Selasa, 30 Ogos 2011

SEHARI SEBELUM RAYA

Hari ini 29 Ramadhan bersamaan 29 Ogos 2011. Mungkin pada masa ini ramai anak rantau pulang ke kampung untuk merayakan aidil fitri bersama keluarga di kampung pada yang masih ada kampung atau yang masih mahu pulang ke kampung. Bagi aku pulang ke kampung adalah untuk bertemu adik beradik, ipar duai, anak saudara, cucu saudara dan orang-orang kampung. Pagi tu seawal jam 4.00 pagi aku dah bangun dan memasukkan barangan pakaian ke dalam Wish. Tanty dan Harith dah hampir dua hari membersih dan mengemas rumah. Jam 5.00 bersahur simple jer... telor dadar dan susu + oat. Itu dah memadai bagi aku bila usia dah hampir menghampiri five series... selera pun kurang. Lepas sahur kami mandi, bersiap dan solat subuh. Jam 6.00 kami pun bertolak.
 Bersedia untuk bertolak ke kampung.

Ku tinggalkan beberapa hari untuk berhari raya di kampung.

Sepanjang perjalanan highway tak sesak tapi hujan hampir separuh perjalanan.

Sampai Pt Sulong belum pukul 8.00 tapi dah ramai 
pengunjung untuk membeli persiapan raya.

Kat Pt Sulong singgah kejab coz Tanty nak cari tudung tapi kedai jual tudung belum  bukak lagi. Kejab je lepas tu meneruskan perjalanan. Sampai di kampung beberapa keluarga dah sampai iaitu keluarga Datin S, Kak Mah, Kak Lah, Kak Mek, Som, Gee dan Enab. Masing-masing sibuk membuat persediaan aidil fitri dan makanan berbuka.

 Sibuk mengisi beras ke dalam kelongsong ketupat.

 Ha... kopek bawang...nanti tak siap.

  Ala Mek ni...control

  Ni tengah memasukkan ketupat untuk direbus.

 Ni tugas aku... potong daging

  Gangguan Mek dan Enab... nak possing le tu...


Ibu dan anak... gotong royong potong daging.

 Ni le hasilnya...

 Hafeez dan Hafizuddin sedang mengacau rendang.

Dalam kul 4.30 kami gi Pt Sulong nak cari keperluan Tanty dan mercun di Harith. Tahun ni cam tak berapa sesak. Orang dah tak jakun kot.



 Suasana di baazar ramadhan di Pt Sulong. 

 Hubby Mummy Gee...expert belah kelapa muda.
 Hubby Mama Janet expert pasang tiang lampu.
 Hubby YB Bkt Mutiara expert bahagian elektrik.
 Hasil kerja tangan abang Brahim.

 Pokok cempedak tinggalan arwah abah.

 Pokok pisang yang masih terus hidup.

 Pokok nangka yang masih terus berbuah.

Antara menu untuk berbuka puasa. Pelbagai lauk pauk disediakan antaranya rendang daging. rendang ayham pencen, kupang masak sweet n sour, jamur gerigir tumis pedas, ikan goreng,  mee goreng, sambal udang petai, ketupat palas, onde2, apam beras, apam bodoh, karipap, air tenu, air kelapa, teh O ais dan banyak lagi lerrrrrrrrrrrrrr






Jamuan berbuka ala buffet. Kalau makan kat hotel mau RM45.00 satu kepala. 








 



 Inilah kisah 29 Ramadhan. Esok rayaaaaaaaaaaaaaaaa.......

Ahad, 21 Ogos 2011

MISKUN MISKAT, PAK ALI TUKANG CAT

Ni kisah aku ni....dah beli cat sebelum Ramadhan lagi tapi nak suruh siapa cat pulak. Dulu ada pekerja swasta sekolah aku yang nak kerja part time dah bayaran pun tak berapa mahal. Nak ambil kontrektor mengecat tak berbaloi pulak dan chargenya mahal. So bila dah tinggal seminggu lebih nak raya so terpaksa buat sendiri yang dibantu oleh Harith dan Tanty. Bahagian yang tinggi-tinggi Harith yang mengecat. Aku ngan Tanty cat yang aku boleh sampai je... Nasib baik siHarith memang tengah bersemangat nak mengecat. Yela panjat-panjat tangga kalau aku yang panjant maunay bengkok.

