Sabtu, 25 September 2010

OPEN HOUSE BERMULA

Hari ini sekolahn ganti. Masa cuti seronok tapi bila nak ganti malas yang "amat". Kehadiran murid hari ini amatlah kurang sekadar 50% jerrr. Ada beberapa kelas terpaksa digabungkan kerana hanya 7 orang murid. Aku masuk kelas pun sekadar menjaga murid agar terkawal dan tidak ada yang melanggar disiplin. 12.30 tengahari murid dan guru sesi pagi dibenarkan balik. Hari ini Harith tidak bersekolah coz Jumaat dan Sabtu lepas dia orang bersekolah.
Kul 12.45 aku keluar sekolah dan singgah TASKA ambil Harith dan balik rumah. Tengahari ini ada "open house" so tunggu Cikgu Mahathir jemput untuk pegi bersama-sama. Sampai rumah Sya'ri ( host open house ) sedang menyusun juadah... so duduk2 dulu. Bila siap aku merupakan orang pertama makan... wow... mables ... dah la memang tengah lapar dapat makanan yang memang sedap. Antaranya nasi baryani, ayam masak baryani, dalca dan pencuk. Menu kedua lemang mables + rendang daging jugak...lembut dan sedap. Menu ketiga laksa Johor. Ditambah dengan puding cocktail.

Nasi baryani ayam.

Lemang

Laksa Johor

Puding cocktail

Mmmmm...nyam...nyam...











Nota : Gambar-gambar di atas diambil dari internet. Tak kan nak snap-snap kat rumah orang tapi kira setarafla...

4 ulasan:

  1. terliur aku tengok nasi beryani tu, masa bulan puasa ada lah 2 kali aku beli nasi beryani, tapi lauknya tak kena, tak macam nasi beryani gam batu pahat, walau pun dia tulis nasi beryani selera johor..

    BalasPadam
  2. ini kira tipu la... bukan gambar sebenar... len kali selamba jer...

    BalasPadam
  3. Ha yin ni tak aci tau, ingatkan mmng menu kt umah kawan kau.

    BalasPadam
  4. Memang bukan gambar menu kat rumah kawan aku tapi rasa dia memang standard. Nasi baryani menambah...lemang dia nampak padat tapi lembut. Tak yah cicah rendang pun dah sodap.

    BalasPadam