Selasa, 7 Disember 2010

PERTUNJUKAN VESPA DAN VOLKSWAGEN ANTIK DI KULAI HYPERMARKET

Petang jemput Tanty kat SMK Sultan Ismail.. Balik drive agak laju kerana nak buat pemeriksaan kesihatan percuma kat hypermarket belakang rumah aku. Dalam nak cepat jalan pulak jem coz ada kemalangan 4 buah kereta sondol menyondol. Lepas dari tu baru leh speed. Sampai hypermarket dlm kul 4.30 ptg. Aku turunkan Tanty dan aku cari parking baekkkkkk punya.


Rupanya ada pemerankereta volkswagen lama dan vespa lama. Ada gak pameran motor berkuasa besar tapi tak kuasa nak jalan.

Kereta VW antik.

Ular sawa batik dan kuning.

Vespa antik.

Tanty sedang menjalani ujian kesihatan.

Jom makan...macam beragas je...benda cam ni dimakan

Ha...korang pernah jumpa tak buah di bawah tu....wong Jowo nyelokkeh "minjo" kalau orang Melayu dikenali sebagai "belinjau". Buah ni tak le sesedap buah prune, anggor atau kiwi...tetapi ia agak special coz bukan senang nak dapat. Buah ni boleh direbus dan dimakan isinya. Kalau kat Indon buah ni diketuk guna martul..dan dibuat emping. Alkisah pagi tadi aku gi pasar tani ternampak benda ni tapi belum merah2...so rasanya tak berapa "pulen"...tapi bolehla...

Ini buah dabai yang popular di Sarawak.

Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Cikgu Firzan Ali rakan cyber dari SMK Lawas, antara buah belinjau dengan buah dabai adalah berbeza tapi keduanya termasuk dalam kategori buah "nadir".

5 ulasan:

  1. Yin, martul tu apa? Ko ni guna bahasa primitif sampai aku tak paham...

    BalasPadam
  2. Martul ke Mertun...ko ni biar betul yin....FIL selu selal sebut..kalau dia cari hammer..dia panggil hammer = mertun..

    BalasPadam
  3. Betullah "martol" @hammer/tukul besi. Itu belum lagi "ganden","baji", "lengges"ect. Ada lagi "baloh" bingkai kompang,"rinjing" bakul besar untuk cuci beras masa kenduri,"telenan" = dengklik,"kalo" penapis santan diperbuat dar buluh. Cam ni na buat kamus bahasa primitif.

    BalasPadam
  4. Klau kat Sarawak nie buah yg unik seperti buah dabai.. yg peliknya cara memasak buah ini mesti di siram dgn air panas. Klau rebus berjam2 pun dia x masak( mengikut cerita org la, saya xpernah cuba pun)... rasanya jika dah masak.. boleh tahan jugak
    Sila rujuk:
    http://mesejabdul.wordpress.com/2008/10/31/dabai-buah-tropikal-sarawak/

    BalasPadam
  5. Buah belinjau ni biasanya lunjung2, ni bulat pulak eh? Mesti isinya muai sikit.

    BalasPadam