Jumaat, 8 Jun 2012

SURVEY LOKASI PERKHEMAHAN TAHUNAN

Pagi seawal 7.15 di mana ada lagi rakan2 guru masih berselimut atau menghadap sarsapan...aku dengan anakku siHarith telah keluar ke rumah Cikgu Mahathir ( s/u kokurikulum hampir 10 tahun ). Sampai di rumahnya di Taman Puteri giliran dia pulak drive... dah janji malam tadi.

Nak kemana...????

 Signboard Tg Piai.

Suasana damai di perkampungan Melayu.

Kami nak buat surver tempat  perkhemahan di Taman Negara Tanjung Piai. Melalui Gunung Pulai...Pekan Nenas...Kg Bunian. Singgah kejab sarapan pagi dulu. Lepas tu meneruskan perjalanan ke Tanjung Piai.










 Kawasan mendirikan khemah di atas pelantar.




 Tuan tanah kena masuk gak.

 Nak tergelak baca signboard ni...

 Monyet menjadi penghuni tetap di hutan bakau ni.

 Ada satu signboard lupa nak ambil gamba. 
Tulisannya "Hanya monyet yang membuang sampah merata-rata"



Arca yang tinggi dan menarik.

Insyaallah bulan September 14-16 haribulan nanti 80 orang murid  sekolah aku akan berkhemahan di sini.  Pakej ni meliputi tapak perkhemahan, makan, sijil, t-shirt, tambang bas, jurulatih dan sebagainya. Kos seorang murid dlm RM120.00 tapi pelajar dikenakan RM 70.00 sahaja.


TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Hari ini kena duty katy sekolah. Seawal 7.50 aku dah sampai. Pentadbir lain termasuk pengetua tak de kat sekolah. So kena pantau staf sokongan dan pekerja swasta. Kena melayan kot ada tetamu yang datang atau nak mintak tandatangan. Pagi tu minitkan surat yang baru sampai. Dlm 8.30 Mira PAR pejabat mengatakan ada surat jemputan untuk ke majlis Tilawah Al-Qurann di Persada Johor. Bila aku baca ada jadual untuk jadi jemputan ikut giliran. SMK Kota Kulai kena hantar 2 orang pentadbir. Surat ambik dari PPD pagi tu....nak kena hadir mlm ni. Tanya Mira pengetua kemana...dia kata kursus 2 minggu sampai hujung minggu depan. Tanya PK1 dia kata ada kat KL....call PK HEM dia kata ada kat Dungun. Waduhhhhhhhhhhhh...camne ni... nak abaikan jemputan tu takut nanti pengetua tanya mengapa tak de wakil. Rasanya terpaksa aku kena gi...tapi dgn siapa. Fikir2 tanya SU Kokurikulum Cikgu Mahathir. Alhamdulillah dia sanggup dgn syarat aku yg memandu. Biasanya mmg aku akan suruh dia drive kereta aku. Aku duduk sebelah. Tak pe la...yg penting dia sudi temankan aku. Tengok pakaian ... lelaki bersamping berdagang luar...apa tu...aku rasa baju kat luar kot...samping kat dalam. So malam tadi lepas magrib gi ambik dia kat rumah dan terus menuju ke Persada Johor. Trafik ok malam Jumaan ni...masing2 kat rumah kot. Sampai Persada nak cari parking...aku ni bukan nak sombong atau berlagak tapi aku percaya Allah swt. selalu tolong aku bab parking tak kira di mana? Biasanya aku akan dapat parking yang dekat dan mudah. Syuykur Alhamdulillah. Kebetulan ada satu ruang untuk kereta aku dan dekat.

 Cikgu Mahathir.

 Buat bukti...


Khusuk mendengar bacaan Al-Quran.


Kebetulan jiran sebelah rumah dengan anak2nya 
duduk di depan kerusi aku.

Melawat gerai2 di bahagian luar.

 Beli Thir...jangan tak beli.

 So...mlm tadi kami bali awal sedikit sebelum tamat coz esok ada tugasan.
 
 So balik aku pun kena drive jugak...tak pe la...

