Isnin, 22 Mac 2010

XTVT SAPU SAWANG

Hari Sabtu huajung cuti persekolahan cadang nak jalan2 gi Gunung Pulai. Saja bawak Harith mandi air terjun tapi dari pagi sampai petang hujang tak henti2 so terpaksa batal. Aku ingat hari Ahad dia dah lupa coz aku tidur semula lepas Subuh sampai dekat pukul 11.00 pagi. Pas tu kena isi perut. Lepas isi perut siHarith tanya lagi "Pa... jadi tak nak pegi hari ni...?" La.... ingat dah kira kensel.... so aku cakap lepas zuhur nanti. Aku pergi berdua aje dgn Harith. Tengok langit macam nak hujan tapi teruskan juga hingga sampai tempat mandi di Gunung Pulai.
Sebelum keluar ke highway masuk simpang kiri.

Ramai juga pengunjung ke sini. Kembara kat hujung tu kereta aku le...

Alamal... parking RM1.00 dan aku tak ade duit kecil.Fikir punya fikir aku ajak Harith minum dulu kat warong. ( nak pecah duit bayar parking ). Aku order mee rebus n teh 'O' ais... Harith order maggi sup.
Makan Rith... papa dah selesai dah.

Beginilah keadaan warong... walau pun macam ni ... charge mahal gak...

Lepas makan layan Harith mandi tak sampai 5 minit hujan turun dengan lebatnya... so masuk kereta dan balik le....

 Hujan turun mencurah-curah.

-End-

Ahad, 7 Mac 2010

XTVT HUJUNG MINGGU

Semalam hari Sabtu penuh dengan xtvt. Pagi hantar Harith gi khemah solat di sekolah kebangsaan. Lepas tu aku gi sekolah ada perjumpaan kokurikulum sampai pukul 12.00. 12.30 ambil Harith. Balik rumah kejab pastu kul 1.30 ptg gi Ole-ole Bowling, IOI Mall coz ada perlawanan antara staff. Rasa macam tak nak main coz tak berapa sihat sangat tapi malu dgn kawan-kawan. Habis kul 6.00 jugak.
Hari ni hari minggu, lepas subuh sambung tidur sampai pukul 9.30...bangun dan cari sarapan pagi. Lepas tu Harith ajak tengok pameran kereta yang diubahsuai di IOI Mall. Dah dia minat layannnnnnnnnn...... tapi rupanya start kul 1.00 ptg... so balikla... on the way balik dia kata lapar... eh budak ni baru lepas makan nasi ambeng pun dah laparrrrrr. So terpaksa layannnnnnnnnn
Ha... tengok tuuuu... nasi ayam dengan teh'O' ais.... makan lerrrrrrr.

Lepas tu balik rumah.... mata pun layu lepas makan ubat. Layan bantal le..... sedar2 dah kul 3.30 ... sempat solat zuhur. Pas tu melayari internet ... tengok2 Mudah.my. Saja suka tengok barang2 yang nak dijual... Petang Harith tanya balik... Pa... jadi tak nak gi tengok kereta..? La... dia ajak lagi... kebetulan Mama nak cari tudung so gi semula IOI Mall. Dapat le tengok pameran Modification Car. Bingit telinga...









Tengok tu keta Kenari yang di modified exzosnya keluar api... boleh masah mee goreng.

Ini ialah kereta Honda Stream yang diubah suai. Kalau lah kereta Honda Stream aku, aku modified mesti orang kata aku tak sedar diri. Aku rasa belanja modified tak kurang 20k.
Supermodel pameran kereta...

Antara kereta yang dipamerkan... gila wa cakap luuuuuuuuuuu

Lebih kurang sejam melihat pameran... kena layan perut dulu... yela kalau dah sampai rumah, malas nak keluar lagiii.
Harith dgn Mama makan Yong Taufu... aku makan mee goreng.

Gerai ni tak la exclusive tapi kat Kulai... gerai ni aje yang menjual yong taufu... kira sedap jugak lerrr. Ini aje n3 aku bagi mengelakkan ianya bersawang...

Ahad, 28 Februari 2010

PERCUTIAN 2D1N.

