Aku pun tak tau habit aku ni... dulu SPM 1981 BM setakat dapat C5 jerrr...tapi kadang2 suka menulis. Dulu zaman typewriter aku pernah buat cerpen bertajuk "Rumah Tinggal Embah" dan tak tau kat mane aku simpan cerpen tu. Adik dan kakak aku ada yang baca cerpen tu dan dia orang kata cite menarik sebab cite tu adalah kisah benar dan membongkar sesuatu yang selama ini dia orang tak tau...ar
Beberapa tahun kebelakangan ni aku suka menulis komen di akhbar iaitu di ruangan "surat dan email" dan aku rasa seronok kalau tulisan aku disiarkan... bukan dapat royalti/payment pun tapi ia satu kepuasan.
Sikap aku satu lagi ialah suka menegur kalau rimas atau tak kena di mata aku. Kadang2 kalau aku drive dan nampak budak2 ( belum ada IC ) naik basikal secara merbahaya cam angkat roda depan dan aksi2 stunt... memang aku sound. Aku pernah tegur budak sekolah agama berebut makanan kat gerai di Kempas. Member aku siap pelik dan sound aku balik "Biarla bang...bukan murid kita". Entahla... aku tegur bukan kerana aku ni "like good" tapi aku nak kalau "anak" aku buat yang tak betul...orang lain yang nampak boleh tegur. Kan dalam Islam ditekankan "Hablumminallah" iaitu hubungan kita dengan Allah swt. dan "Hablumminannas" iaitu hubungan kita sesama manusia.
Ok berbalik kepada tajuk "surat dan email" sebenarnya banyak jugak komen aku disiarkan di akhbar Berita Harian...antara nama2 samaran aku ialah siswazah terkilan, Guru DG41, pelanggan low profile tapi sekarang aku guna nama Wong Khoo Lai. Masa di Sarawak dulu aku guna nama terubuk bakar dan terubuk masin iaitu isu tiada bayaran perpindahan untuk guru pindah ke Semenanjung.
Dalam n3 kali ini aku uploadkan tulisan2 yang telah diterbitkan di akhbar. Sebenarnya banyak lagi tapi tak sempat beli surat khabar so tak boleh simpanla...
Pernah aku komen Maybank Kulai kerana tidak mesra pelanggan... tapi hari tu tak sempat beli surat khabar hari tu... ni kisah stafnya yang nak memperbodoh aku kerana aku datang pakai t'shirt lusuh dan berjeans serta berselipar kerana nak ambik bank statment.. Bila aku perkenalkan diri aku ( bukan berlagak tapi terpaksa ) baru nak mintak maaf. Kerana masih tak puas hati so aku tulisla kat paper. Bila keluar dalam paper kecoh Maybank Kulai. Boss HQ siap call aku... boss wilayah selatab call aku...boss Kulai call aku. Hari tu semua staf kena mengadap boss wilayah selatan. Boss Kulai mintak maaf...siap ajak aku berbuka puasa ( kebetulan bulan Ramadhan ), offer aku kad kredit dan personal loan. Nak jadi cerita orang yang aku sound adalah husband kawan Tanty.
Aku rasa ( perasan aku le ) aku bukanlah orang yang berlagak tapi kalau orang nak berlagak dengan aku 10X berlagak la aku... ( tak baik kan aku ).
Kerana habit... aku akan terus menulis kalau ada isu2 baek punya....ok...
Tak semestinya yg tak kena dimata kita,juga tak kena dimata orang lain......mgkn pada dia ok apa.Aku pun pernah kena tegur kat tabung haji zaman aku anak2 dara dulu, aku pakai seluar ketat paras lutut dgn x bertudung.maklum ler dulu aku kan cun melecun.Rupa2nya kalau kita nak berurusan dgn org biar ler berpakaian kemas......
BalasPadam