Rabu, 1 Disember 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA (Part 3)

Hari Selasa 30 Nov 2010. Hari ini tak tau nak ke mana... tanya Harith nak ke Petrosains tak...? Dia kata tak yah. Fikir punya fikir plan nak ke PD atau Melaka.... so sms Mummy Gee kata tak jadi nak dtg Bangi. Mummy Gee balas sms
SMS Mummy Gee...
"Ngko ni mmg la.. Budak2 dah suka aku kata harith nak dtg hari ni"

Alamak...cam ni...sian pulak kat Along, Angah n Dania... so saja bukak email rupanya Mummy Gee tgh on9 dgn Mamamiraki...

Baca email Mummy Gee rasa tak sampai hati pulak kat budak2 tu....

"Yin dah on d way balik ke kulai dan tak jadi singgah rumah aku. kesian2 budak2 tadi aku dah kata harith nak datagn rumah, bukan main seronok si daniel & adam. Ngko teruk la yin kan hari jumaat nggo baru ada meeting. Petang semalam aku dah buatkan ngko kek pelangi petang tau... nampak gaya rezeki jiran2 dan budak opis aku le jawabnye... "

Aku suruh Harith buat pilihan...ke PD, Melaka atau rumah Cik Gee...Harith terus je pilih rumah Cik Gee. So aku pun email Mummy Gee kata aku jadi dtg rumah dia... Cik Nab pulak respond kat email.... dan call lagi ajak singgah rumah dia. Adusssssssss....ni email dia.

"Kenapa kau tak tambah satu lagi pilihan…ke rumah cik nab….tak aci lahkau ni yin…yelah wong rumahnya tak lawa…tak ada air terjun ngna tak ada emper cantik gitu yang tak disinggahi gitu…di langkahi aje yea…

Tulah yin kan kau dah kata budak2 ni kalau dibagi pilihan diaorang lagi suka kalau dapat jumap kawan2 sepupu1 aje…tu sebab dia pilih gi rumah gee dari gi PD ke , Melaka ker…semua tu dia tak berkawan nanti.."

Insyaallah pegi KL lepas ni aku singgah rumah ko... kali ni tak bolehla...mintak maaf banyak2 .anyway terima kasih atas pelawaan. Bila dah usia meningkat ni mmg seronok kalau adik beradik dtg... cam hari tu korang dtg rumah aku...Masa kita budak2 dulu selalu gaduh...

So lebih kurang kul 11.00 kita orang pun meninggalkan Desa Baiduri.

 
Kak Kay, Shasha, Aqil, Arash, Tanty dan Harith
di depan rumah Kak Kay...bye...bye..bye...

Keluar dari Desa Baiduri ingat nak bawak Harith naik Komuter...selalu dia ajak naik keretapi bila nampak keretapi kat Kulai. So plan nak naik komuter dari KL gi Port Klang. Call Mummy Gee ikut stesyen mana kalau nak gi Port Klang. Dia kata naik dari stesyen KL Sentral... alamak kat mane tu... dia kata ikut Jln Bangsar dekat dgn Muzium... so main redah jela ikut signboard...dan akhirnya jumpa stesyen KL Sentral. Rupanya tak de parking lot kat luar...kena parking dlm bangunan...so masuk le bangunan. Tingkat demi tingkat aku drive...tak de parking yg kosong. Hampeh tul...akhirnya terpaksa melupakan hasrat nak naik komuter... sekali lagi hampeh...ronda2 cari parking kosong tak dapat pun kena RM6.00. Betul2 cekik darah. Aku tak halalkan duit RM6.00 yang aku bayar. Pastu ronda2 sekitar Bukit Aman nak lunch...dah jumpa tempat tapi tak de parking gak...akhirnya drive ke Bnagi le....

Singgah dulu di UK Restoran. UK tu maknanya urat keting.
Lunch di sini... makanannya mables... terutama ayam percik.

Pas lunch baru gi rumah Mummy Gee... terharu kerana disambut oleh anak2 sedara...Along, Angah dan Dania.




 Sampai rumah Mummy Gee dlm kul 12.30 tgh... aku cakap dgn bibik jangan call Mummy Gee. Dlm kul 2.00 ptg BIL balik coz salin pakaian nak menebas ( main golf ). Pastu keluar semula. Aku pun tengok tv lepas tu tv tengok aku....zzzz...Mummy Gee balik pun aku tak sedar.

....bersambung part 4.

CUTI-CUTI MALAYSIA (Part 2)

Isnin 28 November 2010. 6.30 pg bangun...bagi yg bekerja hari ini merupakan hari pertama minggu ini. Biras aku entah kul berapa kuar coz ada metting. Sepupu Harith SiIna pun tak tau gi keje kul brapa? Fareez anak yg bongso dan bersiap-siap ke sekolah kerana peperiksaan SPM. SIL sibuk menyiapkan sarapan pagi. Gege anak ketiga pun bersiap-siap ke hotel kerana sedang menjalani praktikal. Kami bertiga pun bersiap-siap untuk aktiviti hari ke 2.

 enuju
Layan anak kucing siam...
Comelnyeee...

Lebih kurang kul 8.15 pg kami keluar rumah menuju ke KLCC. Hajat hati nak bawak Harith masuk ke Petrosains. Alhamdulillah perjalanan lancar dan tak sesat. Parking pun baek punya dekat dgn escilator. Nasib baik ada Touch n Go untuk bayar parking. Kalau tak kena cari mesin bayaran otomatik. Oleh kerana masih awal pagi banyak kedai2 belum bukak. Selepas menyampaikan hajat di washroom kami pun lift ke level Petrosains... cam lum ada orang...kebetulan ada 3 staff keluar dari Petrosains... aku pun tanya bukak kul berapa...rupanya hari Isnin tak buka kerana kerja2 maintanance dan pembersihan. Alamak ...tak bukakla pulak...so kita orang pun turun balik dan gi kereta.


Tak dapat masuk pun tak apala...amik le gambar kat luar.

Nak kemana yekkkkk...Tanty kata gi Jalan TAR ...nak cari tudung dan kain untuk baju kerja. Layannnnnnnnnnnnn..dan .. aku parking kat Campbell Complex. Aku biarkan Tanty menyopping. Aku n Harith meronda-ronda  ngeteh kat restoran nasi kandar....

Lebih kul 12.30 call Tanty so dia kata kejab lagi dan dalam perjalanan ke kereta Tanty pun dah siap nyopping. Lepas ni kemana... ke Desa Baidurila.... on the way singgah restoran. Lunch dulu... sampai rumah Kak Kay jam 1.30 ptg kebetulan BIL Sjn. Wan Safie ada kat rumah... ada barang tertinggal. Pas dia gi kerja apa lagi....zzzzzzzz. Shasha dah layan Harith..... malam BIL ajak keluar ngeteh pun aku malas....zzz lg baekkkkkkkk.

Ni je...n3 Part 2.

CUTI-CUTI MALAYSIA ( Part 1 )

Ahhhhhhhhhhh...lega dah berada di atas katilku yang 5 hari 4 malam kutinggalkan untuk melayan anak bujangku yang telah bosan seminggu bercuti di rumah. Hari2 tanya bila nak gi holiday. Kalau ikutkan kederatku memang malas nak gi holiday kemana-mana. Rehat je la kat rumah...tapi bagi kanak2 seusia Harith yang tenaganya masih banyak... kekuatan masih nak bermula memang bosan duduk di rumah aje... memang beberapa destinasi dalam senarai...Genting Highland, Sunway Lagoon atau A'Farmosa Resort.
Awal pagi Sabtu bukak fb dan terbaca mesej Iki anak Mamamiraki yang menyatakan nak gi Genting Highland esok pagi... aku terfikir esok bermakna hari Ahad...so call Mamamiraki dan dia kata sedang bersiap nak gi Genting Highland. Rupanya Iki  buat mesej awal pagi Sabtu...may be lepas subuh...ingatkan esoknya hari Ahad. MM mmg ajak join tapi aku kat Kulai lagi... paling cepat pun 4 jam perjalanan dari Kulai... so tak jd join. Cakap dgn Tanty kita jalan je la petang ni ke KL... pagi tu Tanty berkemas rumah dan pakaian yang nak dibawa. Aku ngan Harith gi sekolah tengok Cikgu Megat, Cikgu Azirul dan Cikgu Hafiz memasang PA sistem yang baru dibeli untuk dipasang di surau sekolah. Dia orang ni mmg aku respect... cuti2 pun rengan tulang buat itu ini. Dia orang tak menunggu ada pentadbir baru nak buat kerja. Teruskan keikhlasanmu itu...semoga Allah swt, sahaja yang membalasnya.
Pukul 1.00 tgh balik rumah dan bersiap-siap untuk ke KL...pukul 2.30 ptg bertolak dan singgah di IKS Spg Renggam cari jajan.

