Harith dan siap untuk ke sekolah.
Pada hari kebetulan merupakan hari terakhir seorang rakan guru iaitu Mr Hiew Yit Ngee yang akan bersara mulai hari esok. Satu majlis diadakan untuk meraikannya. Pada hari ini kebetulan pula giliran aku berucap di perhimpunan mingguan. Pada hari Isnin perhimpunan mingguan tidak dapat dijalankan kerana murid-murid tingkatan 5 sedang menjalani peperiksaan percubaan SPM.
Perhimpunan di Dataran Harmoni.
"Kepada murid-murid tingkatan 3 dan 5... jangan terlalu ghairah menyambut aidil fitri kerana peperiksaan PMR dan SPM akan tiba tidak berapa lama lagi. Buatlah latihan dan ulangkaji....bla...bla...bla"
Pesanan dari Guru (berbadan) Besar.
Ucapan pengetua En. Zainal bin Mesran.
Ucapan dari yang diraikan Mr Hiew Yit Ngee.
Persembahan dari murid-murid untuk memeriahkan majlis.
Acara simbolik... menaiki SUV mengelilingi Dataran Harmoni dan
seterusnya dihantar pulang ke rumah.
Selepas majlis ini murid-murid Islam berkhatam Al-Quran sementara murid-murid bukan Islam menjalankan program "Nilai Murni". Kira-kira jam 11.30 pagi murid-murid barbaris dilaluan pejalan kaki untuk bersalaman dan bermaaf-maafan dengan guru-guru sempena aidil fitri.
Tangan dihulur berjabat mesra... kemaafan dipinta semoga sejahtera.
Bersama GPK HEM berbaju biru, Pengetua berbaju hijau
dan Guru Kanan Teknik dan Vokesional.
Kepada semua diucapkan
Selamat Hari Raya
Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin.
Namun bukan ini ya
BalasPadamucapan Rasis daripada seorang pengetua di Kulai
yang menjadi kontreversi di media itu.
Rupa2nya kat sekolah Tuan ada dua orang yang sama saiz, mesti kawan rapat tu!
Msom: Bukan 2 orang tapi 3 orang yg sama saiz. Ucapan rasis dari pengetua sekolah isteri saya.
BalasPadam