Tengahari lepas jemputan di rumah staf sokongan di Tmn Kota Kulai terus ambil Harith di SA Tmn.Kota Kulai Kira sampi ngam2 dia habis Program Motivasi Ketua Darjah dan Pengawas. Kalau lambat mesti meleleh air mata dia. Yang Peliknya dia boleh tak nampak kereta papa dia... so mama dia panggil le. Waduh ... dah memang cam aku masa sekolah dulu... dah le badan semangat... lari dengan pegang beg dan makanan dlm polisterin.... indul-indul... bunges-bunges. Lepas tu teruskan perjalanan dan berhenti kat hentian tol Kulai. Mama dia bawak dia mandi dan tukar pakaian.
Kami meneruskan perjalanan ke Air Hitam untuk membeli beg goodies perkahwinan adik ipar. 2500 you... pas tu balik kampung. Sampai lebih kurang kul 5.00 petang. Dia orang sedang menggoreng pisang dan sukun. Aku layan nasi dengan pucuk ubi masak lemak lauk ikan kembung goreng. .. pastu baru layan sukun goreng. Rancangan buat bbq nampaknya dibatalkan coz cuaca terlalu panas... 38 darjah above... tak sesuai nak bakar-bakar.
Pagi Ahad si Enal yang memang rajin membersihkan sekitar rumah.... anak-anak sedara tanpa disuruh turut membantuh termasuk anak aku....






Aktiviti membakar sampah yang menyeronokan anak-anak. Maklum le kat rumah mereka di bandar... bahaya nak main bakar-bakar.

Dalam pada tu... ada yang menyambung mimpi malam tadi... layannnnnnnnnnn.

Inilah n3 pendek percutian 2D1N di kampung. Memang menyeronokan...dan malas bila berkemas nak balik Kulai. Pukul 6.00 petang baru bertolak dari kampung.

Selasa, 23 Februari 2010

MENGURUS ANAK SEKOLAH

Sesi persekolahan 2010 tak sampai dua bulan. Sebagai guru memanglah berbagai xtvt dan program dijalankan di sekolah sama ada di sekolah aku atau sekolah Tanty... nak cerita lebih-lebih nanti ada pulak yang cakap kerja apa yang tak ada masalah.( full stop )
Aku nak cerita fasal kisah anak aku nan seorang ni. Pagi-pagi masa turunkan dia kat sekolah... tali begnya putus tinggal sebelah... so susah nak kendong belakang. Aku cakap tarik ajela sebab ada roda. Masam aje muka dia. So petang tu kena lah cari beg baru. Dua bula sebuah beg... kalau 10 bulan 5 beg. Harga dia sebelah tangan. Dulu bapak dia pakai beg kucing je yang harganya tak sampai RM2.00. Siapa tak tau beg kucing. .. dia beg plastik ada gambar kucing.

Baru dua bulan kok dah putus.

 
So kenalah belikan yang baru... melayang lah sebelah tangan.

Balik rumah dia bagi satu surat dari sekolah agama....adoi makkkkkkkkkkkkkkkkkk.... ingat petang Jumaat dah boleh balik kampung... tapi ada program motivasi untuk ketua darjah sekolah agama pada hari Sabtu dari jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang. So kalau nak balik petang Sabtu le...sorry Som terpaksa balik lewat.

Inilah surat yang membuat tak boleh nak balik kampung awal. Kehadiran wajib pulak tu.... kadang2 cikgu ni pun satu le... kalau ada cuti macam ni jangan le buat program. Aku sebagai PK Kokurikulum pun tak buat kokurikulum. Aku kalau nak buat program kena fikir masalah guru dan ibu bapa.

  

Khamis, 18 Februari 2010

CARI KAIN LANGSIR


Pukul 5.00 petang kita orang keluar rumah melalui Lebuh Raya  Senai Ulu Tiram menuju ke Giants Plentong.
Tujuannya semata-mata nak cari langsir rumah baru adik ipar. Yela... bulan April nak buat majlis kenduri kahwinnya. Kat Giants Plentong ni ada Nagoya Textile... harganya boleh kira murah jugakla terutama kalau ada offer. Kalau pegi Tangkak lagi murahla.... tapi tak kan setakat nak beli langsir aje nak pegi Tangkak.... tol ngan petrol dah RM50.00 lebih... lainla kalau nak beli bermacam-macam... Apalah malang hari ni di Giants ada gangguan elektrik... so tersangatlah panas dan gelap dan panas... so kena tunggu chargeman repair. Adalah dekat setengah jam...