Perjalanan lancar dan berhenti di R & R Seremban untuk solat Asar dan isi perut. Bila nak meneruskan perjalanan hujan pulak so tak boleh nak speed. Lepas tol Sg Besi jam pulak coz ramai nak ke pameran MAHA or mahal.

Sampai rumah SIL di Tmn Sri Cheras kul 8.00 mlm.... makan malam dan zzzzzzz....

Hari kedua lepas sarapan asalnya nak gi Genting Highland tapi cuaca cam mendung... so takut nak ke Genting...jalan licin so...tukar haluan ke Sunway Lagoon. Aku yg malas nak drive dan kurang mahir jalan2 ke Sunway ajak Amy...anak saudara Tanty. Aku bukan exited nak gi tapi layan siHarith. Seingat aku kali pertama gi Sunway Lagoon dalam tahun 1991 masa SL baru bukak. Masa tu tiket masuk baru RM 15.00 dan dah terasa mahal coz baru kerja....gaji pun ciput. Setelah hampir 20 tahun harga tiket pun berganda-ganda. 12 tahun ke atas (adult) tiket berharga RM100.00 dan kanak2 RM60.00....perhhhhhhhhhhh mahal gila. What ti do...dah sampai... nasib baik bagi dewasa yang ada IC Malaysia ada diskaun RM40.00 tapi kena tambah RM 10.00 deposit untuk tag cam jam tangan dan bila pulangkan rag dapat balik deposit. Aku suruh Amy bawak Haqrith sementara kau ngan Tanty cuma jalan je...kira cam bercinta le...
Pemandangan dari atas tempat letak kereta.

Harith bersama abang sepupunya Amy...yang rajin melayan.


Family Wong Khoo Lai.


Di Wildlife...

Layan jela gambar Harith...coz dia orang yg bawak kamera.

Pandangan dari atas.

Cam dah penat je ...


Aksi-aksi Harith....

Di hadapan rumah hantu...






Di atas jambatan gantung merentasi taman tema yang
panjangnya mencecah 200 meter.






aDi bahagian taman air... Harith aje yg mandi.
Aku nak mandi takut air melimpah pulak...

Pose isyimewa dari Tanty...

Lebih kurang jam 1.00 tgh kami meninggalkan Sunway Lagoon dan lunch di RnR Kinrara...pastu balik ke Taman Sri Cheras. Kat rumah zzzz hingga hingga jam 5.00 ptg. Lebih kurang 5.30 ptg sepupu Harith yang sulong siIna (along) ajak Harith naik kuda di pusat latihan menunggang kuda di Putrajaya. SiIna ni mmg berlatih menunggang kuda di sana dan dalam sebulan sekurang-kurang RM 500.00 diperuntukan untuk menunggang kuda. Jommmmm layan pix....

Inilah Ina (Asfarina/Along) sepupu Harith graduan UM bidang
 Sains Tulin dan kini sedang menyiapkan thesis
di peringkat master di UM.




Dengan bayaran RM20.00 Harith dibawa menunggang kuda sekeliling padang polo selama 20 minit.


Bersama kuda bernama Caspper...



Melawat kandang kuda...

Selepas bersama kuda kita orang melawat tasik Putrajaya....yang indah. Yang peliknya siIna orang KL tak sampai lagi ke tasik Putrajaya.




Senja di tasik Putrajaya...

Pastu kami pun balik ke Tmn Sri Cheras..... sampai lebih kurang jam 8.30 malam. Pastu dinner dan zzzzzz...so inilah saja n3 "Cuti-cuti Malaysia Part 1". Tunggu part 2...nak makan dulu...upload lambat pulak hari ni...