Rabu, 25 Januari 2012

BUNGKUSAN UNTUK SAYA...?

Ni minggu lepas  aku terima sebuah bungkusan dari Bdr Baru Bangi Seksyen 4. Umah Mummy Gee Seksyen 7.


Inilah rupa bungkusannya. Besar gituuu...

Apalah agaknya isi bungkusan ni...aku memang dah tau le... ni masa cuti balik kampung masa Hafeez anak Kak Kay nak bertunang...so berbual dgn hubby Kak Kay. Dia ni suka mencari/menmgkaji sesuatu. Antaranya dulu khasiat buah "durian belanda" yang dikatakan lebih baik 4 -5 kali lebih baik dari terapi kanser...dan dia ni memang suka makan ulam-ulaman. Kalau melawat blog Kak Kay pernah beberapa kali dia upload gambar tanah belakang rumah yang ditanam pokok ulam-ulaman. Hari tu dia bercerita pasal sejenis ubat/makanan untuk mengurangkan kolestrol dlm darah dan pembuluh darah. Dia juga baik untuk batu karang, gout, sembelit, migrain dsb. Dia kata produk ni boleh didapati di kedai perubatan tradisional dan juga merupakan produk HPA. Bila balik ke Kulai beberapa kedai ubat tradisional aku tanya produk ini tapi tak de... Aku pernah tanya Msom Sodono sebab dulu dia penjual produk HPA tapi dia kat dah merajuk dgn HPA... so aku pun serving internet. Aku tengok stokis HPA kat Johor cam tak de... so nampak ada adress yg tereekat iaitu di Bdr Baru Bangi. Bila aku call dia kata tak de stok dlm simpanannya so kena tunggu. Seminggu lebih gak tunggu so satu hari dia call. Dia kata barang dah ada... so aku pun order melalui maybank2u. Aku tengok sebotol dlm website RM 12.00. So aku order 5 botol jd RM 60.00... so lupa pulak bayar kos pos. So dia dia cakap kos pos RM 18.00....dan dia kata nama aku ada sebagai ahli...so dapat harga sebotol RM 10.50. Aku rasa aku pernah daftar HPA  percuma melalui blog Msom Sodono. Aku hanya perlu tampah RM10.50. Alhamdulillah...biarpun botol kaca tapi cara  membungkusnya rapi...nampaknya tak de pecah. Selamat kelima-limanya.


Inilah dia produk tu..."Cuka Nipah" keluaran HPA.

Cuka nipah asli ni diperbuat daripada air nira nipah yang telah diperam selama 44 hari. Nira nipah boleh diminum segar dan ada jugak di kalangan pengusahanya lebih gemar menghasilkan cuka nipah. Cuka nipah ni dipercayai sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.



Khasiat Cuka Nipah :


1. Boleh mengubati kencing manis


2. Turunkan tekanan darah tinggi


3. Pecahkan batu karang


4. Turunkan kolesterol dan mengubati sakit jantung


5. Ubati gout


6. Boleh jugak mengubati migrain

Tapi bagaimana cara mengamalkannya??

Petua 1 :


Ambil satu sudu besar cuka nipah, campurkan dengan satu sudu teh madu dan minum dengan air suam. Amalan ini dipercayai boleh penyakit-penyakit yang saya listkan di atas.

Petua 2 :


Ambil beberapa biji kurma, rendamkan dalam cuka nipah semalaman. Pastikan rendam kurma tu sampai tenggelam. Kemudian, bolehlah makan sebiji kurma esok hari (sebijik saja ye, jangan lebih!). Amalam ini dipercayai boleh kurangkan kolesterol dan darah tinggi.

Petua 3 :


Kalau migrain pula, ambil satu sudu cuka nipah dicampur dengan sedikit air, sapu di bahagian migrain.

Aku belum boleh suggest kat korang sebab kesannya belum ketara. Dah hampir seminggu aku minum produk ni yang aku rasa ialah:

- Resdung aku cam dah hilang. Biasanya setiap pagi mau 10-20 kali bersin ni cam ok.
- Lepas buang b***k bila cebok tangan rasa "ngelinyit" berminyak. Mungkin kolestrol terhakis kot.
- Tekanan darah dan kandungan gula dlm darah tak check lagi ngan doktor.





2 ulasan:

  1. Saya tengah bengang dgn HPA, jadi maaflah tak dapat membantu tempoh hari. Tahniah dah dapat produk yg dikehendaki.

    BalasPadam
  2. Tak apa...terima kasih. Daftar hari tu dapat harga stokis .

    BalasPadam