Alat dan bahan...bukan banyak pun 3 tong cat jerrr.

Cepat Ma... nanti tak sempat.

Aku atas sangat tak leh... bawah pun tak leh...sakit pinggang.

Buruh bawah umur... tempat tinggi dan panas bahagian dia la...

Rith...hati-hati Rith...

Rata-rata sikit.

Aku jadi tukang pegang tangga pun ok...



Selasa, 9 Ogos 2011

SAHUR DI PUTERI SPECIALIST

Tengok blog mummy.gee anaknya si Daffy tengah demam. Musim demam agaknya kot... SiHarith masa balik hari Jumaat lepas dah flat...dia kata pening kepala...aku ingat letih puasa kot. Lepas berbuka nampak cam ok...sampai hari Sabtu tengahari tengok cam demam je...rasa panas badannya so aku hantar gi Klinik yg dekat ngan rumah. Lepas buka hari Sabtu dia makan ubat demam. Mama dia letak cool fever kat dahi... rasa sejuk sekejap lepas tu panas lagi...aku pun bagi ubat b*nt*t pas tu tidur... bila bangun sahur rasa badan dia panas balik...pastu makan muntah...wah ni kena hantar Puteri ni... Pagi Ahad pegi Puteri. Rupanya hari bekerja kat Puteri dah diubah. Dulu Puteri cuti pada hari Sabtu ni bila sampai tengok klinik Dr Catherine Tham tutup pulak. Kat sebelah pun cuti gak. Yang bukak cuma Dr Lau... so terpaksalah daftar kat Dr Lau. Setengah jam kemudian nama dipanggil. Suhu dah 39. Dia check dia kata may be denggi atai sinos bermasalah. Dia suruh ambill sample darah dan x-ray. Setengah jam dapat result. Dr kata dari ujian darah tak de denggi kemudian dia tunjuk x-ray dia kata kat saluran hidung ada blok. Dia kata kena tahan. Alamakkkkkkkkkk... kul 12.30 masuk wad 437.

 Sebelum gi Puteri...flat...

 Dah di tahan di wad...sian ye...

 Lepas makan ubat,,,

Lebih kurang pukul 2.30 aku kena balik Kulai coz datang selai sepinggang so balik ambil baju dan seluar dia. Dalam kul 5.30 gi bazaar ramadhan untuk cari makanan berbuka. Beli nasi baryani je dgn murtabak. Harith aku belikan bubur mc 'D'. Sebelum buka datang kakak Tanty dari Tmn Daya dan bawak pelbagai makanan. Lepas Isya' dia balik.

 Petang tu dia nangis... nak balik rumah coz rasa sunyi 
dan selimut  dia kasar tak macam kat rumah.
 Mama dia lah pujuk.

Malam dlm kul 11.00 ADO dgn isteri dia dtg sampai kul 12.00.

 Oleh kerana bila makan n minum asyik muntah dr
 masukkan air dan glukus 


Pagi dlm kul 4.45 Tanty balik Kulai sebab nak kerja. Aku jaga Harith hari ni. Pagi bila dr dtg dia cakap kalau ok pt5g nanti boleh discharge. Tengahari ADO dtg lagi coz office dia dekat...jalan kaki aje dia dr office.

Seharian dan semalaman aku duduk kat kerusi ni...
waduh sakit pinggang.


Petang Tanty datang. Esok dia pulak cuti. Sampai kul 4.00 ptg lum lagi discharge... Sampai kul 5.00 aku jumpa nursu tanya boleh keluar ke tidak. Dia kata memang boleh so dia suruh aku settle dulu bil dgn ambil ubat. Dekat kul 6.00 baru dr kata boleh keluar tapi kena datang kul 8.00 malam hari Selasa sampai Khamis untuk ambil antibiotik. Hari Jumaat kena jumpa semua dr. Dapat MC sampai Jumaat. Balik semalam sakit kaki dan pinggang ingat nak mc hari ni tapi pagi tadi masa sahur cam lega sebab dapat tidur dgn sempurna dan urutan isteri yang tercinta... Thank you mama...so boleh la gi kerja.


