Isnin, 4 Julai 2011

MEMBUANG SAWANG LAGI

Kira dah lebih sebulan akau tak update blog... iaitu sejak balik dari Kota Kinabalu. Landing kat LTAB Sultan Ismail lebih kurang 9.30 pagi. Sampai rumah berkemas apa yang patut coz malam 3 Jun nak balik kampung... kira buat kenduri. Sampai kampung dlm kul 11.00 malam...kul 12.00 mlm terlelap. Dalam kul 2.00 pagi terjaga dan aku rasakan sebelah pinggang kiri sampai tapak kaki kebas... tak tau kenapa. Gi dapur dan cuba untuk tidur tapi tak leh gak sampai kul 4.00 pagi bangun dan cuba mandi. Tak de siapa tahu masa tu... sampai siang baru bagi tau Tanty...dan dia cuba urut. Lepas sarapan gi rumah Cik Musa nak mintak urut tapi dia nak gi pasar Pt Sulong dulu. Pukul 9.00 datang lagi. dia urut lebih 1 jam. Kenduri kali ini aku tak tolong langsung... aku rehat je...malam mas kenduri aku pun tak keluar. Malam Isnin tidur kat Pt Yacob. Pagi Isnin balik Kulai. Kul 11.00 gi klinik Bukit Liki dan MA kata aku perlu refer kat Hospital Kulai. Sampai hospital Kulai kena tahan. 3 hari 2 malam. Dr kata aku ada masalah entah apa entah...yg aku dengar "sleep-disc" ( sorry kalau tersilap istilah aku ). apa yang diterangkan pada aku Dr kata melalui X-ray...ada tulang belakang dah lari tulang rawannya dan menghimpit saraf. Sebab tu kaki aku kebas. Lepas keluar hospital aku diberi cuti seminggu. Dalam pada tu aku cuba rawat secara elektrik iaitu "Accutheraphy" di Batu Pahat. 5 kali aku gi situ.Selain tu aku buat theraphy "Dr Jisim" di Kelaba Sawit.

 Kalau ada sesiapa ada masalah saraf...bolehlah cuba rawatan ini.
Bayaran ikut seikhlas kita... yela kalau rawatan sejam tak kan nak bagi RM 10.00.


Alhamdulillah rasa kebas berkurangan. Seminggu lepas tu dapat gi sekolah tapi tak boleh renyah2 le... dan bantuan rakan2 guru dapat menjalankan acara2 sebelum hari sukan dan sukan tahunan pada 2 Julai 2011. 
Terima kasih isteriku kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada aku... I love U.... so petang tu selepas hari sukan kami saja2 gi Desaru kerana perjalanan dari Senai sampai Desaru hanya 45 mini sahaja melalui highway baru berbanding kalau lalu Kulai-Kota Tinggi-Desaru kira2 hampir 2 jam.


Larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia sebelum kejohanan sukan.

 Pemandangan di highway. Ni kira highway 2 lorong.

 Pemandangan indah di atas jambatan. Kalau tak silap ada 4 jambatan.

 Cam jambatan P. Pinang.

Pegi kat Tanjung Balau nak menginap kat situ tapi fullbooked....pas tu gi Desaru...alamak fullbooked gak...camne ni... ramai gak orang gi Desaru. Tengok jam dah kul 5.00 ptg... guard kat Desaru Beach Resort suggest cuba kat Batu Layar pulak. Kami pun bergegas ke Batu Layar... alhamdulillah ada satu bilik RM80.00 ada aircond tapi x de tv...x de peti sejuk...x kisahla janji dapat menginap.


 Batu Layar Resort... penyambut tetamunya 'jebeng' atau Indon.
 Beginilah keadaan resort.


Ramai gak orang menginap.

 Cap ibu dan anak...

 Ramai gak yang berkhemah kat sini.


 Pemandangan di pantai Batu Layar.

 Mandi Ris... dia memang x biasa mandi laut.
Dalam perjalanan balik nampak kawasan perumahan yang sedang dibina. Kalau banyak duit boleh invest kat sini...boleh jadi "homestay". Bukan mahal pun cuma RM208,000.00 

 Pintu masuk Mutiara Desaru
Jom beli...RM 208 jer....

