Ahad, 27 Disember 2009

MISI PENANG 2

Misi ke Penang kali ini adalah untuk mengiringi anak saudara Mohd Ariff yang akan bernikah dengan Miza pada 26 Disember 2009. Aku, Kak Long serta anak, menantu dan 2 orang cucunya serta anak aku Harith bertolak dari rumah aku di Kulai pada 24 Dis 2009 jam 5.30 petang. Malam tu kami menginap di rumah Kak Noor di Seri Gombak. Awal pagi kami bersiap dan bertolak lebih kurang jam 7.15 pagi. Keluarga Kak Noor turut serta dengan menaiki Inova. Kami berehat di R & R Tapah.

Suasana di R & R Tapah sambil menikmati sarapan pagi.



Suasana di R & R Tapah.

Kesian anak aku si Harith... seliparnya tanggal pulak... terpaksa aku ikat dengan wayar... sampai Penang nanti baru belilah...

Panorama indah di kiri dan kanan lebuh raya.

Di atas jambatan Pulau Pinang.


Sampai ke Hotel Seri Malaysia lebih kurang jam 12.15. Ingat boleh terus check-in tapi bilik belum siap... hanya boleh check-in pada jam 2.00 petang. Sementara menunggu pukulu 2.00... kami makan tengah hari di Restoran Mamak.


Harith dan sepupu2 main game di bilik hotel. Yang baju merah tu cucu atuk.


Petang tu Harith dapat sandle baru... sandle lama masuk bakul sampah...

Majlis pernikahan Ariff & Miza.

Majlis persandingan Ariff & Miza.

Selepas majlis persandingan lebih kurang jam 2.30 petang kami bertolak balik ke Kulai dan sampai di Kulai lebih kurang jam 11.15 malam.

1 ulasan:

  1. Minggu ini sudah sibuk dgn meetinglah ya? Selamat kembali berjuang dalam dunia keguruan.
    Cuti selama 44 hari dirasakan begitu pantas, hari terus berlari, tanpa kita sedari, kita pun semakin tua. Maka selagi hidup, insya Allah kita tetap berbakti kepada manusia dan menjadi hambaNya yang bertaqwa.

    BalasPadam