17 Jun 2010, hari terakhir bercuti di Kuching. Seperti semalam we all tiga beranak dah siap sebelum Cikgu Chin sampai... bagi aku biar kita tunggu orang... jangan orang tunggu kita. Sebelum jam 8.00 pagi Cikgu Chin dah sampai we all breakfast di restoran yang sama... sedap wa cakap luuuuuuuuuu.
Restoran Chilipeppers menghidangkan pelbagai hidangan halal dan menyelerakan 24 hours.
Hidangan mee kolok udang dan nasi lemak .
Di hadapan Restoran Chilipappers dan di hadapan 360 Express City Centre.
Selepas breakfast we all menuju ke Pusat Orang Utan Semenggoh. Perjalanan lebih kurang 45 minit dari bandar Kuching. Kiri kanan jalan pemandangan yang cantik menghijau.
Di laluan masuk ke Pusat Orang Utan Semenggoh
Antara aksi-aksi Orang Utan. Antara nama-nama orang utan ialah
Minah, Anuar, Roxxane, Saddam dll.
Jarak dari tempat meletak kereta dengan tempat orang utan di beri makan kira-kira 100 meter menuruni bukit.. ok tapi bila balik kena naik bukit yang agak curam kira-kira 35-40 darjah.
Mengahlah jugak terpaksa 3 kali berhenti ambil nafas.
Di pintu gerbang dan bersama kereta yang disewa. Kesian kereta tu Myvi 1.0... meraung bila kawasan naik bukit.
Industri pembuatan tembikar.
Pintu masuk ke Gua Angin.
Harith dan Tanty masuk gua... aku tunggu kat luar ajela..
Di sempadan Malaysia Kalimantan -Kampung Serikin
Banyak barangan Indonesia dijual di sini termasuk pakaian, tikar, emping, perhiasan rumah dll.
Kesibukan dai Pasar Satok...pelbagai buah-buahan, kueh-mueh, ikan terubuk dan sayur-sayuran.
Inilah sahaja destinasi percutian we all di Kuching. Jutaan terima kasih kepada Cikgu Chin yang telah meluangkan masa selama tiga hari suntuk bersama bermula dari we all sampai di LTAB Kuching sehinggalah menghantar kami pulang hingga kami di boarding gate. Bagi kami ini merupakan percutian yang paling berkualiti dan memberi kepuasan. Mungkin ramai yang bercuti di luar negara namun bagi kami di dalam negara pun tak habis lagi. Welcome to Johor for Cikgu Chin... tapi Johor nak bawak melawat mana...?? Pekan Air Hitam... kat Sarawak lagi pasu/tembikar cantik-cantik... Desaru..?? Pantai Santubung lagi cantik. Nak makan laksa Johor... laksa Sarawak lagi sedap.
Kami mendarat di LTAB Sultan Ismail, JB pada jam 9.20 malam. Alhamdulillah selamat.
Inilah yang mampu dibawa balik. Beg Bonia Indon, telekung Indon, batik Indon, batik Sarawak, kueh deram, buah longan Brazil, beras bukit, rempah laksa Sarawak,biskut sago dan serbuk lada hitam.
( ikan terubuk kering dan kek lapis tiada dalam gambar )
SEKIAN N3 KALI INI