Selasa, 17 November 2009

KONVO TADIKA IMAN

Pagi minggu 15 Nov 2009 bersiap seawal jam 5.30 pagi kerana bersiap untuk Konvokesyen Tadida Iman di mana Harith belajar. Diam tak diam dua tahun Harith belajar di tadika itu. Alhamdulillah dah lancar baca rumi dan jawi , boleh mengira, boleh baca beberapa ayat lazim, boleh solat dan beberapa kemahiran lain.Walau pun tak excellence tapi okla... kalau aku yang panas baran mengajar belum tentu berjaya.

Inilah gambar anak bujang aku yang akan menerima sijil hari ini. Like father like son.
Apalah nasib kamera ada problem... so tak banyak gambar dapat diambil.
 
 Masa sebenarnya Harith sedang beratur... tapi aku tak nak macam ibu bapa lain yang begitu excited nak ambik gambar sampai menganggu pulak...

Ni lepas konvo kelaparan... nak belikan sarapan awal pagi tak nak... kata teacher nanti bagi... akibatnya tengok tu ... macam tiga hari tak makan.

Bersama papa the mentor & idol


Ni ngan Pak Tam dia... Pak Tam dia pun saiz macam papa... cuma dia lebih waraq.


Ini dengan Mak Tam dia... Mak Tam dia memang sayang sangat kat dia... siap belikan KFC lagi. Yela Mak Tam dia tak ada anak kecik... so memang dari kecik Mak Tam manjakan dia.

Tahun depan Harith akan bermula persekolahan sebenar ... Papa & Mama harap Harith akan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Taat kepada perintah Allah, papa & mama, teacher dan hormat kepada semua orang serta berakhlak mulia. .... Amin.

Khamis, 5 November 2009

TERBELI JUGAK HONDA ACCORD

Inilah rupa Honda Accord aku....
Semuanya dah ketentuan Tuhan. Yang tidak dijangka kadang2 terjadi juga... macam Som sebelum raya hari tu terbeli Ixora. Aku memang teringin nak beli Honda Accord tapi macam tak mampu... takut kena ikat perut... tapi kerana kebijaksanaan jurujualnya dan desakkan Harith akhirnya terbeli jugak aku Honda Accord.
Inilah rupa Honda Accord aku... tu la nak trade-in Honda Stream aku sayang pulak... so ambikla satu lagi.

Tercapailah hajat nak beli Honda Accord... dapat pulak harga yang berpatutan... 90k tawar2 dapat 88k. Harith memang suka sangatla... sampai nak tidur dengan kereta baru.
Tengok tu.... punyalah suka siHarith dengan kereta Honda Accord remote controlnya... jangan mare ye....

Isnin, 2 November 2009

ADUHAI MURIDKU

Kegagalan murid dalam sesuatu peperiksaan seringkali guru dijadikan salah satu faktur penyebab. Mereka menganggap pihak dan sekolah dan guru-guru tidak berusaha untuk membantu murid-murid untuk lulus sebaliknya jika mereka lulus dengan cemerlang nama guru-guru dan pihak sekolah sering dilupakan.
Kat sekolah aku pelbagai program dilakukan untuk membantu murid lulus seperti latihtubi, gerak gempur, citra bahasa, sentuhan pentadbir, mohon restu,pecutan terakhir dan pada pagi ini seramai 126 calon SPM telah dibawa ke Savannah Hill Resort untuk satu program Kecemerlangan Bahasa Melayu. Program ini adalah salah satu program psikologi agar murid appreciate guru-guru dan cuba untuk membuat yang terbaik. Savannah Hill Resort adalah resort di atas tanah tinggi di mana suasananya tenang dan privacy dan diharapkan mereka dapat menginggat fakta-fakta penting seterusnya dapat menjawab dengan baik semasa peperiksaan. Walau pun aku tak terlibat secara langsung tetapi sifat keakuan perlu dalam sesebuah organisasi.
Selepas waktu persekolahan jam 1.15 petang kami berempat bertolak ke Savannah Hill melalui jalan lama. Kita orang memang tak tau lokasinya... dan perjalanan memakan masa kira-kira sejam. Kita orang sampai kira-kira jam 2.15 petang dan melawat persekitaran yang indah... cuma tak ada swimming pool. hKawasan memang cantik... mendamaikan... western style... tapi tak ada pan4ai atau swiming pool. Ada swiming pool kecik... 4 orang bukda dah penuh. Kalau tak boleh buat hari keluarga.
Macam Salem High Country... Murid-murid sedang khusuk mendengar ceramah...
Balik... kita orang lalu high way baru Senai - Pasir Gudang - Desaru. Bila siap keseluruhannya... perjalanan dari Kulai ke Desaru tak sampai sejam.

