Hari ke 8 Syawal. Pagi-pagi dah bersiap untuk hantar Harith ke sekolah. Sekolah rendah dah start sekolah hari ini dan esok. Sampai sekolah Harith budak cam x ramai jerrr. Lepas hantar Harith... gi kedai sarapan dulu. Pagi2 cuma ada nasi lemak ngan roti canai so bedal nasi lemak telor ngan teh O ais. Bila bayar agak terkedu jap... aku ingat x lebih RM 3.00 rupanya RM 3.50. Apalah sangat nasi lemak ngan telor + teh O ais. Bayar jelahhhhhhhhhhh.
Sampai rumah kumpulkan bil... iaitu bil letrik, bil air, bil telefon, bil streamix dan bil astro. Semuanya RM320.20 tunai. Oleh kerana tangan aku kena gout... aku ajak Mama hantarkan aku ke pejabat pos. Pastu gi pasar beli beras, telor, santan kelapa, cili boh, ikan bilis dan sebagainyala... Pagi ini studen Mama form 4 nak datang berempat dan siap order "Cikgu saya nak makan nasi lemak"... so layanla.... Sampai rumah studen tu dah sampai. Lepas turunkan Mama dan Harith aku gi klinik dan cucuk... bisa wa cakap luuuuuuuuu. Kena RM 27.00.
Sampai rumah tolong Mama kejab pastu masuk bilik rehat... mata dah mula bengkak.... alergic ubat tahan sakit.
Mata yang bengkak mengurangkan kemachoan ku....
Ha...makan-makan nasi lemak cikgu. Boleh laku tak kalau berniaga...?
Satu nilai murni di kalangan bangsa Cina ialah adat membawa
buah tangan bila berkunjung ke rumah orang. Hadiah dari murid...
bukan nilai RM yang menjadi ukuran tapi keikhlasan hati
...... buat cikgu kesayangan.
Bukak cikgu... terima kasih buat murid Mama.
Bekas pelajar dah kawin dan dah dapat anak...
..... kira pangkat datuk dan nenekla.....
Dalam kul 11.30 bekas pelajar Mama datang beraya. Boleh dikategorikan sebagai "Pelajar Mithali" kerana baik budi pekerti, berdikari dan cemerlang dalam akademik. Dua beradik Zamri dan Azura. Azura pernah jadi baby sitter Harith semasa bibik balik Indon sebulan untuk urusan visa. Zamri lulusan USM dah jadi guru dan kini menyambung pelajaran peringkat sarjana dan Azura baru menamatkan KPLI dan akan posting di SMPKV Indahpura.
x student cikgu tanty je yg dtg, student cikgu besar x dtg ke? nampak sngat tak fofular....hahaha
BalasPadamTau x pe... studen cikgu beso x berani nak datang.
BalasPadamcikgu beso garang sangat...murid pun takut nak dtg braya....apa lagi nak bagi hadiah...hehehe
BalasPadamEvery teacher got approach to teach the studen. Actually teacher is a normal person and got the own identity. Teacher also got a mood and own charector. BUT the objective are same to produce an excellence person.
BalasPadamSelamat kembali bertugas dengan dunia keguruan yang penuh dengan cabaran.Hadapilah ia dengan penuh kesabaran dan kecekapan.
BalasPadamTingkatkan prestasi, kurangkan kontreversi
salam aidilfitri cekgu wong khoolai tewww..
BalasPadam