Pilih ma... jangan tak pilih... padan tak dengan warna cat rumah... adik nak yang vouge.

Dah dapat kain langsir tak sah rasanya kalau tak  melayan selera... Harith awal-awal nak ayam MD... layan... tak habis seketul dia kata tak sedap nak burger pulak.... layan... bagi duit beli sendiri... pehhh dia beli prosperity beef burger... mak datuk... layannnnnnnnnnnnn.

Acara-acara ngap-ngap lagi....

Rabu, 17 Februari 2010

MELAPAH KAMBING GURUN

Masa balik kampung Pt Sulong ari tu singgah rumah pusaka abah & mak... kelintar-kelintir sekeliling rumah nengok2 apa-apa yg boleh dimanfaatkan. Tengok pokok nangka ada dua biji yang dah tua ( kulitnya dah agak licin ). So petik sebiji.... sebiji lagi tinggal dan harap2 masa cuti maulidur-rasul nanti dah masak. Yang aku petik kulitnya dah nampak macam busuk cuma belum berulat. Aku pun bawak balik Kulai.
Bila dibelah 50% lebih tak boleh makan... dah berair dah...
Separuh yang macam boleh dimakan bagi kat jiran sebelah yang separuh aku masuk peti sejuk...
Inilah kambing gurun yang dah kena sembelih... one side nampak ok... one side busuk...
Rasanya pun kurang manis dan liat...tapi bolehla...

Memang tak berbaloi... rasanya baik beli nangka kat supermarket... tak kena getah... tinggal bagi gambar agung dan ngap ajerr. Yang lebih tension Stream dah masuk hari keempat bau nangka busuk melekat kat dalam kereta. Kalau bau nangka masak tak pe jugak... dah cuci dan vacum karpet dia pun masih bau so kena anginkan lerr...
  
Proses nyahbau... nak nyahkan dia... hutang banyak lagiiii... pakai ajela untuk 3-4 tahun lagi.

RAWATAN ALTERNATIF

Rabu 18/02/2010 seawal 6.45 pagi kami sekeluarga bertolak pulang dari Kg. Pt. Yaacob. Kami singgah di Warong Sjn Manan untuk bersarapan pagi. Aku makan meehoon goreng, telor dan sambal kacang. Tanty makan soto dan Harith makan kuew teaw goreng dengan telor. Jumpa rakan sekelas di SMKDS si Alias.
Lepas sarapan kami masuk highway Yong Peng Utara dan exit Spg Renggam kerana anak aku siHarith dan lama mengidap kueh bangkit. Aku pun tak tau simamat sorang ni boleh minat kueh tradisional pulak. Kalau arwah emak dulu lepas sebulan raya bawak baki kueh bangkit (kueh bakarla dulu...) dengan air sirap pegi noreh dengan arwah abah kat Pt Hassan Ahmad. Tanty pulak beli Belinja Flakes. Dalam perjalanan satu demi satu masuk mulut dan ini yang tinggal....
 Ini dia kueh bangkit santan dan belinja flakes.

Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Pontian, nak cari perubatan alternatif. Sesat-sesat jugak nak cari tempatnya... akhirnya jumpa juga setelah bertanya beberapa orang. Kata orang "malu bertanya sesat jalan".
Alamatnya No. 8, Jln Sg Nyior/Penghulu Manaf,Pulai Sebatang, ( bukan Kg Pinang Sebatang Pendekar Bujang Lapuk ye..) Pontian. Dia orang kata penyakjit gout boleh diubat... so try la...
Walaupun perubatan alternatif tapi ada bangunan klinik sendiri... kira macam klinik swasta jugakla tapi di dalam dusun buah-buahan. Namanya Pusat Rawatan Tradisional Nordin Idris. Selepas mendaftar menunggu jugak 1/2 jam sebelum sampai turn. Bila sampai turn... masuklah bilik pemeriksaan so seperti biasalah macam aksi penjual ubat mulalah berceloteh dan akhirnya buat pembayaran. Pehhhhh.... macam hospital pakar dia punya charge...

Inilah ubat yang dibekalkan dengan kos RM210.00 tunai... kalau boleh sembuh RM1k pun boleh cari.

Ingat nak jadi pakar perubatan alternatif... aku tengok siNordin ada 5 biji kete termasuk Merc. Kompressor baru.

Sampai rumah di Kulai Utama pukul satu lebih jugak selepas makan tengahari.