Sabtu, 17 September 2011

MARHABAN AIDIL FITRI

Hari ini 19 Syawal bersamaan 17 September. Ramai yang balik ke kampung atau bercuti kerana 3 hari cuti. ada jugak yang melangsungkan perkahwinan. Sempena masih lagi suasana bulan Syawal, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka atau marhaban. Hari ini rumah kita orang akan mengadakan jamuan marhaban dan zip rumah terbuka kenalan rapat sahaja. Jamuan pada hari ini sate aje kita orang order yang lain mintak caterer masak. Menu hari ini sate, soto ayam ( mee hoon & ketupat ), bergedil, roti jala ngan kari ayam, bubur pulut hitam, air mata kambing kucing dan teh 'O' panas. Jom kita lihat pix.

Harith diberi kepercayaan memasukkan duit raya dalam sampul.

 Sampul duit deepavali raya ikhsan Pos Malaysia.

Sengih je anak aku...

 Masih kosong lagi meja.

 Baru menyusun pinggan lolisterin dan alas meja.

  Makanan dah sampai. Mama menyusun buffet set.

 Tetamu pertama tiba.


 Antara tetamu yang hadir.



 Yanabisalamunalaik.



 Monggo-monggo... 

 Menu utama...sate ayam.


 Jemput kak...jangan malu-malu...


 Cikgu Yatt...orang Parit Sulong.
 
 YB Bukit Mutiara dgn Ketua Pakat Felda Lok Heng..

 Cam dah penat jerrrrrr....

 Perut siapakah ini?

 Som, Kak Long, Enal dan Faiz.

Ni saja n3 untuk kali ini... malas nak klik2.... okmchow dulu........

 

Selasa, 30 Ogos 2011

SALAM AIDIL FITRI

Seawal jam 4.30 pagi aku dah bangun. Kalau dulu masa zaman remaja aku banun awal sebab nak main meriam buluh. Sekarang cam tak boleh nak sambung tidur... adik beradik aku pun dah bangun untuk memasak jamuan hari raya. Selepas sembahyang hari raya semua jemaah akan dijemput untuk menghadiri jamuan hari raya di rumah. Ini merupakan tradisi arwah abah untuk menjamu jemaah selepas solat hari raya. Sekarang kami buat dwitahunan sebab hanya dua tahun kami adik beradik dapat berkumpul.

Gambar-gambar semasa jamuan hari raya.

 
 Jamuan raya disediakan oleh anak, menantu dan 
cucu Hj.Omar dan Hjh Amanah.



Ucapan dari wakil masyarakat kampung iaitu Cikgu Razak.
 Bersama Paman Pok.


 Teman ngeteh masa bujang dulu.

 Antara tetamu yang hadir.

 Tonggak utama kampung.




Selepas jamuan hari raya seperti biasa sesi fotografi. Masing-masing nak menayang baju baru.


 Gambar family Hj Omar n Hjh Amanah. 9 anak, 8 menantu , 
26 anak saudara,4 anak saudara menantu, 4 cucu dan sorang maid.
 Keluarga Kak Long.

 Keluarga Datuk T.

 Keluarga Kak Mah.

 Keluarga Kak Lah.

 Keluarga Kak Mek.

 Keluarga kami.

 Keluarga  Som.

 Keluarga Mummy Gee.

Kelurga Mama Miraki.
 Bersama anak saudara.
 Jejaka idaman Malaya.

Pa...ampuni dosa-dosa mama pa...bal-bla..
Sayangggggg papa...
Cap ibu dan anak.

 Gambar membahagikan duit ( Gambar celok dari blog mamma miraki )

 Duit raya terbesar dari arwah abah ngan mak. 
Terima kasih abah ngan mak. Al-Fatehah.

Bersama Mama Janet.

Inilah irama lagu...larut malammmmmmmm.

 Roboh jugak gazebo ni

Gambar berkunjung ke rumah saudara mara di Pt Sakai, Muar tidak dapat dirakam kerana kamera tertinggal.