Bukan nak bangga atau nak menunjuk-nunjuk namun inilah realitinya tanggungjawab dan pengorbanan insan bergelar guru. Tugas yang unlimited tanpa mengira masa, cuaca dan sebagainya. Jika ditakdirkan atas kesedaran pihak kementerian dan kerajaan memberi bayaran lebih masa, rasanya guru antara penjawat awam yang akan menerima bayaran lebih masa tertinggi... namun itu hanya khayalan dan imaginasi sahaja kerana guru dinafikan bayaran lebih masa... atas alasan bilangan guru terlalu ramai. Stupid reason. Walau apa pun, sekumpulan guru di SMK Kota Kulai iaitu Cikgu Megat, Cikgu Mahathir, Cikgu Azirul dan Cikgu Hafiz atas rasa tanggungjawab telah menyiapkan gelanggang bola tampar untuk Pertandingan Bola Tampar MSSD Kulai pada esok hari. Mereka telah memulakan kerja seawal jam 8.00 pagi hingga hampir jam 3.00 petang walau pun pada hari minggu yang sepatutnya diluangkan bersama keluarga. Semalam hari Sabtu mereka bertugas sebagai mengganti cuti aidil fitri. Tugas yang mereka lakukan hari ini dilakukan seikhlas hati demi menjaga nama baik sekolah.
Cikgu Mahathir dan Cikgu Megat sedang mengukur tiang jaring.
Cikgu Megat sedang memotong tiang jaring yang terlebih panjang. Cikgu Mahathir dan Cikgu Hafiz memerharikan.
Cikgu Hafiz sedang menarik tali jaring supaya tegang.
Cikgu Besar sedang menghilang haus walau pun hanya menjadi mandur.
Rockers Ganu sedang beraksi. Tak pe Fiz... hari guru nanti boleh nyanyi....tapiii...
Jocker berbaju kuning hijau...
Tahniah Kang Yin. Samalah kita ni. Orang tengok kita balik jam 2 ptg tapi, siapa yg jadi cikgu taulah siksaan batin kita ni. Malam kena ada kelas tambahan. Kadang-kadang anak sendiri terabai.
BalasPadamMinggu ni cantohnya sekolah saya, tak ada cuti. Sabtu, ganti cuti raya. Ahad ada mesyuarat PIBG. Guru2 yg menyiapkan majlis tu, buat kerja sampai malam. Bungkus hadiah. Ynag perempuan menyediakan masakan. Menyerdaiakan buku program. Banyak lagilah.
Kalau nak di senaraikan mak datuk!
Guru sebagai KERANI.
Guru sebagai JURURAWAT.
Guru sebagai DRIVER.
Guru sebagai JAGA.
Guru sebagai KAUSELOR dan PAKAR MOTIVASI.
Guru sebagai IBU.
Guru sebagai BAPA.
Guru sebagai PEGAWAI BANK.
Guru sebagai TUKANG CAT.
Guru sebagai POLIS.
Guru sebagai HAKIM.
Guru sebagai TUKANG SEBAT.
Guru sebagai JURULATIH.
Guru sebagai TUKANG MASAK.
Guru sebagai ..........beratus-ratus kerja yang tak habis-habis!
??????++++++XXXX - NO KOMEN. Tak berani nak komen...nnti kena sembur. Kena baca dlm blog mummy Gee ni..."Kerja Kena Ikhlas"...hehehehehe...Tahniah ye cikgu2 semua
BalasPadamsatu lagi
BalasPadamGURU SEBAGAI GURUH!
Banyak lagi tuuuu
BalasPadamGuru sebagai Along
Guru sebagai hakim
Guru sebagai akauntan
Guru sebagai bill collector
Guru sebagai makanik
Guru sebagai penyambut tetamu
Guru sebagai juru audit
Guru sebagai imam/bilal
Guru sebagai dan berbagai-bagai
wahai para guru semua
BalasPadamBersyukurlah dengan rezeki yang dikurniakan. Usahlah mengeluh. diluar sana ramai yang berlumba nak jadi guru, yg dah jadi guru pulak mengeluh. Nampaknya tak habis2 kan isu kerja2 guru ni....hahaha..ingatlah pada yg tak ada kerja diluar sana tu. Kalau rasa2 tak termampu menggalas tugas..ayuhhhh..letak jawatan dan masuk ke sektor swasta. Baru tau langit tinggi rendah. Guru banyak kerja....tapi ada masa juga untuk buat kerja sampingan kan...kalau kami disektor swasta terpaksa bersaing sesama sendiri. Ramai pekerja swasta diberhentikan, x dapat gaji, gaji lewat dan terpaksa bekerja kuat untuk mengelakkan dikenakan tindakan VSS, buang kerja. Tapi para guru semua tak merasa semua tu kan. Gaji tetap jalan, rumah disediakan, elaun dibayar, kenaikan gaji , bonus pun ada. Tapi sektor swasta berapa ramai yang merana. Kena capai target, kalau tak bila2 masa boleh ditendang keluar.
