Dah hampir 4 minggu blob aku tak aku update. Kesibukkan tugas seharian. Hari ini aku 6 period mengajar... Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4. Oleh kerana 6 period... aku naik ke Studio PSV seawal 7.30 pagi selepas aku buat spotcheck murid yang tidak memakai uniform pasukan berunifom. Alhamdulillah 95% dah pakai uniform. Tahun lepas aku tawarkan siapa yang pendapatan keluarga di bawah RM1000.00 sila buat permohonan bantuan pakaian beruniform. Tak ramai yang nak memohon... ertinya mampulah untuk beli. Tahun siapa yang tak pakai memang aku tahan dulu dari masuk kelas. Buat interview... so adalah beberapa orang yang katanya tak mampu nak beli so aku basuh dululah... kerajaan nak bagi tak mau... tapi tak nak mohon. So aku bagilah uniform yang lebih dalam simpanan aku... aku harap minggu depan boleh 100% pemakaian uniform. ( kadang2 kita kena keras dengan murid...psikologi dah tak berapa boleh pakai )
Bila 6 period aku biasanya bawak laptop... so 3 period yang tida kelas bolehlah godek internet.
Nak tau apa aku ajar budak hari ini.... Tajuknya Asas Seni Reka. Penekanan kepada aspek Ton, Jalinan dan Ruang... so aku suruh pelajar lukis gambar buah-buahan. ( ini bukan macam zaman kita sekolah dulu ye... ) Sekarang ini kita kena terangkan kepada pelajar tentang aspek2 yang dipelajari. Maksud dia dan teknik penghasilannya. Sebagai guru juga kena buat demontrasi dulu... kira salah satu teknik pengajaran... so hari ini aku buat demontrasi melukis menggunakan pensil warna. Sebenarnya kalau mahir... dgn memggunakan pensil warna pun kita boleh menghasilkan karya yang menarik...
Inilah hasil demontrasi yang aku buat...
Ini lukisan aku yang belum siap... sekadar demontrasi. Kebetulan laptop aku ada kamera....
Ini gambar anak murid... jangan betulkan TV anda... gambar gelap coz tak de flash...
so cukuplah n3 aku hari ini.
tengah mengajar boleh buka internet yea.....yin tang pakaian uniform tu kan...kalau pendapatan bwah rm1000 boleh mohon..agak yang pelajar yang kau tahan tu...pendapatan rm1100 kot..adik beradikada 5 orang...so mana sama ngan orang anak sorang tapi pendatapan rm1000...camana tu
BalasPadamCANTEKNYA LUKISAN ITU, BARULAH AKU TAU, CIKGU YIN NI PAKAR DLM LUKISAN
BalasPadamdia memang pakar melukis...tapi tak pernah buatkan lukisan untuk adik dia ni tau...hehehehhehe
BalasPadamNak kata pakar lukisan tu tidak le... tapi itulah kemahiran yg aku ada...utk cari makan coz kalau nak harapkan subjek lain masa SPM... memang aku ni sederhana je... kalau masa aku relief ada studen tanya aku fasal fizik ke, bio ke, kimia, math ke... memang aku tak tau. Tapi kalau subjek PSV, BM, PI dan BI bolehla...
BalasPadamKo ni mcm aku juga lah...Aku kat skolah
BalasPadamdulu paling benci sukan. Tak suka peluh2. Skarang jadi cikgu juga. Kwn2 yg aktif sukan tak ada pun yg jadi mcm chong wei. Bnyk yg aktif sukan dh kena mcm2 pnyakit. Aku....alhamdulillah menten lagi. Umo dh 54.