Isnin, 1 Februari 2010

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU

Jumaat malam Sabtu lebih kurang pukul 10.00 malam sampai ke rumah Kakak Kota. Mek dah sampai bersama Abang Berahim dan Syafik. Tengok pelamin dah siap, telur dah direbus dab cenderahati dah dipacking.
Bini aku sedang membantu membungkus krepek ubi sebagai salah satu item dalam beg goodies.
 Abang pengantin selaku wakil tuan rumah sedang melayan internet. Lepas tu family Gee sampai... dan aku pun terlelap.

Gee dan Mek sedang memasukkan telur rebus ke dalam sarung bunga telur.
Family Enab sampai dalam pukul 10.00 pagi hari Sabtu.

Wahhhh........ dah jadi dah bunga poho....
Lori nak pasang kanopi dah sampai...

Lapan jenis air untuk para jemputan dah sampai... cincau, asam boi, milo, tembikai, oren, laicee, tembikai susu dan cikong. Anak2 sedar exited jadi tukang ceduk.
Yaaaaaa.... ini dia lapan jenis air sedia untuk diminum.

Lauk pauk pun dah sampai... nasi baryani, daging masak baryani, ayam masak merah, dalca daging, pencuk, bubur pulut hitam, limau dan dadih... sungguh menyelerakan.
Bersembang dengan Mak Saudara yang masih ada dan sepupu.
Majlis makan beradat atau makan berdamai ... gitu le... time sanding tak sempat nak snap gambar... sibuk layan tetamu.

Oleh kerana cuaca panas terik... so inilah yang tinggal
Kerusi meja pun dah kemas... Mek pun dah nak balik.



Ini dia kalau dah Jawa ini satu kemestian... berkat atau bontrot... ape2 ajela...
Ini aku punya.... dan...

yang ini pun aku punya gak... siap songlap jambu batu lagi... sure balik memang tak masak.

Itulah n3 aku dari 29-31 Januari di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi sempena perkahwinan anak sedara aku Mohd Ariff bin Anuar dan Miza. Bagi yang masuk 4 series kecuali Mama Miraki... yang menyeronokkan adalah berjumpa adik beradik, saudara mara. Masa perjumpaan adik beradik merupakan suatu tang dinanti-nantikan selain hari raya dan hari keluarga. Apa yang paling mendukacitakan ialah.... suspen.... gambar aku yang macho... tak ada ...huah ( 10 X .... nangis le tu ) Itulah nasih fotographer. Kalau nak tengok gak gambar aku yang macho... bukalah blog Mammi Gee atau Mama Miraki...zassss layannnnnnnnnnnnnnnnnnnn

















3 ulasan:

  1. BERKAT tu kena ubahlah bang. Telur rebus ganti EPAL. Nasi ganti Buah Potong. Ya lah kempen SIHAT kena buat. Barulah org kita sihat dan kuat.

    BalasPadam
  2. Kalaulah boleh terima... terutama generasi lama. Kenduri kahwin jgn buat nasi baryani ke nasi minyak ke dan yg sewaktu dgnnya.
    Kita buat nasi tawar ( beras taj-mahal ), lauk ikan rebus atau singgang je...ayam pun rebus... ulam-ulaman. Ikan gereh x boleh nanti darah naik...seafood pun x boleh nanti gout... gruantee satu Parit Sulong ngutuk.

    BalasPadam
  3. nasib baik ada bahan bukti yg aku banyak buat kerja kat rumah kakak kan...hehehhe

    BalasPadam