Isnin, 15 Februari 2010

KUARTERS POLIS PARIT BUNGA

Hari Isnin lebih kurang pukul 10.00 pagi ke Muar hantar kakak ipar dan anaknya ke stesyen bas Muar. Mereka nak balik ke KL naik bas pukul 11.00 pagi. Dah terlanjur ke Muar terasa nak singgah kuarters baru tempat abang Brahim bertugas.
 Di hadapan kuarters baru... Pondok Polis Parit Bunga.

 Harith bersama Cik Mek di hadapan pejabat Pondok Polis.

Kons. Mefah sedang bertugas di kaunter. ( Part time )

BERCUTI DI RUMAH BARU

Hari Sabtu 13/2/2010 lebih kurang pukul 4.15 petang aku, isteriku Tanty dan anak aku Harith bertolak dari Tmn Kulai Utama menuju ke Pt Yaacob untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina. Masuk aje highway lalu lintas agak sesak dan perlahan. Terniat nak masuk semula jalan lama melalui exit Sedenak tapi rupanya ada kereta rosak dan lalu lintas ok semula. Kali ini isteri aku drive coz aku belum begitu stabil kerana baru keluar wad hari Khamis lepas.
Sampai Pt Yaacob lebih kurang jam 6.15 petang dan yang dah sampai Anjang, Along, Gigi dan Melin isteri Razak.
Inilah jalan Kg Parit Yaacob.

Inilah rumah baru adik ipar aku si Razak yang 90% siap... tetapi sekadar istana hinggap di hujung minggu dan cuti kerana bertugas di Pejabat Daerah Johor Bahru sebagai ADO.

Pandangan dari anjung rumah... halaman rumah yang luas.

Tandas dan bilik air yang dibina berasingan dengan rumah seperti yang digalakkan dalam Islam... rumah di bandar memang terpaksa rumah dan tandas dalam satu binaan.

Ahad malam Isnin diadakan majlis tahlil dan membaca surah Yassin. Selepas itu jamuan BBQ dan steamboat.

Bersama rakan karib menyediakan api untuk membakar ikan, udang, ayam dan kentang.

Antara bahan-bahan untuk steamboat... sotong, udang, ayam, sosej, kangkong, sotongball, cendawan, dan lain-lain yang tak tau nak nyebutnya... yang pastin untuk dingappp. Selain yang ada dalam gambar... ada karipap, kueh lompang, nasi goreng kampung, coktail, coke, air oren dll.

Ikan, ayam dan sotong yang bakal menerima nasib kena bakar.

Ya... mari...mari... ikan bakar... made in Air Hitam... pasti menjilat jari kaki...
Berjemaah, bertahlil dan berselawat....

Acara ngap-ngap merupakan agenda yang memang ditunggu-tunggu..
Tengahari hari Isnin acara membahagikan berkat nasi ambang  ke seluruh kampung Pt. Yaacob.
Antara menu serunding kelapa, gesek jelentir, sambal goreng, mee goreng dan ayam masak kicap.
Semuanya tempah... kita orang tinggal bedal  jerrrr...

Inilah yang dapat diceritakan dalam n3 kali ini... satu percutian menambah berat badan. Duduk hospital turun 1kg... keluar hospital naik 4 kg lagi.... betul-betul holiau..

Khamis, 11 Februari 2010

SERVIS BADAN

Tajuk n3 aku mungkin pelik tapi aku rasa sesuai... selalu kita servis kereta kita so tubuh badan nkita perlu diservis jugak. Hari Isnin lepas aku mintak balik awal dari pengetua coz ada appoinment dengan doktor pakar kat Klinik Kesihatan Bukit Liki. Aku balik rumah dulu mandi dan solat pastu pakai T'shirt' dan track bottom dan pergi klinik. Belum pukul 2.00 masa tu tapi dah ramai orang. Aku tanya kat kaunter samada doktor pakar ada atau tidak. Dia orang kata doktor pakar dah balik ada mesyuarat. Hampeh betul... dah dia cakap mesti sampai pukul dua... dah mesyuarat pulak. Petugas ka kaunter kata doktor biasa ada so aku pun amik no... pehhhh "144". Lebih kurang kul 3.00 ptg sampaila turn aku... so aku pun story kat doktor... doktor check bp aku dia kata tinggi 170/120. Pas tu aku tunjuk lutut aku dia kat dia. Medmang lutut aku agak merening kilat. Dia tanya aku ada ke buat apa2 pemeriksaan so aku storyla appoinment aku dgn doktor ortopedik selama empat jam pas tu dengan selambanya dia kata "Encik ni ada gout"... dah memang  le aku ada gout.
Pastu doktor ni check tempreture badan aku ... dan bacaannya 38.7 dan confirm aku demam. Pastu dia suruh aku gi makmal buat pemeriksaan darah. Dahhhhhhh kena cucuk pulak.... bukan sakit sangat tapi ngeri tengok jarum.
Lepas dapat result doktor kata aku kena hantar ke HSA, JB. Laaa....nak kena tahan pulak. Aku pun call bini aku yang tengah sibuk kat padang walaupun dia tak sihat tapi terpaksa uruskan murid-murid kat padang jugak coz dia ketua. Aku call kawan aku untuk amik kereta aku. Lebih kurang kul 4.30 ptg ambulan hantar aku ke HSA, JB bersama seorang nurse.
Gambar hiasan saja tapi bentuk dia cam ni le....

