Sabtu, 19 Jun 2010

PERCUTIAN KE KUCHING PART I

Rancangan untuk bercuti ke Kuching sebenarnya dah lama... cuma baru ini kesampaian. Pada nulanya kami bercadang untuk bercuti di minggu pertama cuti persekolahan akhir semester pertama...namun terpakasa dibatalkan kerana Tanty ada peperiksaan PTK ( Periksa Tetap Kandas ). Setelah melayari internet Airasia Online dan mendapat terikh dan harga yang agak ok... kami meminta Pn. Kalsom untuk menolong membuat tempahan.
Inilah rupa tiket yang terpaksa dicetak sendiri.

Persiapan nak bercuti telah dibuat terpaksa tempahan hotel dan kereta sewa. Kami meminta bantuan kawan lama yang tinggal di Kuching iaitu Cikgu Chin Chee Leong untuk mendapatkan hotel. Hari yang dinantikan tiba jugak.... Seawal jam 4.00 pagi Tanty telah bangun mengemas rumah yang akan ditinggalkan untuk 3 hari termasuk mengemop, mencuci pakaian dan menjemur dan sebagainya. Jam 6.00 pagi Cikgu Mahathir dan Cikgu Hafiz telah sampai untuk menghantar kami ke airport Senai. Terima kasih keduanya. Sampai di Senai airport lebih kurang jam 6.30 pagi dan kami terus check-in. Aduh makkkkkkkkk...terpaksa berjalan hampir 200 meter untuk sampai ke kaunter check-in kerana Senai airport dalam proses menaiktaraf.










Selepas check-in seperti biasa aku ngan Harith kena sarapan dahulu. Kalau kat airport ni yang paling sesuai dan murah adalah fast food kerana harganya sama di luar tapi kalau makan nasi atau mee harga berganda.



















Pe,andangan di Balai Berlepas Senai Airport.

Jam 7.30 pagi kami pun dikehendaki masuk ke pesawat Airasia.
Berlatarbelakangkan Airasia.











Di dalam pesawat Airasia.

Kami mendarar di LTAB Kuching pada jam 9.50 pagi. Selepas urusan pas lawatan dan pengambilan bagasi... kami menunggu Cikgu Chin Chee Leong untuk mengambil kami. Kemudian Cikgu Chin membawa kami untuk bersarapan pagi. Apa yang menarik diresroran ini ialah harga yang berpatutan, kuantiti banyak ,  aksesori yang banyakdan rasa yang memang sedap. Aku makan nasi baryani ayam, Harith makan nasi goreng Pataya dan Tanty makan nasi goreng sea food.
Harith tak toleh kiri kanan... sedapppppppppppppp.

Belum jam 12.00 kami ke 360 Ezpress Hotel. Walaupun belum jam 2.00 tetapi kerana bilik telah tersedia... kami dibenarkan check-in.

Brochure hotel.

Alhamdulillah dengan bantuan Cikgu Chin kami dapar hotel yang memang selesa di city centre, sistem keselamatan yang tinggi dan harga yang memang berpatutan iaitu semalam RM 128.00 dengan dua katil queen size, tv lcd/astro, bilik air yang bersih dan interior yang cantik.










Di dalam bilik hotel.
Inilah Cikgu Chin yang sangat baik hati, mesra dan sedia membantu merangkap 
pemandu pelancong kami.



















Ruang legar hotel yang menarik dengan kemudahan komputer dan internet percuma.

Selepas itu kami meronda sekitar bandar Kuching.










Di hadapan arca kucing ( solo ). Arca beberapa ekor kucing tidak dirakam kerana kesukaran mencari tempat meletak kereta.

Pada sebelah petang setelah mendapat kereta sewa kami melawat planetarium dan menonton tayangan dokumentari angkasa lepas.

Di hadapan bangunan Sivik bersebelahan planetarium.

















Di planetarium.

Kami menhabiskan masa lebih kurang sejam di planetarium... selepas itu kami melawat muzium. Yang istimewanya di Kuching terdapat beberapa buah muzium yang kedudukan bersebekahan antara  satu sama lain.























Di beberapa muzium termasuk muzium seni... muzium tembikar kami tak masuk.

