Selasa, 17 November 2009

KONVO TADIKA IMAN

Pagi minggu 15 Nov 2009 bersiap seawal jam 5.30 pagi kerana bersiap untuk Konvokesyen Tadida Iman di mana Harith belajar. Diam tak diam dua tahun Harith belajar di tadika itu. Alhamdulillah dah lancar baca rumi dan jawi , boleh mengira, boleh baca beberapa ayat lazim, boleh solat dan beberapa kemahiran lain.Walau pun tak excellence tapi okla... kalau aku yang panas baran mengajar belum tentu berjaya.

Inilah gambar anak bujang aku yang akan menerima sijil hari ini. Like father like son.
Apalah nasib kamera ada problem... so tak banyak gambar dapat diambil.
 
 Masa sebenarnya Harith sedang beratur... tapi aku tak nak macam ibu bapa lain yang begitu excited nak ambik gambar sampai menganggu pulak...

Ni lepas konvo kelaparan... nak belikan sarapan awal pagi tak nak... kata teacher nanti bagi... akibatnya tengok tu ... macam tiga hari tak makan.

Bersama papa the mentor & idol


Ni ngan Pak Tam dia... Pak Tam dia pun saiz macam papa... cuma dia lebih waraq.


Ini dengan Mak Tam dia... Mak Tam dia memang sayang sangat kat dia... siap belikan KFC lagi. Yela Mak Tam dia tak ada anak kecik... so memang dari kecik Mak Tam manjakan dia.

Tahun depan Harith akan bermula persekolahan sebenar ... Papa & Mama harap Harith akan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Taat kepada perintah Allah, papa & mama, teacher dan hormat kepada semua orang serta berakhlak mulia. .... Amin.

1 ulasan: