia cepat sembuh sebelum kendurinya.

Inilah wajah terkini Harith.


SELAMAT JALAN S/U SUKAN SMK KOTA KULAI

Hari ini dlm kul 10.45 pagi kami merancang untuk mengadakan farewell party untuk s/u sukan aku di SMK Kota Kulai. Majlis tu di adakan di Hotel Sayang dan antara yang join ialah aku, cikgu Kamal, En. Zainal, Mahathir ( selaku orang kuat dan s/u kokurikulum aku ), Megat ( pengganti s/u sukan ), Azri, Shahrul, Hafiz n isteri, Yatt, Ayu, Izzatul dan Wan.
 Ini saje cenderamata dari saya...dah jangan bersedeih.

 Satu jempol...satu jentik.

  Makanan baru dihidang.

 Mantan pengetua dan mantan PK HEM.

 Antara menu ayam masak lemon, daging masak black pepper, udang goreng tepung, kangkung goreng belacan, tomyam seafood, tauhu jepun masak thai sos dan sea coconut juice.

 Wah berselera makan...

 Makan Rul...jangan bersedih.

 Apa lagi yang kurang Yatt...order je...

Ni air mat a sedih ke gembira Rul...All the best.

Semoga Azirul akan bergembira di samping keluarga dan mendapat rakan2 baru serta sentiasa success. Sepanjang sembilan tahun menjadi GPK Kokurikulum ramai yg telah menjadi s/u sukan aku dari Cikgu Noriana yg balik ke Kelantan, kemudian Ustaz Azran yg pindah ke Bdr Tenggara, pastu Sukri yg menyambung pelajaran, Shahir yg balik ke Perak dan Azirul yg balik ke Kedah. Biarpun siapa pun yang akan mengganti...hidup perlu diteruskan. 

POTONG DI KULAIJAYA

Dah seminggu gambar dlm camera. Entah kat mana entah cable USB kamera tersorok. Ni dah dua dah.  Satu yg ori dgn kamera masa beli...pastu beli lagi satu... lepas n3 yg lepas entah hilang kat mana? Ada yang ngopeni agaknya... kali ni beli card reader pulak,

Ni n3 pasal anak bujang aku siHarith...minggu lepas berkhatan...sam dgn 2 anak bujang mummy Gee. Hari tu tempah kat Klinik Amir dab bila dah tinggal beberapa hari jiran sebelah beritahu...sunat dgn Dr Amir sakit hingga dari pagi sampai malam menanggung siksa. Risau so tanya2 kat member yg ada experient anak mereka yg telah bersunat. Seorang ustazah mencadangkan utk bersunat di Klinik Murni. Sebelum tu dah tanya klinik pakar Pasir Gudang dan Hospital Pakar Puteri....tapi mereka mula "memotong" bermula Isnin 21 Nov. Dia orang kata tak sakit bersunat kat pakar Pasir Gudang & Pakar Puteri. Kat Puteri kalau sunat terus balik RM 800.00 dan kalau sunat kemudian masuk wad sampai petang RM 1500.00 dan di Klinik Murni RM120.00.

Yang menyebabkan aku hantar ke Klinik Murni bukan kerana bayarannya tapi aku tak nak tangguh coz nanti bila dia baca FB ke...blog ke atau chatting dgn Daniel dan Danish dia jadi takut...so ke Klinik Murni je la...
Hari tu dr kata datang jam 10.30 pagi so kita orang pun sampai ke klinik dlm 10.30 pagi ( Sabtu ) bila sampai klinik tutup dan ada notis. "Yang Daftar Sunat Sila datang jam 5.00 ptg". Apala dr ni...padahal dah bagi hp no tapi apsal tak call...so kena tunggu sampai petang. Petang tu YB Bt Mutiara datang singgah dlm perjalanan ke rumah Mummy Gee. Petang tu hubby Som n 2 anaknya ikut serta ke klilik Murni. Terima kasih Jenal, Ijat n Apis.

Sampai klinik nampak tak bukak lagi tapi Harith kata ada dr tu duduk kat luar. Rupanya pembantunya belum sampai lagi. Dekat setengah jam gak le tunggu... dan akhirnya sampai gak. Harith giliran kedua dlm jam 6.00 ptg.

Walaupun nampak tenang...tapi camana debaran di hati menanti.


Dah baring atas katil...

 Masuk dlm blik bersama Cik Jenal. Aku bukan takut tapi tak berapa berani le...bila dah jahit baru aku berani masuk dan ambik gambar.

 Dr nak injek...

Boleh menjeling aku ambik gambar tu...

 Dah sampai rumah...lapo la pulak...

Adei...dei...sakit ma.... erhhhh...
 