Bersyukurlah dengan tugas sekarang. Kalau rasa2 dah tak sanggup...ehehehhe berani ke sahut cabaran...hehehehhe
alamak mama rasa cikgu2 ni mesti marah kat mama ni lepas ni...panas..panas..panas....tapi betul apa tak habis2 isu guru ni kan. Tak ada pulak dlmpapaer keluar isu engineer ke, Qs ke, Arkitek ke kan....
ok..jangan marah erkkkk cikgu....
Sebenarnya kalau boleh doktor, engineer, lawyer dll nak tulis jugak kat papaer tapi diorang tak pandai nak mengarang... kata orang tak de kemahiran... so merungut dalam hati... kalau hantar kat surat khabar pun pasti kena reject. Ngko pun sedar bila aku menulis email pun aku guna bahasa yang standard... dan setiap kali aku hantar komen pasti disiarkan.ITU BEZA GURU DENGAN PROFESYEN LAIN.
BalasPadamBila sesuatu kekusutan hanya disimpan... ia boleh mendatangkan penyakit. Kita perlu luahkan ketidakpuashatian...mungkin ada jalan penyelesaian.Jangan jadi engineer kerja dalam ketidakpuashatian akibatnya binaan yang dihasilkan tidak selamat digunakan...roboh... yang menjadi mangsa orang ramai.
Kita sebagai pekerja ada hak untuk menuntut itu dan ini. Sedangkan dalam Islam pun kita kena meminta/memohon kepada Allah swt. iaitu dalam kita berdoa... itu meminta la tu... kalau kita tidak berdoa bermakna kita takbur/sombong. Allah swt tahu apa yang kita inginkan/hajatkan namun kita masih perlu berdoa/memohon.
BalasPadamPihak kerajaam tahu dan faham pekerja memang suka kalau diberikan isentif dan pelbagai kemudahan namun kalau kita tidak meminta kerajaan tak akan bagi begitu sahaja.
-Wallahualamhisawab-
BERBURU ke padang datar
BalasPadamDapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Kalau kita menganggap kerja kita sebagai kerja yang paling susah, paling banyak tekanan, patut dihargai dan kerja orang lain tu senang sangat sampai bila kita tak akan puas hati. Kalau hari ni tuntutan elaun, OT dan lain2 diluluskan kerajaan pasti tahun akan datang akan ada lagi tuntutan2 lain...
BalasPadamSekarang ni zaman graduan berlumba2 nak kerja dengan gomen? Kenapa? Sebab secure cam MMiraki kata. Tak perlu nak fikir hujung bulan ni ada gaji ke tidak. Starting kerja gomen walau agak rendah tapi bila dah dicampur dengan elaun itu ini memang lebih dari org kerja swasta company kecik2 cam company Mummy ni. Fresh graduate Mummy bayar RM 1800... klau org tu jadi Pegawai Sistem Maklumat kat agensi kerajaan gaji ngan elaun senang2 hampir RM2500... kan jauh bezanya tu.
Mummy ni dah lebih 15 tahun kerja swasta dari jadi programmer sampai sekarang ni ada share sikit kat company. MMy & partner pernah terfikri nak tutup jer company ni pening tiap bulan tengok cashflow. Tapi bila mengenangkan kat company ni ada lebih 15 staff dan setiap staff ada anak isteri dan ibu bapa yang perlu ditanggung kami kuatkan semangat terus kerja, walaupun tidak mewah setidak2nya kami masih mampu membayar gaji staff walau kadang gaji sendiri tertunggak....
Ingatlah kalau kita senang ada orang lagi lagi senang dari kita, kalau kita susah ada orang lagi susah dari kita kalau kerja kita susah ada orang yang kerjanya lagi susah dari kita... kalau kita sentiasa mengharapkan imbalan sampai bila kita tak akan puas hati...
Mummy sebagai programmer
Mummy sebagai System Analyst
Mummy sebagai Quality Assurance
Mummy sebagai Project Manager
Mummy sebagai Accountant
Mummy sebagai Sales Rep
Mummy sebagai 'Seksi'teri
Mummy sebagai Bill Collector
Mummy sebagai Dispatcher
Mummy sebagai Cleark
Mummy sebagai Ibu
Mummy sebagai Isteri
Mummy sebagai Anak
Mummy sebagai Chef
Mummy sebagai Tea Lady
Mummy sebagai Tukang Masak
Mummy sebagai Driver
Mummy sebagai Pakar Motivasi
Mummy sebagai Cikgu Coklat
Mummy sebagai Tukang Cat
Mummy sebagai Blogger....
Yang penting Mummy suka dengan apa yang Mummy buat ni....
lu fikrilah sendiri!!! (sorry Nabil pinjam u punye tagline)