Isnin, 6 September 2010

LAWATAN KE ANGSANA

Hari ini 27 Ramadhan 1431 dan hamya tinggal 3 hari lagi berpuasa. Orang-orang kota pun dah ramai yang sampai ke kampung halaman terutama yang masih mempunyai emak dan bapak. Aku tak tau lagi samada esok atau lusa nak balik kampung. Tengok keadaanla... Pagi ini dalam jam 9.00 pagi keluar rumah menuju ke Angsana...  memang tunggu saat akhir... sebelum puasa memang dah melawat dah. Ni kira nak cari persiapan terakhirla... lagi pun malas berasak-asak so rasanya hari ini dah tak ramai orang. Sampai Angsana memang belum bukak lagi...terpaska menunggu le...



















Inilah kompleks membeli belah Angsana yang menjadi tempat favorite kami shoping.

Tangan siapakah itu... apa-apa hal parking dulu.

Ini bukan nak order sarapan pagi... tapi duduk menunggu pintu dibuka.

Guard baru nak buka pintu automatik.

 Suasana masih lengang.

Sementara menunggu mama bershoping... aku layan Harith main boling.
Kopak le RM8.00... orang pertama main pagi ini.

 
Gaya cam pro... tapi baling banyak ke longkang dari yang sampai ke pin.

Selepas main boling kita orang turun cari mama dan entah macam mana turun guna tangga biasa. Nak dijadikan cerita bila sampai anak tangga terakhir kaki aku tersangkut dan jatuh tertiarap... ya ampun sakittt juga lutut dan pinggang aku... sakit memang sakit tapi maluuuuuuuuuuu yang teramat... nasib baik belum ramai orang. Tak sempat nak suruh Harith snap gambar aku masa tertiarap. Kata orang "sudah jatuh ditimpa tangga...dihempap buah kelapa tercium taik ayam". Aku terus gi kat keta... lepak... Ini boleh jadi modal lawak kat kampung ni.
Bila mama sampai kami mpun balik dan singgah Hyper Market Kulai... nak bayar Wish ngan  kad kredit kat CIMB. Lepas tu balik rumah layan mata... terjaga kul 4.00 baru solat zuhor...and  update blog.


Ahad, 5 September 2010

MAIN BUNGA API PRA-RAYA

Malam ni baru berkesempatan Harith dan anak-anak jiran sebelah rumah bermain bunga api. Pagi tadi main PS2. Walaupun duduk sebelah rumah masing-masing sibuk dengan aktiviti persekolahan dari pagi hingga hampir senja. Nak bermain pun tiada kesempatan dan badan dan penat. Bila cuti persekolahan bermula barulah mereka berkesempatan bermain bersama so malam ni dia orang main bunga api. Harith main bunga api stok tahun lepas. Jomlah layan gambar jerrr....












 Zaman kanak-kanak hanya sekali... kegembiraan anak kegembiraan
 kita... tapi kena pantau tak boleh dibiarkan mereka bermain
 tanpa orang dewasa.

ISU SOSIAL YANG BUKAN SENSASI LAGI

Monyet lebih baik dari mereka yang buang bayi.

Jumaat, 3 September 2010

MAJLIS PERPISAHAN DAN HARI TERAKHIR SEBELUM CUTI PERSEKOLAHAN

Hari ini Jumaat 3 September 2010 bersamaan 24 Ramadhan 1431 merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan semester kedua. Cuti persekolahan in selama seminggu dan ditambah seminggu cuti berganti sempena perayaan hari raya aidil fitri. Seperti biasa jam 6.35 pagi keluar dari rumah.
Harith dan siap untuk ke sekolah.

Pada hari kebetulan merupakan hari terakhir seorang rakan guru iaitu Mr Hiew Yit Ngee yang akan bersara mulai hari esok. Satu majlis diadakan untuk meraikannya. Pada hari ini kebetulan pula giliran aku berucap di perhimpunan mingguan. Pada hari Isnin perhimpunan mingguan tidak dapat dijalankan kerana murid-murid tingkatan 5 sedang menjalani peperiksaan percubaan SPM.