Sabtu, 31 Oktober 2009

BOWLING... BOWLING...BOWLING

Pagi ini jam 6.00 pagi aku dah bangun walaupun hari Sabtu. Aku tidur rumah Som malam tadi coz balik dinner mama dah tidur so malas nak kacau lagi pun Harith belum puas dengan sepupu-sepupunya. Dah jadi kebiasaan keluarga Wak Manah, bila balik mesti ada bontrot... so Som bontritkan aku mee goreng gitu. Aku terpaksa balik awal pagi kerana ada pertandingan boling suka-suka antara staf... so pandai tak pandai main ajelah...
Pagi-pagi pak supir dah jalankan tugas... senyum ceria walau pun belum mandi lagi. Kontrol macho...
Ke kiri JB/ S'pore ke kanan KL/Melaka.
Kenderaan tak banyak sebab awal pagi lagi.

Inilah bangunan IOI Mall di mana pertandingan boling akan dilangsungkan pagi ini... tapi mana dia orang ni... hampeh betullah dia orang... kata pukul 10.00 start... ni aku sampai kul 9.30 tak de orang lagi... bila nak pendaftaran. Aku dah terbiasa awal... memang tak suka buat orang menunggu dan tak suka menunggu. Ealier is better than punctual. Pendaftaran peserta sedang dijalankan... ha.. sepuluh ringgit aje 3 game... sewa kasut percuma... makan tengahari percuma. Dapat towel lagi... Aksi bakal juara... gaya mau biar orang ngeri tengok. Awal-awal dah pilih bola yang lubangnya besar... boleh masuk jari..
Hadiah untuk mata terendah adakan? Ada harapan dapat....! Lontaran seorang juara... strike! strike! alamat sebatang je tumbang... nasib baik tak masuk longkang. Ini mesti sebab kasut longgar ni... biasa ok je... Sempat possing lagi... bersama Pn. Sinat Ara dan Cikgu Zamri. Eh... dapat jugak hadiah kategori pemain paling sporting... ok tuuuuu. Jumlah mata temapat ke 13 dari 17 peserta lelaki. Okla tak dapat corot. Oh tak sangka... kategori berpasukan dapat naib johan. Aku kira menyumbang mata jugak...
Mereka yang selalu membantu aku... kerja tak berkira. Berjumpa lagi di tahun hadapan.

DECO DAN DINNER

Petang Jumaat lepas sembahyang siap-siap nak gi Persada Johor kerana ada pemeran deco/hiasan rumah. Mama memang minat tengok benad-benda macam ini aku pun apa lagi... layannnnnnnnnn. Sampai Persada Johor cari parking dan aku ni selalu memang ada ong tempat parking so dapat parking betul-betul depan pintu masuk. Orang tak berapa ramai macam kalau PC Fair sampai susah nak jalan. Tengok kejab lepas tu aku ajak Harith ke KFC... Mama terus tengok pameran.Harith ngan mama sedang melayan KFC... lepas makan KFC kita orang gi rumah Som. Hujan pulak tu... dah tentu jalan sesak. Perjalanan yang sepatutnya hanya setengah jam dah jadi sejam. Itu pun sebab celok jalan Larkin kalau lalu Tampoi dua jam belum tentu sampai. Aku cuma nak tumpangkan Harith dengan mama kat rumah Som coz aku ada dinner kat Restoran Merdeka.Ni aku ngan best friend... Cikgu Kamal... dia Pen. Kanan Hal Ehwal Murid. Dia ni kalau memekik seluruh sekolah boleh dengar... dia ni jaga disiplin murid... kutuk mengutuk tu biasa bagi kita orang.
Yang lelaki ni pengetua aku... orang kuat Lembaga Peperiksaan M'sia. Nampak kecik tapi berpengalaman. Masa belum jadi pengetua kira geng la... kutuk mengutuk... rupanya sampai jadi pengetua masih sama kutuk mengutuk tapi kita orang close. Yang perempuan ni pen. kanan 1 atau pentadbiran. Dia ni orang Parit Punggur... kenal dengan Wak Rom... ni pun kuat gurau dan kutuk mengutuk.
Wah Azirul... macam sepadanla... boleh tunjuk mak kat Kedah no...
Masing-masing serius nampak... lapar kot... tunggu pengetua berucap kejap ye...........
Entah apa yang melucukan... semua tergelak... ada kumpulan SEPAH kot... atau Nabil. Lu fikir la sendiri...
Lepas makan... sesi fotografi... bersama staf lelaki.

Bersama staf perempuan... perempuan lebih ramai dari lelaki.
Ni antara orang yang selalu membantu di sekolah iaitu Devi Anuratha dan Pn. Tuan Saripah Nor Riha binti Tuan Jaafar.












Selasa, 27 Oktober 2009

Lepas percubaan dan macam lepas SPM

Korang tengoklah anak murid aku yang bakal menghadapi SPM pertengahan oktober...
Dari 29 pelajar yang datang 15 orang.
Waktu rehat aku biasanya tak turun ke kantin. Aku duduk kat bilik seni yang berada di tingkat 4. Biasanya lepas habis kelas baru aku turun ke ofis aku.
Ini pemandangan sekolah aku dari depan bilik seni. Yang ada khemah2 tu sebab tengahari ni ada program 1 Malaysia. Ada persembahan dan makan2. Makan lagiiiiiiiii......


Inilah kebun sayur pekerja2 swasta ( pembersihan ) di ambil dari tingkat 4... bilik seni.