Rabu, 25 Januari 2012

PENGINAPAN 2 MALAM DI HOMESTAY HJ OMAR n HJH AMANAH

Biar apa orang nak kata...biar tak de swimmingpool, tak de air terjun, tak de deruan ombak, biar tak de bilik 5star, biar tak de aircond, biar tidur berlapikkan tikar plastik, biar makan hanya makanan kampung, biar tak de shopping complex, namun itulah kampungku, rumah pusaka abah n mak, tanah kelahiran 6/9 adik beradikku tetap antara destinasi pilihan bila bercuti. Anak-anak pun seronok berbercuti di kampung agar mereka tahu dari mana asal-usul mereka. Rasanya mereka tak pernah komplin masa berada di kampung. Apa saja yang terhidang oleh mak-mak mereka...hantam saja. Mereka bebas bermain di sekitar halaman rumah yang tak pernah mereka jumpa di bandar dan bila malam mereka berkumpul bermain PS2 atau apa2 permainan. Mereka mesra biarpun hanya sesekali berjumpa. Pasangan juga Alhamdulillah... seronok dengan suasana ni.
Selepas menjamu selera di Sabak Awor...kami pun balik. Niat nak beli sotong goreng tepung namun sotong pada hari tersebut dah tak fresh. Pegi kedai lain pun sama aje sotong tu...may be dari pembekal yang sama. Dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya dan menyukarkan pemanduan. Dah sampai depan rumah cam nak belok tapi tak de jajan nak dibawa. Yela kan balik ke homestay...so nak makan kena bawa sendiri masing-masing...so teruskan perjalanan ke Spg. Tiga nak beli sate...ambik masa lebih 20 minit gak. Lepas tu balik. Sampai rumah yang dah sampai Mama Janet n Syafiq dan family Kak Mah.
Esoknya Datin  S n family sampai. Mama Janet dah bawak anak2 gi Wetworld, Batu Pahat termasuk anak aku. Mama Janet belanja coz baru dapat duit KWSP. Petang Pn Kalsom n family dari JB sampai... dapat kumpul 6/9 adik beradik. Okla tu... "ko ade?".

Jom layan gambar...........


 

 

Makan tengahari hari Ahad.

 

Ayam panggang n biji ranti yang mavles.

 

"Bobor" pucuk ubi n ikan kembung masak kicap.

 


 Sambal goreng tempe n ikan masin kampak kapak.

MENJAMU SELERA DI SABAK AWOR

Lepas dari Melaka Wonderland kita orang terus ke Muar. Penat berendam so mintak co-pilot tolong drive. Aku saja memejamkan mata hingga sampai jambatan Muar. Pastu cari Sabak Awor. Sampai lebih kurang jam 5.00 petang.


Welcome to Sabak Awor. Medan Ikan Bakar.

 Antara produk yang dijual.

 Pak Bakar Ikan Bakar.
  
 Setia menanti...



 Antara yang kami pesan...jenahak 3 rasa, udang n
sotong goreng tepung, sup seafood, kailan ikan masin.
 Pemandangan di belakang Sabak Awor.

 Dah kenyang dan segar baru boleh memandu.

 Ni dah layu mata...nak tidur pulak la ni.

Ok...ini saje n3 Sabak Awor. Lepas tu kami pun balik kampung...hujan pulak turun mencurah-curah. Sampai rumah dalam jam 7.45 malam. Kat rumah ada Mama Janet n Syafiq dgn family kak Mah.

BERENDAM DI WONDERLAND, MELAKA.

Awal cuti hari tu lebih kurang kul 10.30 pagi hari Sabtu 21 Januari kami bertiga ke Melaka melalui highway PLUS. Traffic pagi ni agak jem dari Sedenak hingga ke Machap. .

 Alhamdulillah parking dekat dgn pintu masuk.
Inilah biasa rezeki yang Allah swt bagi kat aku kerap
dapat parking yang dekat dan cantik



 Pintu masuk taman tema.








 Tergolek dari boya... 


 Sedia...satu...dua...mula...


 Anak beranak naik "buggy"...berasap...

  Ade gak yang meletup engin buggy ni...

 Harith mencuba menunggang mini ATV


 Bersama maskot


 Mama bergambar bersama maskot  papa.

 Engko ni asyik tergolek jerrr..

Ini jela n3 "Berendam di Melaka Wonderland.

BUNGKUSAN UNTUK SAYA...?

Ni minggu lepas  aku terima sebuah bungkusan dari Bdr Baru Bangi Seksyen 4. Umah Mummy Gee Seksyen 7.


Inilah rupa bungkusannya. Besar gituuu...

