Kami meneruskan perjalanan ke Air Hitam untuk membeli beg goodies perkahwinan adik ipar. 2500 you... pas tu balik kampung. Sampai lebih kurang kul 5.00 petang. Dia orang sedang menggoreng pisang dan sukun. Aku layan nasi dengan pucuk ubi masak lemak lauk ikan kembung goreng. .. pastu baru layan sukun goreng. Rancangan buat bbq nampaknya dibatalkan coz cuaca terlalu panas... 38 darjah above... tak sesuai nak bakar-bakar.
Pagi Ahad si Enal yang memang rajin membersihkan sekitar rumah.... anak-anak sedara tanpa disuruh turut membantuh termasuk anak aku....
Aktiviti membakar sampah yang menyeronokan anak-anak. Maklum le kat rumah mereka di bandar... bahaya nak main bakar-bakar.
Dalam pada tu... ada yang menyambung mimpi malam tadi... layannnnnnnnnnn.
Inilah n3 pendek percutian 2D1N di kampung. Memang menyeronokan...dan malas bila berkemas nak balik Kulai. Pukul 6.00 petang baru bertolak dari kampung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan