Rabu, 1 Disember 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA ( Part 1 )

Ahhhhhhhhhhh...lega dah berada di atas katilku yang 5 hari 4 malam kutinggalkan untuk melayan anak bujangku yang telah bosan seminggu bercuti di rumah. Hari2 tanya bila nak gi holiday. Kalau ikutkan kederatku memang malas nak gi holiday kemana-mana. Rehat je la kat rumah...tapi bagi kanak2 seusia Harith yang tenaganya masih banyak... kekuatan masih nak bermula memang bosan duduk di rumah aje... memang beberapa destinasi dalam senarai...Genting Highland, Sunway Lagoon atau A'Farmosa Resort.
Awal pagi Sabtu bukak fb dan terbaca mesej Iki anak Mamamiraki yang menyatakan nak gi Genting Highland esok pagi... aku terfikir esok bermakna hari Ahad...so call Mamamiraki dan dia kata sedang bersiap nak gi Genting Highland. Rupanya Iki  buat mesej awal pagi Sabtu...may be lepas subuh...ingatkan esoknya hari Ahad. MM mmg ajak join tapi aku kat Kulai lagi... paling cepat pun 4 jam perjalanan dari Kulai... so tak jd join. Cakap dgn Tanty kita jalan je la petang ni ke KL... pagi tu Tanty berkemas rumah dan pakaian yang nak dibawa. Aku ngan Harith gi sekolah tengok Cikgu Megat, Cikgu Azirul dan Cikgu Hafiz memasang PA sistem yang baru dibeli untuk dipasang di surau sekolah. Dia orang ni mmg aku respect... cuti2 pun rengan tulang buat itu ini. Dia orang tak menunggu ada pentadbir baru nak buat kerja. Teruskan keikhlasanmu itu...semoga Allah swt, sahaja yang membalasnya.
Pukul 1.00 tgh balik rumah dan bersiap-siap untuk ke KL...pukul 2.30 ptg bertolak dan singgah di IKS Spg Renggam cari jajan.

Perjalanan lancar dan berhenti di R & R Seremban untuk solat Asar dan isi perut. Bila nak meneruskan perjalanan hujan pulak so tak boleh nak speed. Lepas tol Sg Besi jam pulak coz ramai nak ke pameran MAHA or mahal.

Sampai rumah SIL di Tmn Sri Cheras kul 8.00 mlm.... makan malam dan zzzzzzz....

Hari kedua lepas sarapan asalnya nak gi Genting Highland tapi cuaca cam mendung... so takut nak ke Genting...jalan licin so...tukar haluan ke Sunway Lagoon. Aku yg malas nak drive dan kurang mahir jalan2 ke Sunway ajak Amy...anak saudara Tanty. Aku bukan exited nak gi tapi layan siHarith. Seingat aku kali pertama gi Sunway Lagoon dalam tahun 1991 masa SL baru bukak. Masa tu tiket masuk baru RM 15.00 dan dah terasa mahal coz baru kerja....gaji pun ciput. Setelah hampir 20 tahun harga tiket pun berganda-ganda. 12 tahun ke atas (adult) tiket berharga RM100.00 dan kanak2 RM60.00....perhhhhhhhhhhh mahal gila. What ti do...dah sampai... nasib baik bagi dewasa yang ada IC Malaysia ada diskaun RM40.00 tapi kena tambah RM 10.00 deposit untuk tag cam jam tangan dan bila pulangkan rag dapat balik deposit. Aku suruh Amy bawak Haqrith sementara kau ngan Tanty cuma jalan je...kira cam bercinta le...
Pemandangan dari atas tempat letak kereta.

Harith bersama abang sepupunya Amy...yang rajin melayan.


Family Wong Khoo Lai.


Di Wildlife...

Layan jela gambar Harith...coz dia orang yg bawak kamera.

Pandangan dari atas.

Cam dah penat je ...


Aksi-aksi Harith....

Di hadapan rumah hantu...






Di atas jambatan gantung merentasi taman tema yang
panjangnya mencecah 200 meter.






aDi bahagian taman air... Harith aje yg mandi.
Aku nak mandi takut air melimpah pulak...

Pose isyimewa dari Tanty...

Lebih kurang jam 1.00 tgh kami meninggalkan Sunway Lagoon dan lunch di RnR Kinrara...pastu balik ke Taman Sri Cheras. Kat rumah zzzz hingga hingga jam 5.00 ptg. Lebih kurang 5.30 ptg sepupu Harith yang sulong siIna (along) ajak Harith naik kuda di pusat latihan menunggang kuda di Putrajaya. SiIna ni mmg berlatih menunggang kuda di sana dan dalam sebulan sekurang-kurang RM 500.00 diperuntukan untuk menunggang kuda. Jommmmm layan pix....

Inilah Ina (Asfarina/Along) sepupu Harith graduan UM bidang
 Sains Tulin dan kini sedang menyiapkan thesis
di peringkat master di UM.




Dengan bayaran RM20.00 Harith dibawa menunggang kuda sekeliling padang polo selama 20 minit.


Bersama kuda bernama Caspper...



Melawat kandang kuda...

Selepas bersama kuda kita orang melawat tasik Putrajaya....yang indah. Yang peliknya siIna orang KL tak sampai lagi ke tasik Putrajaya.




Senja di tasik Putrajaya...

Pastu kami pun balik ke Tmn Sri Cheras..... sampai lebih kurang jam 8.30 malam. Pastu dinner dan zzzzzz...so inilah saja n3 "Cuti-cuti Malaysia Part 1". Tunggu part 2...nak makan dulu...upload lambat pulak hari ni...

2 ulasan:

  1. Semoga percutian itu menjadi memori indah buat WONG KHOO LAI sekeluarga.

    BalasPadam
  2. aku pun tak pernak g tasik pjaya lagi...hahaha

    BalasPadam