Jumaat, 16 Oktober 2009

HUJUNG MINGGU PENGHUJUNG SYAWAL

Bersiap nak keluar nak cari breakfast... beli lagi senang.



Seperti biasa tugas aku cari sarapan pagi kat mana-mana gerai atau restoran... inilah yang aku dapat... Nasi Lemak Telor Goreng untuk Harith, Nasi Baryani Ayam untuk Papa, Mee Hoon Goreng untuk Mama, kueh kuci dan Mee Goreng untuk Harith mentong.


Lepas sarapan nak shopping barang dapur pulak... favorite aku gi econsave... aku memang suka berbelanja dan Tanty tak berapa suka berbelanja... daripada tolong nyapu, mop lantai, cuci baju dan jemur baik aku gi shopping... terbuka minda...

Dulu bila mintak transfer dari Sarawak ke Semenanjung rasa sedih coz tak dapat balik Batu Pahat atau Muar... Kulai entah hapa-hapa punya daerah... rupanya rasa beruntung bila ditempatkan di Kulai. Sekitar rumah aku berdekatan dengan Giants, Tesco, Econsave, stesyen bas, stesyen keretapi dan lain-lain insfrastructure. Kalau aku dulu balik kampung... alahai borringnya... nak gi Muar 20 batu gi Batu Pahat pun 20 batu... ni nak gi JB pun dekat... Kota Tinggi pun dekat. Duk kampung pun orang kampung tak bersatu... Syukur Alhamdulillah.


Ni Pasar Besar Econsave ... barang-barang lebih murah dari kedai Atan. Mana kat kampung ikan parang dapat RM 13.00 sekg. Kat sini dapat. Cili besar... 1 kg baru RM4.oo kalau nasib baik tak sampai RM1.00.



Ingat aku masa kecil dulu du tahun 70-an. Kalau ikut abah gi Pt. Sulong abah bawak RM 50.00 aje dapat macam-macam... beras, bilis, bawang, minyak masak, ikan kering, cili kering, ikan tamban sadin dan pelbagai barangan dapur. Dapat lagi makan roti prata dengan kari daging serta cendol kat kedai Musa... sedapnya. Pagi ni aku cuma beli pencuci baju dua botol, telur 1 tray, udang, sotong, ikan bawal, ayam, mee cintan, sabun mandi, ubat gigi, mee kuning tak cukup RM100.00. Tengoklah suku troli aje...
Tengahari ni kita orang tak makan nasi coz petang dah ada open house so Tanty goreng sosej dan makan dengan roti... sedap gak lagipun kita orang breajfast lewat so kenyang lagi.


Inilah rumah Cikgu Hamzah... kawan karib kita orang sejak bujang sampai sekarang. Isterinya Cikgu Hazira juga rakan baik kita orang. Seronok sakan sebab raya tahun ni dapat duduk rumah
baru yang perabotnya disponsor sepenuhnya oleh Court Mamoth... menang peraduan RM25,000.00. dan IKEA. Macam show house. Dia ni memang luck masuk peraduan... dah berpuluh ribu menang...

Inilah dia host rumah terbuka...Cikgu Hamzah & Cikgu Hazira. Selamat Hari Raya.

CITE SIKIT ABOUT MY SCHOOL


Hari ini hari Jumaat... pakai baju melayulah kita... ada macam ustaz tahun60-an tak.?

"Earlier is better than Punctual" akan akan sampai ke sekolah paling lewat 6.45 pagi... kerap kali jadi tukang buka kunci pejabat walau ada PAR pejabat untuk buka pintu di awal pagi tapi aku samapi lebih awal. Tengok baru ada dua keta kat garaj iaitu keta aku dan satu lagi keta PAR.

Ini minggu peperiksaan PMR... tak semua kelas hadir...

Ni Cikgu Kamal ( PK HEM ) sedang memeriksa suhu badan studen... ingat tugas guru ngajar jer ke... guru ni manusia yang hebat... all rounder.

Masa aku sampai kat kantin dalam kul 8.20 pagi tiada apa yang ada dalam tempat hidangan. Pernah suatu hari dah lebih kul 8.40 pengusaha kantin tak sampai lagi... tempat makan guru belum dibuka lagi... anginla aku. Aku suruh cikgu aku ambil pita keselamatan merah putih dan aku sitar pintu tempat makan guru... dan aku pesan kalau pengusaha kantin nak buka pintu... jumpa aku dulu... tak lam lepas tu sampai pengusaha kantin yang bernama Maien. ( tak pernah orang buat tapi dengan aku silap orangla... ) Nak tergelak pun ada... geram pun ada... dengan terketar-ketar dia jumapa aku dan minta kebenaran untuk buka pintu dan mintak maaf. "Nama kau tu Maien... tapi kalau nak niaga jangan main-main.!" Pas tu tu untuk beberapa ketika eloklah sikit servis... tapi tak lama peel lama datang lagi.

Selepas 8.30 pagi barulah ada menu tiga beradik iaitu mee goreng, mee hoon goreng, kuey tiew goreng dan beberapa butir kuih sakit. Ngko tengok ada selera ke... tak stim langsung.

Cikgu Kamal dah penat check suhu student kena isi perut... Cikgu Mohyi kenapa pulak... air manis sangat ke... jangan minum manis-manis... merbahaya.