Apalah agaknya isi bungkusan ni...aku memang dah tau le... ni masa cuti balik kampung masa Hafeez anak Kak Kay nak bertunang...so berbual dgn hubby Kak Kay. Dia ni suka mencari/menmgkaji sesuatu. Antaranya dulu khasiat buah "durian belanda" yang dikatakan lebih baik 4 -5 kali lebih baik dari terapi kanser...dan dia ni memang suka makan ulam-ulaman. Kalau melawat blog Kak Kay pernah beberapa kali dia upload gambar tanah belakang rumah yang ditanam pokok ulam-ulaman. Hari tu dia bercerita pasal sejenis ubat/makanan untuk mengurangkan kolestrol dlm darah dan pembuluh darah. Dia juga baik untuk batu karang, gout, sembelit, migrain dsb. Dia kata produk ni boleh didapati di kedai perubatan tradisional dan juga merupakan produk HPA. Bila balik ke Kulai beberapa kedai ubat tradisional aku tanya produk ini tapi tak de... Aku pernah tanya Msom Sodono sebab dulu dia penjual produk HPA tapi dia kat dah merajuk dgn HPA... so aku pun serving internet. Aku tengok stokis HPA kat Johor cam tak de... so nampak ada adress yg tereekat iaitu di Bdr Baru Bangi. Bila aku call dia kata tak de stok dlm simpanannya so kena tunggu. Seminggu lebih gak tunggu so satu hari dia call. Dia kata barang dah ada... so aku pun order melalui maybank2u. Aku tengok sebotol dlm website RM 12.00. So aku order 5 botol jd RM 60.00... so lupa pulak bayar kos pos. So dia dia cakap kos pos RM 18.00....dan dia kata nama aku ada sebagai ahli...so dapat harga sebotol RM 10.50. Aku rasa aku pernah daftar HPA  percuma melalui blog Msom Sodono. Aku hanya perlu tampah RM10.50. Alhamdulillah...biarpun botol kaca tapi cara  membungkusnya rapi...nampaknya tak de pecah. Selamat kelima-limanya.


Inilah dia produk tu..."Cuka Nipah" keluaran HPA.

Cuka nipah asli ni diperbuat daripada air nira nipah yang telah diperam selama 44 hari. Nira nipah boleh diminum segar dan ada jugak di kalangan pengusahanya lebih gemar menghasilkan cuka nipah. Cuka nipah ni dipercayai sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.



Khasiat Cuka Nipah :


1. Boleh mengubati kencing manis


2. Turunkan tekanan darah tinggi


3. Pecahkan batu karang


4. Turunkan kolesterol dan mengubati sakit jantung


5. Ubati gout


6. Boleh jugak mengubati migrain

Tapi bagaimana cara mengamalkannya??

Petua 1 :


Ambil satu sudu besar cuka nipah, campurkan dengan satu sudu teh madu dan minum dengan air suam. Amalan ini dipercayai boleh penyakit-penyakit yang saya listkan di atas.

Petua 2 :


Ambil beberapa biji kurma, rendamkan dalam cuka nipah semalaman. Pastikan rendam kurma tu sampai tenggelam. Kemudian, bolehlah makan sebiji kurma esok hari (sebijik saja ye, jangan lebih!). Amalam ini dipercayai boleh kurangkan kolesterol dan darah tinggi.

Petua 3 :


Kalau migrain pula, ambil satu sudu cuka nipah dicampur dengan sedikit air, sapu di bahagian migrain.

Aku belum boleh suggest kat korang sebab kesannya belum ketara. Dah hampir seminggu aku minum produk ni yang aku rasa ialah:

- Resdung aku cam dah hilang. Biasanya setiap pagi mau 10-20 kali bersin ni cam ok.
- Lepas buang b***k bila cebok tangan rasa "ngelinyit" berminyak. Mungkin kolestrol terhakis kot.
- Tekanan darah dan kandungan gula dlm darah tak check lagi ngan doktor.





CUTI-CUTI BERBLOG

10 Disember hingga hari ni 25 Januari...adala kira-kira satu setengah bulan aku tak mengup-date blog aku. Bukan jemu atau malas...1 ori cable dari camera ke laptop, 2 cable beli asing dan kemudian card reader pulak...x tau kat mana...so tadfi suruh anak aku check kat bilik dia kot2 ade... Alhamdulillah adela pulak... so malam ni aku nak menyapu sawang2... sebenarnya my mistake gak...kalau lepas guna aku simpan tempat yg betul memang tak hilang tapi bila mula2 nantila...lepas tu lupa la pulak...so akhirnya lenyap. Nak tanya malula pulak...
Inilah card reader aku...tak mahal pun dlm RM15.00 je...

Mudah-mudahan tak "ketriwal" lagi. Ok cukupla n3 pembersih sawang.