Ok ini sahaja n3 buang sawang.

Khamis, 2 Jun 2011

3rd day di Kota Kinabalu

Hari ni just santai2 di bandar KK. Nak pusing jauh2 takut sesat pulak.... lepas sarapan meronda dengan mini Viva.

 Bergambar dgn pasu besar...

 Cehhh... bergaya jugak anak aku...

 Pantai yang ditambak cam Danga Bay.

 Ni tak tau kondo ke ruang pejabat.

 Sebahagian daripada panorama Kota inabalu.

 Antara pulau2 yg terdapat di sekeliling.

 Tempat duduk untuk kemudahan orang yangmelawat.





 Bunga raya kebanggaan Malaysia.

 Kereta mini Viva yang berasap bila nak masuk ke entrance Kinabalu Park.

 Mesjig terapung di Kota Konabalu.

 Mengabadikan foto di hadapan masjid terapung.

 Tersergam indah bangunan Gaya Centre Hotel... 
kiri Wisma Merdeka kanan.

Petang sebelum maghrib makan dulu...nasi ayam KFC... malam dlm jam 9.00 malam keluar dgn coursemate di UiTM cuma pengkhususan lain. Aku ambil graphic dan kawan aku "  Bob"   ambil pegkhususan Textile Design. Kita ngeteh di Water Front City..ok gak.

 Dia ni memang anak jati Sabah... juga menjadi guru seni.

 Inilah suasana waktu malam di Water Front City. 
Lebih kurang jam 11.00 malam...teraksa balik ke hotel 
coz esok jam 5.00 pagi kena bertolak ke airport.



Rabu, 1 Jun 2011

2nd day di Kota Kinabalu


 Ini aje sarapan yang kita orang ambik..


Breakfast berlatarbelakangkan lautan.


Dia ni tak kira kat mana mesti guna tangan jerr....

Lepas sarapan kami bertiga dengan mini Viva 1.0 menyusuri Jalan Tuaran, Tamparuli dengan jalanraya yang berbukit-bukit, sempit dan kualiti tar yang agak low...

 Banyak jugak kereta di jalanraya..
 Pokok2 menyambut kedatangan kami...ye ke?

 Jumpa gerai2 singgah untuk lihat jualannya.

Pokok hutan yang tak tau namanya..

Sampai di Kinabalu Park lebih kurang jam 11.00 pagi setelah meredah jalan berbukit hampir 3 jam. Bawak pun 40kmj -70kmj. Biar lambat asalkan selamat. Bila nak naik Kinabalu Park yang kecuraman hampir 45 darjah kereta Viva berasap-asap sebab kereta kat depan ada 4-5 buah. Nak masuk kena bayar....so nak elak kereta undur kebelakang guna minyak dengan cluth....hangit...yela dah lam tak guna gear manual... sampai atas terus matikan engin sebab berasap dan hangit... so camne nak ronda ... aku tengok ada teksi so parking Viva dan naik teksi. 45 minit dia charge RM33.00. Ok la... dan sampai siru tak kan tak naik...

 Sampai di Kinabalu Park engin berasap n hangit.



 Layan je gambar...


 Pelantar berdekatan tempat permulaan mendaki

 Cap ibu dan anak.
 Possing2 jangan tak possing.



 Selepas gi Kinabalu Park...kami pun gi Kundasang... teringat drama "Awan Kelabu di Kundasang".

 Antara barangan yang dijual.

 Strawberry Kundasang... aku mmg tak minat buah ni..


Lepas tengok gerai2 di Kundasang so kami pun bertolak balik ke KK coz cam nak hujan je... sampai hotel mandi solat dan ngorok. Malam ni lepas solat magrib rasa cam malas nak keluar... Kawan ajak keluar tapi terlalu penat memandu dari KK ke Kundasang kemudian balik semula ke KK... balik tu agak cepat coz ia menuruni gunung. ( kalau orang dulu cakap pokok2 dah tak ngabar keh ) Nak keluar dinner pun malas so call dari bilik ke kafetaria suruh dia hantar ke bilik.

 Matahari terbenam dari dalam bilik hotel.

 Apa yang ada di dalam....?

 Ini dia...mee goreng dgn nasi goreng cina...

Lepas tu....zzzzzz....