Rabu, 14 Julai 2010

TERINGAT KERETA PERTAMAKU

Sejak zaman persekolahan  aku memang berciti-cita ingin memiliki kereta sendiri. Aku selalu melukis gambar-gambar kereta keluaran terbaru. Aku amat meminati lukisan karya Zainal Buang Husien dalam majalah Gila-Gila. Beliau amat gemar melukis gambar kereta samada dalam bentuk realistik atau karikatur. Selepas SPM aku masih terus melukis iaitu selepas membantu arwah abah di kebun . Biasanya selepas balik dari kebun, aku akan mandi dan selepas itu pergi ke surau di hadapan rumah untuk melukis. Arwah abah agak tidak gemar melihat aku hari2 melukis. Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal lukisan tapi pasal kereta. Tahun1995 aku masuk ITM dan grad 1989. Selepas itu aku bekerja sebagai designer di KL. Oleh kerana pada masa tersebut keadaan ekonomi meleset (melecet)... gaji yang kecil tidak memungkin aku dapat membeli kereta sendiri... apatah lagi hidup di KL.Tiga tahun menjadi designer di KL akhirnya aku bertekat untuk memohon KPLI dan Alhamdulillah sekali mencuba terus diterima. 1994 aku dihantar berkhidmat ke Lawas, Sarawak. Selama hampir 3 tahun aku hanya mampu memiliki kapcai Suzuki RC80. Jun 1997 guru senior dari semenanjung diluluskan perpindahannya ke semenanjung. Dia mempunyai kereta Datsun 120Y dan tidak ingin membawanya balik ke semenanjung kerana telah menempah kereta Proton Wira baru. Kesana kemari sebelum tarikh perpindahannya mencari buyer keretanya. Dia ingin menjual keretanya dengan harga 12k. Sehingga hampir tarikh perpindahannya... kereta tersebut belum dapat dijual. Aku saja melawak dengan cikgu-cikgu yang lain"Kereta macam tu mana ada orang nak harga 12k... kalau setakat 8k tu boleh jugak aku fikirkan.". Esok cikgu tersebut berjumpa aku dan menawarkan keretanya kepada aku dengan harga 8k. Aku serba salah...dah terlepas cakap. Fikir punya fikir aku cn akap "Kalau ada bank nak bagi 100% loan aku nak". Kalau dah jodoh tak kemana... esoknya dia beritahu MBF Finance boleh beri 100% loan.... alamak lagi lah aku tak boleh lari... fikir punya fikir aku pun setuju... maka Datsun 120Y berwarna merah menjadi milik aku.

Inilah kereta pertama aku...asalnya warna coklat...
kemudian cikgu tersebut tukar merah dan bila jadi milik aku...
aku tukar jadi kuning.

Jun 1998  permohonan perpindahan ke semenanjung diluluskan. Aku memang berhajat nak bawak balik kereta ku ni. Kalau aku jual mesti orang mintak murah2 aje... so aku bawak balik ajelah...walaupun pada tahun tersebut kementerian tidak dapat membayar bayaran perpindahan namun aku bawak jugak kereta aku dengan tambang Maskargo sebanyak 2k ditanggung sendiri... kereta aku naik kapalterbang sehari awal dari aku. Bila aku mendarat LTAB Subang.... abang ipar Datuk T menunggu dan menghantar aku ke Maskargo untuk mengambil kereta. Aku pun memandu kereta tersebut balik ke Johor.

Aku ditempatkan di Kulai/Kulaijaya iaitu di SMK Sultan Ibrahim. Tempat baru bagi aku namun aku mudah menyesesuaikan diri di tempat baru. Aku mendapat geng baru seperti Hamzah, Yusri, Roslan, Sallehuddin, Yazid, Rabiah dan termasuk Astanty yang kini jadi wife aku. Aku seakan jadi leader dia orang. Mereka menerima aku. Ok... balik kepada kereta aku. Di sekolah tersebut, guru bujang yang ada kereta  adalah aku sorang walau pun kereta lama. Kereta aku jadi macam kereta wakaf. Kereta tu pun jadi transport untuk kita orang gi main bowling, gi Carefour, Giant, Pantai Lido, perkhemahan, dan sebagainya. Apa yang aku suka kat kereta tu ialah pengurusannya mudah, enginnya simple, dan tak pernah rosak di perjalanan... namun yang kurang menariknya aku tak berani bawak kereta tersebut untuk jalan jauh. Senang cakap setakat JB-Kulai-Pt Sulong-Muar- Kota Tinggi-Desaru.

Di hadapan rumah sewa.

Bila dah di semenanjung mulalah tambah sikit2 aksesori. Di kalangan family mereka lebih senang menggelar kereta aku "KAREPEH" bermaksud "Biarkan' atau "CEMPLANG" bermaksd "Tak Sedap'. Tulisan itu ditampal pada cermin hadapan dan belakang. Aku ni memang gila-gila sikit. Exzos pasang besar walau pun tak lari laju. Spotlight, radio degung2, stereng kayu, spotrim dan sebagainya.


Gambar ketika "Kehmah Ibadat" di Pantai Tanjung Balau.

Tahun 2001, tak ingat bulan berapa terasa tak boleh jalan jauh walau pun ada kereta. Terlintas nak tukar kereta yang lebih baik. Kebetulan ada seorang cikgu dari Kelantan amat berminat dengan kereta aku  dan setelah tawar menawar cikgu tersebut sanggup membeli kereta aku dengan harga 4.5k... dan bawa balik Kelantan untuk dijadikan teksi sapu. Berpisahlah aku dengan kereta "CEMPLANG" aku.

4 ulasan:

  1. Yin...keta "Cemplang" tu kan..dulu kalau naik kena pasang kipas bateri kan..hehehhehehe....

    BalasPadam
  2. Dah cantik sangat Tempalete blog ni. Elok dikekalkan dahulu rasanya. Rasa sejuk dengan percikan hujan itu.

    BalasPadam
  3. Nab: Yg guna kipas tu keta kawan aku prg Benut... keta "cemplang" walaupun buruk ekonnya sejuk. Diakui oleh Mek Kelate.
    Msom: TQ atas pandangan/komen/ulasan anda. Saya amat sukan baca ulasan/komen. baru semangat nak update selalu.

    BalasPadam
  4. susah dulu senang kemudian kanns.. nostalgianyerr .. nice story

    BalasPadam