Isnin, 30 November 2009

CAMERON HIGHLANDS 30 NOV 09

Pagi ini bangun pagi solat subuh dan sambung tidur kejab coz sejuk... dan bangun semula bersiap untuk gi sarapan di restoran Strawberry Park. Voucher untuk 2 orang... so untuk Harith kena bayar RM 23.35. Kalau kat warong banyak tu boleh cover untuk 3 orang. Makanan dia biasa aje macam kat hotel lain jugak nasi lemak, bubur, roti bakar, roti canai, cocktail, sup steamboat dan ada le beberapa menu lain. Cuti sekolah... memang ramaila yang menginap di Strawberry Park.

Nikmatilah kesegaran teh Cameron Highlands...mmmm... segar!!!

Wanita dan bunga...

Lapan tahun yang lalu... baru lepas kahwin... kita orang honeymoon kat Cameron Highlands jugak... ini kira honeymoon kali kedualah....

Berlatarbelakangkan kawasan pertanian yang subur menghijau....

Asyik bergambar dengan bunga aje...........

Mmmmm... sedapnya aiskrim Malaysia strawberry... sebatang sehinggit jerrrrrrrr....
 
Inilah rupa aiskrim Malaysia strawberry... rasanya macam iceblended...

Pekan Brinchang yang sibuk dengan pelancong dalam dan luar negeri...

Stesyen teksi pekan Brinchang...

Di hadapan hotel penginapan... ni Harith nak pegi mandi swimming pool.

Di bahagian receiption hotel...

Kolam renang dia dalam bangunan... tak la luas sangat... lebih kurang 20' X 40' je... boleh le...

Di sekitar kawasan hotel....

Ini ialah pasar malam Tanah Rata... pasar malam ni setiap hari ada...

Jeruk Penang ni memang favorites mama... aku suka gak... paling suka buah salak.

Kuah rojak Mak Be tak dapat ke 3 botol sepuluh... eh mana duit pulak ni...

Ok tak sunglass niii... sunglass ok... orang ko... murah ni sepuluh hinggit jerrr...

Tu dia... banyaknya sunglass... pilih...pilih...gruantee original dari Siam...

Mama nak pilih keronsang pulak... mana nak pilih ni... semua cantik... aku kalau pakai keronsang emas dengan permata/mutiara pun orang kata pasar malam jugak... alang2 betul2 beli pasar malam punya..

Tu diaaaaaaaaaa.... banyaknya.

Kalau dah namanya budak... mainan jugak yang menjadi minatnya... so inilah saja catatan untuk hari ini... esok insyaallah bersambung... dah pukul 11.54 malam dah.

Ahad, 29 November 2009

CAMERON HIGHLANDS 29 NOV 09

Pagi ni lebih kurang jam 9.30 pagi, kami sekeluarga bertolak dari Tmn Seri Gombak dengan Proton Perdana WNU 1010 yang dipinjam khas dari Datuk Tumirin. Kami melalui Jln Duta menuju Lebuh Raya PLUS ke arah utara. Perjalanan lancar dan kami tiba di exit Tapah lebih kurang jam 12.00 tengah hari dan memulakan pendakian. Kenderaan yang turun agak banyak dan aku memang memandu agak perlahan. Sampai Strawberry Park Resort lebih kurang jam 1.45 petang. Aku ingat boleh terus check-in tetapi rupanya check-in pukul 3.00 petang so kami melawat dulu Strawberry Kasimanis dan sempat makan pancake + icecream + strawberry.

Sedapnya makan icecream .....

Tengah makan tuuu... makan ajela... nak possing lagiii
Inilah bendalah yang kami makan... lempeng + icecream + strawberry ajeeee... bolehla...

Dikelilingi pokok-pokok hiasan dan bunga-bungaan...

Apa yang dibualkan dua beranak niiiiiii.... koyo yok-yok oo
Lepas ni kita orang gi ke Healty Strawberry Farm pulak... kawasan dia lebih besar dari Strawberry Kasimanis

Eh... eh... Mat Bunga sorang ni... pantang nampak lensa kamera...

Inilah rupa buah strawberry... bagi aku cuma cantik tapi rasanya lebih sedap rambutan/jambu madu/ciku dan lain-lain buah-buahan tempatan.

Melaram di hadapan Proton Perdana pinjam...

Ala... mama pun nak melaram jugak ke.... inilah catatan hari pertama di Cameron Highland... mata pun dah mengantuk... pukul 11.00 dah ha... tengok tu gambar bawah dua beranak sedang dibuai mimpi sejak jam 8.45 malam.


Esok catatan hari kedua... tungguuuuuuuuuuuuuuuuu

Isnin, 23 November 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL/PUTRAJAYA

21 November 2009 ( Sabtu ) bermulalah cuti akhir tahun sesi persekolahan 2009. Bagi guru yang tidak menjadi pengawas peperiksaan SPM masing-masing pulang ke akmpung halaman utara, timur dan barat.
Aku telah merancang satu lawatan sambil belajar ke KL/Putrajaya pada hari pertama cuti persekolahan.
Seawal jam 2.00 pagi seramai 33 oarang murid bersama 7 orang guru telah berkumpul di sekolah dan bertolak pada jam 2.30 pagi menaiki bas yang disewa khas. Destinasi pertama ialah masjid Putrajaya  selain melawat sekitar Putrajaya peserta lawatan akan mandi dan menukar pakaian. Bagi yang beragama Islam mereka akan solat subuh. Jam 7.45 mereka telah siap berpakaian untuk sesi penggambaran.

Bergambar di hadapan masjid Putrajaya,


Di hadapan Bangunan Pentadbiran Putrajaya.


Di hadapan air pancut di dataran Putrajaya.


Bersama Bahrin junior

Bersama guru pengiring iaitu Cikgu Kamal, Cikgu Azri, Cikgu Sallehuddin dan Cikgu Saiful Nizam.

Bersama Puan Sinat Ara ( berbaju pink ) dan Pn. Hjh Norizah
( berbaju biru )

Membelek-belek jam tangan branded.
 
Di puncak menara KL.

Menonton dokumentari menara KL.


Di ruang legar Aquaria KLCC.

Ni kalau budak hard-core elok kalau campakkan kat akurium pirana ni.

Tiga bujang senang... masing-masing tunjuk macho.

Ewah budak ni dah belajar jual minyal urat daaa.........

Bujang aku pun nak tunjuk macho jugakkkkk....

Bersantai di pantai Pulau Redang....

Baik aku layan perut lagi best... tak payahla Jusmate5...

Kalau dah borring pun... janganlah buat mulut macam tuuuu.... buruk benor.
Serius nampak Pn Hjh Norizah ni...

Destinasi kedua akhir .... Muzium Negara.

Pegi naik bas... ingat balik nak naik keretapi.
Destinasi terakhir ialah MINES... tapi dah tak larat nak bawak kamera.
Setakat inilah catatan Lawatan Sambil Belajar Ke KL/Putrajaya.