Khamis, 4 Ogos 2011

BERBUKA DI LUAR

Hari ni baru 4 Ogos bersamaan 4 Ramadhan...so baru 4 hari berpuasa. Tak taulah 2 hari masak utk berbuka masuk bersahur hari ke 3 cam malas nak makan... jadi makanan Cik Pah. Hari ke 3 Ramadhan memang tak tau nak makan apa...nak suruh Tanty masak cam tak tau lauk apa yang diinginkan so gi ajela kat baazar Ramadhan di Flat Temenggung. Hari tu beli nasi baryanai jela... Alhamdulillah kira habis le... tak membazir...Pagi tadi sahur Tanty masak sardin nak cecah dgn roti. Aku kira makan 3 keping roti + peanut butter dah tu minum Ho...ho...hooo...lick + nestum. Alhamdulillah kira ok... wah kalau cam ni sebulan boleh kurus ni...

Petang tadi tengok buffet Ramadhan kat hotel...niatnya surver nak belanja bos esok yang mana minggu depan hari terakhir kat sekolah coz dapat pindah ke Felda Bukit Besar... so hari ni nak jadi tester bawak Tanty dgn Harith. Lebih kurang jam 6.50 ptg gi ke Hotel Sayang. Hotel ni bersebelahan dgn Tesco.
\
Ni le Sayang Hotel.

Ini pintu masuk ke receiption .

 Ini le restoran tu...kecik jer...yg biru tu bangunan Tesco.

Pastu kita orang pun masuk dan cari meja... sementara tu hidangan sedang di sediakan.

Ni dalam restoran...orang tak ramai.

Tangga naik ke bilik hotel.

Ini antara memu...ayam masak lada hitam.

Kailan masak ikan masin.

Slice ikan merah masak sweet n sour.

Tauhu jepon masak Thai.

Air kurma + kelapa laut.

Kueh tradisional + kurma.

Ini le bakal menjadi santapan berbuka.
Bila nak 7.18 ni...

Anak papa ...

Ini saja yan dapat kami tinggalkan...
herkkkkkkkkkkk...Alhamdulillah.

 Rasanya berbaloi dgn RM 48.00 dapat berbuka bertiga...kalau buffet Ramadhan kat hotel lain mau RM 45.00 sorang. Esok berbuka dgn boss kat sini gak...




Isnin, 1 Ogos 2011

MALAYSIA KINI

Minyak masak dari biji bunga matahari.

Semenjak lahir ke dunia sehingga hari ini, minyak masak yang digunakan adalah dari kelapa sawit dan kelapa biasa. Hari ini bukan nak ubah selera gunakan minyak bunga matahari tapi terpaksa kerana di Kulai atau mungkin di Johor Bahru telah kehabisan minyak sawit. Adakah minyak sawit telah habis diexport untuk menaikan ekonomi orang Felda atau mereka yang mengusahakan kebun/ladang kelapa sawit. Semalam gi UO Angsana dan bila nak beli minyak masak dah habis dah...yang ada minyak bunga matahari...so tak belilah coz may be kat Kulai ada minyak sawit. Petang tadi gi Econsave pun sama halnya. Pergi supermarket yang dekat dengan rumah "Titah" supermarket pun sama halnya tapi sebab Tanty nak goreng ikan terpaksa beli jugak. Tak taula apa rasanya.
Masa gi Econsave cam terkezut jugakla sebab harga barang melonjak dari biasa... contohnya ikan siakan biasa dijual antara RM13 -  RM 15 dan hari ni dijual dgn harga RM23.90. Udang harga biasa RM 11- RM15 hari ini dijual dgn harga RM 18.90. Susu pekat...ini sebab aku jarang minum susu yang aku ingat setin dlm RM2.30 dan aku agak terkezut lagi sekali sebab harganya RM 3.29.

Hissssssssss...apa nak jadi dgn Malaysia. "Rakyat didahulukan...Peniaga diutamakan". Ni kalau pekerja sekuriti yg gajinya RM 500.00 cam ne nak manage yek...

Cam ni kalau gaji naik dua kali ganda pun tak de ertinya kalau harga barang tidak dikawal... time gaji cam lalu je duit gaji kat akaun...