Sabtu 10 Julai 2010 hari yang dinanti-nantikan untuk bertemu family Kak Lah. Sedari pagi Harih asyik bertanya pukul berapa Abang Hafeez nak sampai... berapa jam lagi walau pun dia belum tahu selama mana sejam. Hari ulangtahun ke 7 Harith adalah pada 9 Julai 2010 hari Jumaat.Setiap tahun hari ulangtahun Harith hanya di sambut kami tiga beranak. Tiada acara di hotel atau di restoran ternama. Cukup sekadar mengingati sahaja dan memotong kek untuk kegembiraanya. Atas kehendak Harith agar acara memotong Kek harijadi dibuat pada hari Sabtu kerana nak bersama Abang Hafeez. Biar pun sekali sekala berjumpa namun hubungan Harith seperti begitu akrab. Saat yang dinantikan akhirnya sampai. Kak Lah and family sampai lebih kurang jam 5.45 petang... so acara memotong kek dilakukan semasa minum petang.
Hanya inilah kek hari jadi Harith... tiada kek 4-5 tingkat, atau kek istimewa Mummy Gee.
Tiup lilin Rith...semoga anak papa sihat, panjang usia, berakhlak mulia
dan menjadi anak yang soleh...berjaya kehidupan di dunia dan akhirat.
Hanya juadah minum petang.
Yang sama-sama meraikan.
Sedang kita orang makan-makan...minum-minum... tiba-tiba bekalan elektrik terganggu dan mengganggu minum petang kita orang. Sebenarnya pihak TNB memang telah memberi notis bahawa gangguan bekalan elektrik akan berlaku dari jam sembilan pagi hingga lima petang namun kira-kira jam 2.30 petang bekalan telah pulih. Ingatkan dah oke... spoil betul.... maka berlilinlah nampaknya...gelap dan panas. Bekalan elektrik pulih dalam pukul 8.20 malam ketika sedang menyiapkan makan malam. Hidangan simple... nasi putih, pecal, ayam kari, ikan pindang, ikan terubuk masin, sambal belacan dan buah tembikai. Selepas makan malam ngobrol kejab dan dalam jam 10.30 malam zzzzzzzzzz.
Esok pagi minggu lepas sarapan gi pasar tani dengan Kak Lah. Kalau dah rezeki memang tak kemana...tak pernah kat pasar tani Kulai ada biji ranti...hari tu pulak ada biji ranti so aku borong. Lepas tu cari petai dengan tempe.
Menu tengahari tumis biji ranti, bobor daun ranti, ayam goreng, ikan goreng dan sambal belacan. Lepas zuhor family kakak dengan family Som datang...Harith memang sukalah jumpa sapupu-sepupunya.
Lanzs family
Sesi ngobrol.
Saat yang tak menyeronokkan... pamit...
Sempat posing... sama rendah sama besar...
Bye...bye... Som & family... see you...
Di hadapan Kulai Hyper Market... Kak Lah cari otak-otak gulung.
Kak Lah & family bersiap untuk memulakan perjalanan pulang ke KL...hu..hu..huu...jumpa lagi..
Dua hari bersama... maaf kerana layanan tidak sempurna... ditakdirkan black-out... Tanty pulak terlibat dengan perkhemahan di sekolahnya... harap tidak serik... dan dijemput datang lagi di lain masa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan