Sabtu, 10 Disember 2011

JADI PAK SUPIR

Hari ni Sabtu 10 Disember 2011. Lepas solat Subuh nyambung balik tidur sampai jam 10.00. Tanya Tanty jadi ke nak gi JUSCO Tmn U. Dia kata jadi so kejutkan Harith untuk mandi dan bersiap.  Tanya nak sarapan pagi dulu ke atau tak. Dia orang cakap gi makan nasi baryani merangkap sarapan n lunch.

 Inilah gerai nasi baryani di Tmn U
.
 Apa nama restoran ni... kalau nak gi ajak aku
.
 Dah lapo ni...

 Tuan blog kena ada...
.
 Ni keadaan dalam restoran.

 Ini dia nasi baryani...aku n Tanty baryani ayam, 
Harith makan baryani daging lembu dgn aksesorinya
cam penchok, dalca dan papedom.


Dah clear...... tapi cam lum kenyang ni...
aku boleh bagi 8/10 untuk nasi baryani ni...
lebih sedap dari nasi baryani Md Shah Batu Pahat.

Lepas tu hantar Tanty ke Jusco. Aku n Harith cari parking baik punya dan rebahkan seat. Pastu suruh Harith beli icekrim kat MD sementara tunggu Tanty. Adalah dlm sejam. 

 Cuti ni lepas sunat makin bertambah beso la ko Rith. 
Makan - game - tidur...tu naje.
 
Lepas tu gi JAKEL pulak so lepas turunkan Tanty cari parking baekkkkkkkkkkn punya dan zzzzz.  Kat sebelah tu pulak ada van jual cendol...so pekena cendol kacang.

 Jakel Tmn Tampoi Indah.... ye je 80% diskaun.
Itun utk kain yg orang dah tak nak pakai le...

Ok n3 hari ini. Petang ni ingat nak rewang kat corner lot belakang baris rumah aku. Malam nanti le... Tanty dah gi dah...pinggang aku sakit.

Jumaat, 9 Disember 2011

KULAI TAK LAGI TERKULAI


Pagi dah buat kerja isi markah kokurikulum kat sekolah. Petang tu tak tau nak buat apa...so ajak Harith ronda Kulai sambil ambil gambar.  Aku jadi warga Kulai mulai 6 Jun 1998...bila permohonan pertukaran dari Lawas ke Johor. Sebenarnya aku dah daftar dulu sebelum tu di SMK Sultan Ibrahim yang kebetulan Mummy Gee melangsungkan perkahwinan dgn Radwan. Sebenarnya aku cam tak leh balik sebab bila balik terpaksa semula berada di sekolah lama selama seminggu dan terus balik ke Johor tetapi atas ikhsan Mummyn Gee dia sponsor abang yang hensem ni tambang belon pergi dan balik...dan selepas cuti balik semula ke Lawas untuk seminggu. Kini setelah lebih 12 tahun Kulai kini dah jadi Kulaijaya. Yela dulu Kulai ni selalu jadi tempat tercorot dalam akademik dan kokurikulum...dan kini bila nama dah ditukar menjadi Kulaijaya...dia dah tak terKulai lagi. MSS Johor pun dah 3 tahun juara. Akademik pun naik sedikit.

Dulu PPD Kulai menyewa dgn Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulai. Aku kalu tak ada apa yang perlu sangat memang tak mau gi PPD ni coz berada di tingkat 4. Naik tangga cam naik tangga Batu Cave. Lepad tu pindah menyewa di bangunan kedai dua tingkat di Indahpura hampir 2 tahun sebelum pindah ke bangunan  sendiri di satu tapak di Indahpura gak.
 Inilah dia bangunan PPD Kulaijaya yang baru.

Dulu hanya ada Balai Polis berdekatan dgn terminal bas n teksi Kulaijaya. Sekarang IPD Kulaijaya telah dibina juga dim Indahpura sementara Balai Polis lama terus beroperasi.

Bangunan IPD Kulaijaya.

Kuarters polis yang tersergam indah.
Kalau dulu masa aku baru pindah ke Kulai... Majlis Daerah Kulai dan hampir 3-4 tahun telah ditukar kepada Majlis Perbandaran Kulaijaya... dan bangunannya juga telah berubah wajah. Yela kat Kulai ni kan banyak bangunan perniagaan, kilang dan tempat kediaman. Setahun entah berapa juta dikutip daripadan pelbagai cukai. Cukai pintu pun dah naik jadi lebih RM 400.00 setahun.
Pagar Majlis Perbandaran Kulaijaya.
 Bangunan MPKu antara bangunan tertinggi di Kulaijaya.
Selain tu hospital Kulai pun kira baru jugalah di Kulai ni dlm 7-8 tahun kot digunakan. Aku dah dua kali tersadai kat sini.
 Hospital Seri Maharaja Lawak ...entah apa lupa nama penuh.
Kat Kulai ni agak susah dan nak bersantai...sebab tak de pantai...tak de air terjun, yang ada tasek buatan. Atas inisiatif MPKu maka sebuah taman dgn tesek buatan dan tapak perkhemahan dibina di Bandar Putra dan dinamakan Hutan Bandar Putra. Boleh le kalau nak jogging, nak bersiar-siat atau nak bertenet.