Nasib baik Ijat n Apis dapat menemani...nak nangis malu pulak...adala jugak menangis. sikit...malam dia mengadu kat mama dia...aku kroh...kroh... malam tu mmg dia x berapa lena tidur... tapi Alhamdulillah dah ok. Ni je la n3 aku...jangan lupa 3 Disember serbu rumah aku... ada kenduri kecil2an je...

Khamis, 17 November 2011

SIAR TAPI TAK SAMPAI MESEJ UNTUK PARENT

INI YANG AKU TULIS


Syabas, tahniah dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memahami masalah ibu bapa untuk membeli keperluan persekolahan untuk anak-anak terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan memberi bantuan sebanyak RM100 kepada anak-anak yang bersekolah. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa menjelang persekolahan anak-anak di tahun hadapan. Pihak sekolah mula mengagih-agihkan bantuan tersebut beberapa hari yang lalu melalui ibu bapa atau murid itu sendiri. Kepada ibu bapa diharapkan dapat menggunakan bantuan tersebut untuk persekolahan anak-anak dan tidak menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain. Kesungguhan dan komitmen ibu bapa untuk menuntut bantuan tersebut melalui pihak sekolah memperlihatkan ibu bapa bertanggungjawab memastikan bantuan tersebut digunakan untuk keperluan persekolahan anak-anak. Sikap ini juga diharapkan ibu bapa akan sentiasa menjalin hubungan baik dengan pihak sekolah seperti menghadirkan diri dalam setiap jemputan ke sekolah seperti mesyuarat PIBG, Hari Terbuka, Sukan dan sebagainya untuk sama-sama memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah.



INI YANG DIEDIT OLEH EDITOR BERITA HARIAN 17 NOVEMBER 2011 DALAM RUANGAN SURAT DAN EMAIL.

Bantuan ringan beban ibu bapa

2011/11/17

SYABAS dan terima kasih kepada kerajaan kerana memahami masalah ibu bapa untuk yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan memberi bantuan RM100 setiap pelajar. Bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa menjelang persekolahan tahun depan.

Pihak sekolah mula mengagihkan bantuan itu beberapa hari lalu melalui ibu bapa atau murid itu sendiri. Kepada ibu bapa diharapkan dapat menggunakan bantuan itu untuk persekolahan anak dan bagi tujuan lain.

Kesungguhan dan komitmen ibu bapa untuk datang sendiri ke sekolah untuk mengambil bantuan itu memperlihatkan ibu bapa bertanggungjawab memastikan wang berkenaan digunakan untuk keperluan persekolahan anak.



WONG KHOO LAI,

Johor Bahru.

Isnin, 14 November 2011

KOTA KULAI JUARA LAGU PATRIOTIK

N3 ini hampir basi tapi ... ade aku kesah...ini kan blog aku. Cite ni berlaku pada hari Sabtu lepas 12 November 2011 di TJ Mart. Hari ini ini beberapa murid dari sekolah aku akan bertanding dalam Pertandingan Lagu Patriotik Daerah Kulaijaya. Sekolah aku juga dipertanggunbgjawabkan sebagai Jawatankuasa Kecil Jamuan Untuk Pegawai dan yg sebenarnya cikgu2 aku yang meramaikan jamuan. Seawal jam 8.15 pagi peserta-peserta mendaftarkan diri. Setiap sekolah dikehendaki menghantar 3 penyanyi solo dan 3 pasang duet. Guru pengiring merangkap jurulatih ialah Cikgu Mohd Noor Azri dan Cikgu Nurhidayu. Beberapa orang guru turut memberi sokongan iaitu cikgu Norhayati Ahmad, Mahathir, Megat, Wan Zurita dan Nor Farah Liana. 
 Inilah dia backdrop pertandingan tersebut.
 
 Peserta solo yang menjadi Johan.


 Pemenang tempat keempat solo.

 Satu-satunya peserta tunggal dari SMK Kota Kulai.

 Peserta duet yang menjadi Johan.

 Hanya mendapat hadiah saguhati.

 Peserta duet yang mendapat tempat ketiga.

 Guru-guru yang menjadi penyokong.

 Inilah perolehan hari ini.


Peserta memberi post bersama guru-guru. .. Sekalung tahniah.  
Seorang  peserta solo lelaki dan perempuan sedang mewakili 
daerah Kulaijaya di Pertandingan Lagu Patriotik peringkat 
negeri Johordi Dewan Jumlee Intan, Pontian 15 November 2011.
Semoga berjaya.

Selasa, 1 November 2011

DAPUR SETAKAT 2 nOVEMBER 2011

 Gambar-gambar adalah cilok dari wall Mama Janet agar mudah nak tengok










.