Selasa, 19 Oktober 2010

SURAU LAMA SURAU BARU

Asalnya orang panggil Surau Batu 21. Dibina dalam tahun1979. Masa tu umur aku 15 tahun... tingkatan tiga. Tapak tanah pembinaan surau diwakafkan oleh abah dan abah berpesan sangat-sangat jangan diungkit-ungkit tanah yang telah diwakafkan. Kalau tak salah aku bajet untuk membina surau ini hanya RM3,000.00 je dan pembinaanya adalah secara gotong royong orang kampung.  Ada jadual bekerja dan siapa yang tidak dapat datang kena denda... tak ingat berapa satu hari. Ia diketuai oleh Pak Hamzah atau gelarannya Pak Uteh. Walaupun belum siap keseluruhannya pada masa itu tapi ia telah digunakan untuk berjemaah. Aku n de gang seperti Maat, Nordin, John, Ayun, Limin setiap malam tidur kat surau. Walaupun dinding tak siap tapi seronok. Masyarakat kampung pun ramai berjemaah terutama magrib, isya dan subuh. Hari demi hari...bertukar minggu...minggu bertukar bulan seterusnya bertukar tahun siaplah surau Batu 21. Kenangan aku yang tak akan hilang ketika pembinaan surau ini aku terkena zink di buku lali kiri dan parutnya kekal sampai sekarang.

Pada tahun 1995 ketika itu aku dah mengajar di Sarawak ketika cuti hari raya aku balik kampung. Pada malam sehari sebelum hari raya aidil fitri aku n de gang menyiapkan papan tanda surau. Malam tu baru aku tau surau tu dah ditukar kepada "Surau Hj Omar".  Ini adalah kehendak orang kampung untuk mengabadikan nama abah pada surau tersebut. Abah memang sayang sangat kat surau ni... menyapu... mencabut rumput...dan apa sajalah....abah juga merupakan imam surau ini. Kalau pasal surau ini abah tak pernah berkira... kalau bulan puasa... waktu petang abah akan mencuci gelas, pinggan dan dulang yang digunakan untuk makan "jaburan" selepas terawih.

Aku tak ingat tahun sebenar surau lama dirobohkan kerana kerajaan memberi peruntukan untuk membina surau batu. Yang aku ingat aku dah transfer ke Kulai. Around 2002 kot coz masa aku kawin 2002, surau lama ada lagi. Mungkin selepas 2003 coz masa abah meninggal tahun 2003... masih surau lama. Apa yang menyedihkan apabila surau dirobohkan seakan ada konflik antara orang kampung. Antaranya isu nak jual kayu surau lama. Ada yang kata boleh jual... dan ada yang melarang. Ada yang rela kayu tersebut reput begitu sahaja. Bagi aku yang kurang arif... aku rasa tak salah jual kayu lama tersebut dan duitnya boleh belikan sesuatu untuk surau. Kalau tak salah aku peruntukan ini dari bekas YB Syed Hud. Aku tak pasti siapa yang memilih kontraktor pembinaan kerana belum digunakan surau tersebut dah senget. Yang hairannya diluluskan pulak. Nak tolong orang Melayula konon. Aku pun tak sempat nak ambik gambar surau tersebut. Kalau tak salah warnanya biru  dan putih... macam balai polis. Biarla... tiu pilihan orang kampung. Cakap lebih nanti sekali-sekala jemput kenduri mereka tak datang pulak. 

Akhirnya dapat peruntukan lagi dari Jabatan Agama Johor untuk membaikpulih surau kedua dan inilah hasilnya. Kalau abah ada lagi pasti dia adalah orang paling seronok... namun dia dah pergi dahulu menemuiNya. Apa yang agak menyedihkah apabila surau baru tersergam indah... orang kampung yang berjemaah tak ramai kecuali masa bulan puasa dan sembahyang 2 hari raya. Sekali-sekala bila balik kampung... sedih rasa bila nampak gelas-gelas bekas minum kopi/teh bersemut kerana tidak dicuci. Nasib baik adik ipar aku SiJenal kalau balik kampung rajin cuci gelas-gelas yang dah bersemut...mencuci tile tempat wuduk dan tandas. Semoga penduduk Batu 21 akan bersama-sama mengimarahkan Surau Hj Omar hingga hari kiamat... semoga arwah abah sentiasa menerima ganjaran dan rahmat dari tanah yang diwakafkan. Amin.

Foto disalin dari blog anak Hj Omar.  Nak royalti tak...???

5 ulasan:

  1. Jasa orang dulu2 tak ramai generasi sekarang yang dapat mencontohi...
    Zaman akan terus brubah dan berubah... ditelan masa dan kenangan.
    Semoga masa kita yang sangat singkat di dunia ini diperbanyakkan dengan amalan kebaikan..

    BalasPadam
  2. Surau lama dulu tak ada air paip kan, air hujan tadah dalam kolah besar je...

    BalasPadam
  3. Sayangkan jika diperhatikan surau2 dan masjid2 cantik kurang diimarahkan untuk solat berjemaah. Di tanam2 perumahan yg mejoritinya orang Islam sekalipun, kariahnya ramai tapi nak ikhlaskan hati melangkah kaki menunaikan solat berjemaah payah.

    Sekurang-kurangnya di luar waktu kerja Subuh, Maghrib dan Isyak cubalah paksa diri ke surau/masjid. Kereta, motor siap sedia mempermudah dan mempercepatkan langkah sampai ke masjid.

    Jangan lupa, isteripun ada share. Jangan biarkan suami lalai sibuk berulit dgn kita dan anak2 di rumah sampai memperleceh tanggunjawab suami berjemaah di surau. Berdosa kita nanti, inilah tugas aku dari sejak mula kawin sampai setua ini.

    Mudah2an para suami ditundukkan hati seperti ayah awak Rin agar cintakan surau/masjid sepenuh jiwa raga. Mudah2an ayah mu diberkati Allah dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  4. yin - pembetulan. surau kayu tu dirobohkan tahun 2003, iaitu selepas kematian abah. lepas tu baru dibina surau warna putih biru tu......

    BalasPadam
  5. aku suka tengok surau yang lama tu nampak syahdu. surau yang baru memang cantik dan selesa, kerajaan bagi peruntukan untuk kemudahan beribadah kat orang kg, tapi apa lah ertinya surau cantik2 klu masih tak dapat memikat jiwa orang kg untuk mengimarahkan surau tu.tiba waktu solat 2,3 kerat aja yang datang...nak wat cam ne kan .. yang pentingnya arwah abah ikhlas mewakafkan tanah tu untuk surau....

    BalasPadam