Ahad, 28 Mac 2010

SEMINGGU SEBELUM WALIMATUL-URUS

Hari Sabtu 27/03/10 aku ada mesyuarat agung PIBG kat sekolah.... Tanty ada kokurikulum. Harith seperti biasa pergi rumah Cik No. Balik tengahari rasa letih so layan tidur dulu. Pukul 4.30 siap-siap nak balik kampung. Sampai Pt Yaacob dah pukul 6.15. Cuma ada Razak so lepas tu gi pasar malam Pt Tengah cari makanan.
Inilah makanan yang dibeli... nasi ayam, limau, mangga, ayam percik, ayam madu,  ceker ayam masak kuah dan air tebu.

Tanty sedang menuang air tebu... 5 bungkus you...

Lepas makan acara memasang langsir... reel dah siap pasang.








Memasang penyangkut langsir.
Langsir yang telah dipasang... kerusi jati pun dah divarnis...
 Dua bilik tidur yang penuh dengan goodies... belum masuk beg lagi ni...

  
Bangsal rewang dah siap dipasang.
Keadaan rumah Razak terkini...

Harith layan karaoke... like father like son. Kepala siapa la yang rambut jarang-jarang. Kalau pokok kelapa sawit dah kena sulam tu...

Ini sahaja n3 kali ini... minggu depan hari langsung...

2 ulasan:

  1. Kang, kita jumpa di sana nanti, Insya Allah kalau isteri saya belum bersalin.

    BalasPadam
  2. Insyaallah... jumpa kita tapi mamamiraki dgn mamigee tak dpt dtg coz sepupu buat kenduri kahwin jugak kat Cheras KL.

    BalasPadam