Perhimpunan di Dataran Harmoni.

 
"Kepada murid-murid tingkatan 3 dan 5... jangan terlalu ghairah menyambut aidil fitri kerana peperiksaan PMR dan SPM akan tiba tidak berapa lama lagi. Buatlah latihan dan ulangkaji....bla...bla...bla"
Pesanan dari Guru (berbadan) Besar.


Ucapan pengetua En. Zainal bin Mesran.

 
Ucapan dari yang diraikan Mr Hiew Yit Ngee.

Persembahan dari murid-murid untuk memeriahkan majlis.

Sesi fotografi dengan guru-guru.


 
Acara simbolik... menaiki SUV  mengelilingi Dataran Harmoni dan
seterusnya dihantar pulang ke rumah.

Selepas majlis ini murid-murid Islam berkhatam Al-Quran sementara murid-murid bukan Islam menjalankan program "Nilai Murni". Kira-kira jam 11.30 pagi murid-murid barbaris dilaluan pejalan kaki untuk bersalaman dan bermaaf-maafan dengan guru-guru sempena aidil fitri.
Tangan dihulur berjabat mesra... kemaafan dipinta semoga sejahtera.


Bersama  GPK HEM berbaju biru, Pengetua berbaju hijau
dan Guru Kanan Teknik dan Vokesional.
Kepada semua diucapkan
Selamat Hari Raya
Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin.


Ahad, 29 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA AMAL

Pada 27 Sept. 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431 kat sekolah aku buat majlis berbuka puasa amal bagi mengumpul dana un tuk menaiktaraf surau sekolah. Setiap sebuah meja dijual dengan harga RM 60.00 dan RM 20.00 daripadanya adalah untuk dana menaiktaraf surau. Hidangannya sederhana namun yang penting adalah untuk mengumpul dana. Antara menunya adalah ikan siakap sweet n sour, telor puyuh masak sambal, udang masak lemah dengan kacang panjang, air bandung, teh "o" ais, karipap dan kuih koci.



Persiapan sedang dilakukan.


Suasana majlis berbuka puasa.

POT LUCK BERBUKA PUASA ZON SELATAN

Aku ngan Som cadang nak buat berbuka sama-sama kat rumah kakak di Kota Tinggi. Tahun ini kakak jadi hostla... tahun lepas setiap rumah buat. Tahun cam sibuk gitu... so decice rumah kakak pada pot kita orang. Hari Sabtu yang ditetapkan kebetulan sekolah ganti so agak terkocoh kacah jugakla tapi dapatlah juga menyediakan beberapa menu. Bergerak dari Tmn Kulai Utama lebih kurang jam 6.15 dan sampai di Tmn Kota Jaya jam 7.05. Som and family dah sampai seawal jam 4.00 petang. Jom layan gambar.










Antara menu yang disiapkan untuk dingap sebentar lagi...

Antaranya ialah pecal, ayam goreng kunyit, asam pedas ikan parang dan mee hailam dari tuan rumah.  Rendang daging dan ikan  kembong sambal mentah dari Tmn Bukit Mutiara. Ayam ungkep, sambal goreng jaworld, sambal udang petai, dan paru-paru goreng dari Kulai. Selain itu kuih tako, murtabak, sardin rool, muffin serta tembikai. Ditambah dengan air tembikai, teh tarik, teh "o" panas, dan cocktail F&N hijau. Aku biasala... bila dah banyak menu... tak tau nak makan mana satu... ada yang tak dapat dirasa coz perut ana sudah penuhlaa... Alhamdulillah... masyaallah.

 







Persiapan akhir sebelum berbuka.

Makan...makan...tambah biar cepat beso...

Acara tapau menapau... entah le bila nak makan...


Cik Som control ramping. Tahan nafas tu...

Host bersama cucu perempuannya.

Lebih kurang jam 10.30 family aku n family Som pun balik....
jumpa lagi di aidil fitri. Host baru pasang lampu lap lip.