Hutan Bandar Putra.


Lapangan Terbang Saltan Ismail, Senai tidak kurang 3 kali renivation...dan dah bertambah cantik.

 
LTAB Sultan Ismail, Senai.

Pejabat Pos telah berubah wajah tapi lokasinya kurang sesuai sebab susah nak parking dan berdekatan stesyen keretapi. Kalau nak makan mee bandung yg agak sedap kat Kulai ni, warong sebelah pekabat pos ni kira okla...


Kulaijaya juga kini mempunyai stadium kedua. Yang pertama di Bandar Tenggara. Stadium ni siap dan digunakan 4-5 tahaun yang lalu.


Kalau pada 1998 Supermarket yang ada cuma Gedung Harian. Nak cari pakaian terpaksa gi JB or KL namun 13 tahun berlalu berbagai pembangunan ada di Kulai. Terdapat pelbagai pasaraya dan pasar besar ada di Kulaijaya.... antaranya.

 Shopping Complex IOI Mall
.
 Pasaraya Mydin... belakang rumah aku.

 Kulai Centre Point
.
 Pasar Besar TESCO
.
Pasar Besar ekonsep ECONSAVE.

Mercu tanda  terbaru di Kulaijaya kini adalah Johor Premium Outlets iaitu kompleks membeli belah barangan berjenama. Pelbagai barangan branded dijual di sini dari baju, seluar, kasut, barangan sukan, kosmetik, jam tangan dan macam-macam ada... tapi bagi aku ini bukan tempat aku nak shopping. Tempat aku di Angsana atau Giant Plentong...atau kalau nak branded beli kat "bundle". Kalau nak makan kat sini pun takut tak tertelan...sepinggang nasi lemak berharga RM10.00. Kalau kat luar ice blended/coolblock setakat RM2.50 tapi kat sini RM 4.50. Ramai yang datang dari Singapore sebab plat kereta yg digunakan atau yg berwang...melihat kereta-kereta yang dipandu. Lokasinya berdekatan tol 2nd Link Senai.








Inilah sudut2 terbaik di JPO...sesiapa yg ingin nak barangan branded 
leh dtg sini...may be like Alamanda kot.

Ok ni saja n3 aku kali ini...saja ada masa terluang dan boleh ambil gambar.... pembangunan di Kulaijaya kira rancak...kalu IPTA dulu tak diubah ke Pasir Gudang lagi meriah le Kulaijaya ni. Kalau 1998 bila diberitahu aku transfer kew Kulai...memang sedih kerana yang aku tau Kulai ni Sungai Sayong je dan pekannya cam pekan cowboy tapi itu dulu 13 tahun yg lalu. Aku rasa aku transfer di tempat yg betul sebab kalau dulu aku dapat balik kampung...alah susah dgn orang kampung yang tak bersatu...asyik bertelagah. Di Kulai banyak perkara yang aku untung. Kebetulan rumah berdekatan dgn surau/masjid, stesyen bas n teksi, stesyen keretapi, pasar, hospital, PPD, pasar besar dan nak gi JPNJ 1/2 jam dah sampai kalau tak jem. Syukur Alhamdulillah.


Isnin, 5 Disember 2011

MAJLIS KESYUKURAN - PART 4





 
 

 





 



Menu sarapan pagi.

Bersembang sambil menjamah sarapan pagi.

Goodies beg untuk keluarga yang datang
dan yang tidak datang.

 4 Disember 2011, majlis telah selesai... tak bestnya tak lama lagi kami tinggal bertiga semula. Mungkin 20 tahun akan datang rumah 405, Jalan Anggerik 9, Tmn Kulai Utama akan sebegini meriah atau lebih bila Harith kahwin nanti. Insyaallah kalau usia dipanjangkan Allah swt. dan sihat. Mudah2an.... Amin.

Sebelum pulang ke kediaman masing-masing jom kita layan makan tengahari dulu...style orang kampung...jom layan.

Menu tengahari nasi putih jugak.

Ulam-ulaman dan sambal belacan.

Sambal udang dan sayur lemak labu n kacang panjang.

Ayam goreng dan gesek jelentir goreng.

 Makan Kak Mah ... alah nanti boleh jogging.

Ok...cukuplah n3 Majlis Kesyukuran. Lepas ni tunggu candid camera majlis ini.