Isnin, 23 November 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL/PUTRAJAYA

21 November 2009 ( Sabtu ) bermulalah cuti akhir tahun sesi persekolahan 2009. Bagi guru yang tidak menjadi pengawas peperiksaan SPM masing-masing pulang ke akmpung halaman utara, timur dan barat.
Aku telah merancang satu lawatan sambil belajar ke KL/Putrajaya pada hari pertama cuti persekolahan.
Seawal jam 2.00 pagi seramai 33 oarang murid bersama 7 orang guru telah berkumpul di sekolah dan bertolak pada jam 2.30 pagi menaiki bas yang disewa khas. Destinasi pertama ialah masjid Putrajaya  selain melawat sekitar Putrajaya peserta lawatan akan mandi dan menukar pakaian. Bagi yang beragama Islam mereka akan solat subuh. Jam 7.45 mereka telah siap berpakaian untuk sesi penggambaran.

Bergambar di hadapan masjid Putrajaya,


Di hadapan Bangunan Pentadbiran Putrajaya.


Di hadapan air pancut di dataran Putrajaya.


Bersama Bahrin junior

Bersama guru pengiring iaitu Cikgu Kamal, Cikgu Azri, Cikgu Sallehuddin dan Cikgu Saiful Nizam.

Bersama Puan Sinat Ara ( berbaju pink ) dan Pn. Hjh Norizah
( berbaju biru )

Membelek-belek jam tangan branded.
 
Di puncak menara KL.

Menonton dokumentari menara KL.


Di ruang legar Aquaria KLCC.

Ni kalau budak hard-core elok kalau campakkan kat akurium pirana ni.

Tiga bujang senang... masing-masing tunjuk macho.

Ewah budak ni dah belajar jual minyal urat daaa.........

Bujang aku pun nak tunjuk macho jugakkkkk....

Bersantai di pantai Pulau Redang....

Baik aku layan perut lagi best... tak payahla Jusmate5...

Kalau dah borring pun... janganlah buat mulut macam tuuuu.... buruk benor.
Serius nampak Pn Hjh Norizah ni...

Destinasi kedua akhir .... Muzium Negara.

Pegi naik bas... ingat balik nak naik keretapi.
Destinasi terakhir ialah MINES... tapi dah tak larat nak bawak kamera.
Setakat inilah catatan Lawatan Sambil Belajar Ke KL/Putrajaya.


1 ulasan:

  1. Tuan, sy sudah lama mencari guru kesayangan saya Puan Sinat Ara. Sy amat gembira kerana dapat melihat gambarnya di dalam blog Tuan. Saya amat berharap agar dapat kembali menghubungi beliau. Besar harapan saya sekiranya Tuan dapat sampaikan salam penuh kasih sayang saya buat Puan Sinat Ara. Minta jasa baik Tuan jua untuk saya dapatkan sumber bagi menghubungi beliau. email saya : fadillahanimariff@gmail.com.

    BalasPadam