Selepas melawat muzium... perut pun mulalah lapar so kami pergi ke Water Fron... pemandangannya sungguh menarik.















 
Di Water Front
 Perahu penambang

Sayang Sarawak sungainya sempit
Buahlah nanas lambung-lambungan
Hendakku bawak perahu ku sempit
Tinggal emas tinggal junjungan.

Untuk hari ini... inilah aktiviti kami. Cikgu Chin nak bawak jalan-jalan waktu malam tapi kaki kami berdua dah tak larat. SiHarith hendak ajerrr..... lepas makan kat Water Front... kami tapau 3 bungkus untuk mentong.

Tunggu next n3... ngantukla... nak tidur.






Selasa, 15 Jun 2010

BLOG STATIK 3D 2N

Macam Mama Miraki jugak... keluarga Wong Khoo Lai akan bercuti ke Kuching pada 17 - 19 Jun 2010. Ni kira penghujung cuti. Blog masih boleh terus dilawati dan memberi komen. Seronok baca komen. anda ... tak kiralah mengutuk ke memuji ke..... Just for fun. Insyallah blog akan diupdate pada 20 Jun 2010 dengan cerita dari Kuching Sarawak. Dulu masa gi Cameron Highland ada "berokband"... boleh update blog terus semasa di hotel. Bila dah ambik streamix rasanya membazir bayar dua-dua so potong broadband tu...Ada yang nak kirim gambir Sarawak??? Tak payah le... beli "Minyak Power  VCO" Bio Asli dari Msom Sodono dah ok dah.

Isnin, 14 Jun 2010

EPISOD CEMPEDAK OH CEMPEDAK

Sampai rumah terus ambik cempedak. Cium lagi nak tau mana yang lebih kuat baunya... so pilih sebiji darinya.
Yang mana satu idaman kalbu... yang mana satu jadi habuanku dulu. Nampaknya terpaksalah aku korbankan yang tangkai pendek coz baunya lebih kuat. Pak Imam baca doa supaya isinya dah masak dan boleh dimakan.
Amin... amin... yarobalalamin. Insyaallah.
 Bahrin The Butcher....Bismillahirohmanirohim.
 Eh... sexy pulak aku ni.
Alamak... kenapa cam ni. Tak masak ke? Biasanya empulurnya tak terbelah. Cuba rasa seulas... yabedabedu... Alhamdulillah... dah masak... lembut... lemak dan manis. Cempedak ini sebenarnya dah masak... rasanya kalau hari Rabu akan lebih masak . Ok what ...walaupun terlambat dapat... ye la tak dapat bahagian masa kat rumah Mek... tapi merasa lebih awal walaupun ambik sendiri. Terdengar jugak orang dapat cempedak kemakon...anyway thank you Mek for orange and banana. Thank you Gee for choclate, hazelnut, kacang tumbuk dan tudung ariani. 
Inilah ulas-ulas cempedak dari sebiji cempedak... tidak kurang dari 35 ulas besar dan tebal
Mmmmm... manis... lemak berkrim... disukai ramai. Makan cempedak sambil up-date blog episod "cempedak oh cempedak", Terima kasih abah.

Ahad, 13 Jun 2010

DUTY DALAM CUTI

Hari ini, esok dan  lusa aku duty. Sebenarnya bukanlah berat sangat bertudas semasa cuti ni cuma memastikan keadaan sekolah bersih dan ceria, pantau pekerja-pekerja pembersihan, meminitkan surat dari KPM, JPNJ dan PPD kepada sesiapa yang sepatutnya menerima dan menguruskan, tandatangan dokumen yang perlu ditandatangani, memantau staf sokongan, melayan pelawat/pembekal dan.... chating/ngeteh.
Kontrol macho hancur di depan pintu office.
Staf sokongan yang bertugas hari ini Mira, Faizal dan Ana.
Aisyah bertugas di kaunter.
Meena (pekerja pembersihaan) sedang membersihkan longkang.
Pohon buluh yang menjadi identiti SMK Kota Kulai.

Inilah n3 aku yang kononnya sedang duty semasa cuti. Ok tuuuuuuuuuuuuu......