Rakan-rakan guru menjamu selera dengan menu yang tak menyelerakan.
Nama bukan main Safena D'cafe.

Khamis, 8 Oktober 2009

HARI INI JADI SUPIR HARITH


Hari ini aku MC lagi coz demam tapi actually dah kira sihat... saja memanfaatkan cuti. Hari ini jadi supir Harith pergi dan balik dari tadika... cuaca hari ini tidak berapa baik.Gerimis dari pagi.

Ini Tadika IMAN tempat Harith belajar dari tak tau baca sampai lancar membaca. Sebulan lebih aje lagi Harith belajar di sini... pas tu selamat tinggal Cikgu Ima, Cikgu Ayu dan ntah sapa lagi nama yang selalu dia sebut. Untung cikgu kat tadika ini... dua tahun hari guru dapat hadiah dari Harith (sebenarnya mama dia yang sediakan... ajar anak appreciate cikgu)

Ni supir Harith merangkap bodyguard... dahla hensom... macho pulak

Harith baru habis kelas tadika. Seronok dia aku ambik dia kat tadika... macam ngantuk jerrr
Dia kata cikgu dia suruh dia berlakun jadi ayah... dan tak lama lagi nak konvokesyen tadika.

Aku beli nasi ayam 3 bungkus je dari kedai Siam... nak pilih lauk nasi campur malas sebab hujan so aku main jerit order nasi ayam jela... kira ok ape.... siap dgn teh ais lagi.

Berat tu... kena bawak beg dengan pek makan tengahari.

Harith sedang menikmatri hidangan tengahari sambil nonton tv...







Selasa, 6 Oktober 2009

HARI INI AKU TAK SIHAT


Dari semalam aku batuyk, selsema, sakit kepala dan sakit tekak. Malam tadi tidur pun tak lena. Kejab bangun sebab terbatuk-batuk... pas tu minum air panas. Hilang kejab pas tu batuk lagi. Dalam aircond lagi kuat batuk tapi kalau tak pasang aircon berpeluh pulak. Rasanya dalam pukul 9.15 aku kena pergi klinik untuk dapatkan MC dan rehat di rumah. Kadang-kadang give-up dengan diri aku ni.

Hari ini aku pakai unifom yang lain.

Ahad, 4 Oktober 2009

Marhaban & Jamuan Aidil Fitri

Antara harta kesayangan aku... terpaksa berjemur di luar kerana tempat parking dia dijadikan ruang jamuan... walaupun buruk... inilah yang termampu setakat ini.


Ni... Jawa Air Manis yang selalu tolong aku...
Namanya macam mantan PM ke 4.

Makan sate dengan ketupat
Jangan lupa pecal dan laksa
Hubungan mesra bertambah rapat
Semoga bertemu di lain masa

Ini kawan sekerja mama

ng ni jiran sebelah rumah...makan Kak Zah... jangan malu-malu

Yang duduk menyandar pakai batik kuning tu... jiran blok belakang.
Dia kerja kat PPD.

Ini pun kawan mama... ada anak kembar gitu... comel-comel

Ewah mama... ketawa besar nampak

Yanabisalamalaika... Yarasulsalamalaika...
Yahabibusalamalaika... Solawatullahalaika.


Cikgu Hamsari dengan Cikgu Kamal.. sentiasa bersemangat tak kira di mana...

Yang badan macam papa diorang ingat adik papa atau anak sedara..
Sebelah dia tu lecturer UTM.

Semoga disihatkan dan dipanjangkan usia Cikgu Bahrin, dimurahkan rezeki...
Tetamu/peserta marhaban mula datang biar pun hujan namun kerana Cikgu Bahrin... mereka tetap datang.


Sila masuk cepat-cepat... hujan tu...
Masuk terus Cikgu Yati...

Makin ramai yang sampai... mintak-mintak cukuplah hidangan yang disediakan.

Eh... Cikgu Kamal ni... nak anak kecik lagi ke... beritahu Kak Ina.

Eleh Azhar ni... sentiasa romantik... yela... nak dah besar-besar.
Kena bersolek dulu... jaga penampilan... pastu possing dengan papa.

Cepat mama... tetamu dah datang...

Papa ni... macam ngantuk jerrr... jangan kena gout sudah

Caterer hantar makanan untuk jamuan marhaban dan jamuan aidil fitri. Tanty sibuk menyusun makanan... laksa Johor, pecel jawa, roti jala dan nasi impit. Sate tak sampai lagi ni...

Baik-baik bang Man... licin tu... kang tergelincir

Kak Nai janganla gelak... saya nak cakap dengan dia orang... saya yang masak tau...
Sebenarnya saya tak sempat la Kak Nai... pagi ada seminar.

Macam sedap jerr... nak makan dulu takut tak cukup pulak... nanti-nantila...
Shopping kat econsave... bahan-bahan masakan sekiranya makanan kantru, boleh masak instant.




Cepat Harith... dah panas ni...

Harith masih dibuai mimpi... dah pukul 9.00 dah Rith.

Bersiap nak gi seminar bodoh...

Dah-dah tu jalan... asyik nak possing jerrr...



















Rumah mula dikemas dan dibersihkan seawal jam 4.30 pagi... yela nak sambut tetamu.