Khamis, 28 Januari 2010

GURU ADALAH INSAN YANG HEBAT

Aku tak kata semua guru tu baik dan perfect tapi aku dah pernah jadi pemetik kelapa sawit, pekerja kontrak buat bangunan, kerja ladang ternakan ayam dan kerja sebagai pereka grafik. Last sekali aku jadi guru dan aku rasa seseorang yang hendak jadi guru perlu semangat dan iltizam yang kuat. Jangan jadi guru kalau nak jadi kaya raya walau pun ada guru yang kaya kerana membuat kerja sambilan seperti tuisyen, berniaga pasar malam, MLM dan sebagainya dan badi aku itu tak salah untuk meningkatkan taraf hidup asalkan jangan jadikan tugas guru sebagai kerja sambilan. Guru kat sekolah bukan setakat mengajar di dalam kelas tetapi guru adalah segalanya seperti jurulatih, jururawat, pemandu, tukang kebun, typist, kerani, akauntant, bill collector, along, penyanyi, dj dan sebagainya. Hari ini aku nak cerita fasal tugas sampingan guru sebagai tukang kebun. Hari ini nak sambung buat line padang kerana hari sukan pada 6 Februari ni.
Cikgu Azirul sedang mengalas tempat letak barang "Kembara" aku dengan kanvas supaya minyak hitam tidak tumpah di atas karpet. Kereta aku jugak jadi mangsa... dah terpaksa. Sebelum ada Kembara... Honda Stream aku jadi mangsa. Nak buat macam mana...
Kami terpaksa memandu sejauh lebih kurang 15 km untuk mengambil minyak hitam iaitu minyak dari kenderaan berat seperti bas, lori, jentolak dan sebagainya di sebuah bengkel kenderaan berat area Kelapa Sawit. Minyak terpakai dari kenderaan ini lebih pekat dan sesuai untuk dijadikan line padang. Cikgu Mahathir sedang mengelap minyak yang tertumpah di atas tong agar tidak terkena kereta aku diperhatikan oleh Cikgu Megat.
 
Cikgu Azirul mengangkat tong minyak ke dalam boot kereta.

Di padang QM yang terdiri dari murid-murid India membantu menolak alat pembuat garisan.

Inilah yang aku katakan guru tu hebat. Bukan "masuk bakul angkat sendiri" tapi kenyataan. Ni dah jam 6.15 petang bini aku belum sampai rumah kerana menyiapkan kerja-kerja perkeranian di sekolah. Lebih terror dari kerani yang memang kerani.









3 ulasan:

  1. cikgu serba boleh.....tahniah yea....kerana memajukan anak bangsa.
    Kat sekolah anak2 aku..4/3 ni buat sukan kat stadium , sebab kawansan padang dah mengecil didirikan makmal komputer dan blok tambahan...tak ada padang nak buat sukan....so kena sewa stadium

    BalasPadam
  2. Guru adalah segala-galanya. Sesiapa yang sanggup jadi guru, maka mereka harus sanggup memikul tanggungjawab berat (termasuk mengangkat tong gas).

    BalasPadam
  3. Betul tu msom. Hanya guru sahaja yang tahu dan faham tugas guru... yang malangnya bila bila seseorang guru naik pangkat ke PPD ke... JPNJ ke... KPM ke... mereka terus lupa bebanan tugas semasa di sekolah. Mereka akan turut sama mengarah... menambah beban dan sebagainya kononnya semasa mereka seorang guru mereka adalah guru yang excellence. Seperti "durian lupakan kulit".

    BalasPadam