Dapat buah tangan roti canai segera...dua peket RM 9.00....Alhamdulillah sedap. Sebelum sampai rumah di restoran Pak Aji makan beehoon goreng + telor mata n 100 plus. Itula seadanya.

Ahad, 3 Jun 2012

MELABUR SAHAM DI MYDIN

Tengahari tadi gi Mydin. Tengok peti sejuk atas nampak lapang. Yela dah 4 hari ditinggalkan. Sesaja cari lauk dan barang dapur. Orang tak berapa ramai coz hari bekerja yg bukan kakitangan pendidikan atau masih berada di kampung.

Selain barang dapur kena cari lauk...dapat le 3 kepala ikan merah 12.99 sekg, ikan bawal hitam sama gak 12.99 sekg, udang yg sederhana 19.99 sekg, peha ayam 8.99 sekg. Sayur tak de yg minat.

 12 peha ayam...sorang 4 ketul.

 Udang...cium bau jela....

Kepala ikan merah kalau tak kari mungkin asam pedas.qqqqqqqqqq

Sabtu, 2 Jun 2012

RONDA-RONDA MELAKA

Last n3 aku pada 25 Januari 2012. Hari ini dah 3 Jun. Ini bermakna dah 4 bulan 8 hari tak update n3. Ini disebabkan penyakit "Males" dan jangkit kat aku. Pasangan dah lama suruh buat n3 tapi tak de semangat walaupun ada cerita. Petang ni aku buat n3 semula.

Sebelum cuti hari tu tak tau nak kemana masa cuti 2 minggu.  Pasangan ajak jalan2 Melaka walaupun dah kerap gi Melaka coz walaupun negeri kecik tapi banyak tempat menarik boleh dilawati dan tak memerlukan bajet yg tinggi. Tol dgn mintak pun dlm RM100.00 lebih kurang. Lepas tu nak cari penginapan. Kalau kat tgh bandar agak mahal so cari dlm internet...so booked le kat Ismah Beach Resort. RM120.00 je... ada pulak member aku Cikgu Mahathir nak join...so gi 2 family le...

So hari Khamis 31 Mei dlm kul 9.00 pagi bertolak ke Melaka...





...dan terus gi Menara Taming Sari. Harith kata nak naik. Sampai situ ternampak pulak geng lama masa kat SMK Sultan Ibrahim yang sekarang dah balik negeri di Kedah.

Mr. Roslan from Kedah.

 Manara Taming Sari...

 Harith bersama family kawan aku. Aku ngan pasangan tunggu di bawah.

Lepas dari Menara Taming Sari kita orang pun bertolak ke Pengkalan Balak. Dalam perjalanan singgah di RnR Klebang kot untuk makan tengahari. Pekena asam pedas ikan parang...mmmmmmmm marvelous...lepas makan meneruskan perjalanan ke Pengkalan Balak untuk check-in chalet. Sepanjang tepi pantai banyak chalet...tapi rasnya yang aku booked paling ok coz ada swimmingpool.

 Pintu masuk kawasan chalet.

 Lorong kecil sepanjang pantai..

 Mandi di pantai...

 Numpang jagakan Harith...aku malas nak masuk air laut.

 Sekitar kawasan chalet... bilik ok tapi tak boleh masak,


 Dah diajak jalan pun dhurek je...

 Cikgu Mahathir dan anaknya Rauqah.


 Suka tu dapat mandi....

 Depan chalet...

 Cam kolam sendiri...

 Ni boleh buatb poskad ni..



 Menanti sunset...

 
 
 
 
 
 Pagi Jumaat lepas check-out kembali ke Melaka...

 Singgah di bandar Melaka...

Lalu di Planeterium 

 Singgah di Tamnan Buaya

 Lepas singgah di Taman Buaya terus masuk tol 
Air Kertoh dan keluar di tol Paguh.
Sampai Home Stay Hj Omar...ngiras mandi.

 Siapa hak milik nangka ni...?

 dan cempedak ni...

 Jam 6.00pm...

 Surau nan sepi...

Insyaalllah 9 Jun ni ada pengunjungnya

Ok...tu aje...n3 setelah lama bertapa. Ok le tu kan...de aku kesah.