Sepanjang perjalanan bunyi le siren ambulan... cam VIP semua kenderaan memberi laluan. Perjalanan memakan masa 25 minit dan terus ke bahagian kecemasan. Pas pendaftaran aku pun dihantar ke wad barat 2 katil 7.  .... ini ke katil aku... wad 3... dengan pelbagai jenis pesakit. Lepas tu datang le doktor dan jururawat check bp dan ambik darah... akbik darah lagiiiiiiiiii. Tak lama lepas tu Som sampai ... adik ipar kau siRazak pun sampai.... anak sedara aku Lan pun samapai dan lepas tu bini aku ngan anak aku Harith sampai. Inilah kali pertama bini aku drive sampai HSA... pengalaman baru. Bila dah terdesak... terpaksa memberanikan diri. Terima kasih isteriku. Oleh kerana waktu melawat dah tamat mereka pun pulang so... tinggallah aku terbaring... kerap kali doktor dan nurse datang check bp dan bagi ubat.
Malam tu lebih kurang jam 10.00 lebih dua orang petugas hospital tolak katil ke bahagian x-ray. dia orang x-ray lutut dan dada aku... lebih kurang 1/2 jam dia orang hantar aku balik ke wad 3....

Esok pagi 9/2/2010 katil aku ditolak ke wad 2. Katil pesakit tak berapa banyak... keadaan baik sikit dari wad 3. Yang membezakan wad 3 makan guna tray... wad 2 makan guna pinggan di atas dulang...

Waktu melawat tengahari pengetua aku En. Zainal, GPK 1 Pn Hjh Norizah, GPK Hem Cikgu Kamal, dan orang-orang kuat aku Cikgu Mahathir, Cikgu Megat, Cikgu Azirul, Ustazah Rozzana dan CC datang melawat. Terima kasih atas keprihatinan dan setiakawan.

Selepas mereka balik aku panggil nurse dan buat komplin. Aku kata bukanlah aku  nak berlagak atau sebagainya... tapi aku tau hak aku sebagai penjawat awam kategori A aku layak dapat 1st class. Kalau atas alasan 1st class penuh aku consider tapi kalau bilik 1st class hanya diberi kepada orang luar yang membayar... aku tak boleh terima dan aku akan panjangkan ke pihak atasan. Lepas tu nurse tu aku nampak nurse tu call seseorang. Tak sampai setengah jam nurse tu datang balik dan katakan aku akan dipindah ke bilik 1st class selepas minum petang. Kesimpulannya kalau aku tak gertak memang tak akan diberinya aku bilik 1st class walaupun kosong.

Waktu melawat petang Kakak dari KT datang bersama Faiz. Tak lama lepas tu isteri dan anak kesayangan datang disusuli dengan adik ipar Razak. Selepas makan aku dipindahkan ke katil 24 1st class.
Lan sampai selepas itu. Bila tamat masa melawat mereka semua pun balik Sebelah katil aku di katil 23 juga seorang guru dari SMK Taman Daya yang menghidap sakit tulang belakang.

10/2/2010 hari Rabu seawal jam 6.30 pagi... Cikgu Hamsari bersama anaknya yang bekerja di HSA sebagai nurse melawat aku. Terkejut jugak aku... anyway terima kasih Cikgu Hamsari di atas keprihatinan anda.
Pagi tu seperti biasa doktor dan nurse amik bp dan bagi ubat. Aku tanya result ujian darah yang diambil semalam... dia kata belum siap lagi... mungkin esok.

Inilah katil 24 di wad 1st class... bersama isteri dan anak kesayangan aku.

Yang membezakan 1st class dgn 2nd dan 3rd class  memanglah nyata... bukan nak demand tapi nak keselesaan. Bilik hanya dua katil, ada TV, tandas dekat, berhawa dingin dan bersih. Makanan dihidang lebih baik dan diwrapped plastik. Yang agak lucu aku lihat menu sarapan... wad kelas 2 dan kelas 3 dibagi roti dengan scramble egg tapi rotinya tidak dibuang kulit sementara di 1st class roti dgn butter dan bleuberry jam... kulit roti siap buang dan diwrapped. Setaraf Puteri Specialist.

Kesimpulannya "Salah ke aku menuntut hak aku...?".

Tengahari Hj. Kamaruddin, Cikgu Mohyi, Cikgu Mohd Nor Azri dan Cik Nor Azlin datang melawat. Petang isteri dan anak kesayanganku datang... kemudian Razak dan Som datang.

11/2/2010 hari Khamis... seperti biasa doktor dan nurse datang amik bp dan tanya itu ini. Aku tanya result ujian darah... dia kata bonjol kat lutut aku memang akibat gout dan tak perlu di bedah. Dia akan beri aku anitbiotik dan ubat kurangkan uric asid. Aku tanya boleh keluar ke petang ni... dia kata kena tunggu seorang lagi doktor. Kalau bp aku ok... boleh discharge.

Pukul 2.00 nurse kata aku boleh discharge... so aku pun semangat berkemas. Yela... walau macam mana cantik katil hospital... cantik dan selesa lagi katil kat rumah...

Pukul 4.45 petang isteri dan anakku datang, berkemas dan balik ke Taman Kulai Utama..... seronok dapat bersama family semula. Alhamdulillah.... jangan le sakit lagi...

TERIMA KASIH KEPADA ISTERI TERSAYANG, PERMATA HATIKU ABBY IDDIN HARITH, KAKAK, ADIK-ADIK, ANAK SAUDARA, RAKAN-RAKAN GURU DI SMK KOTA KULAI, JIRAN, KAKITANGAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JB. I LOVE YOU ALL.


Isnin, 1 Februari 2010

HASIL KARYA MURID 4UUM

Inilah murid-murid 4 UUM sedang melukis + bersembang + usik-usik kawan





Contoh-contoh karya murid yang agak baik... walau pun tak sampai tahap cikgunya tapi untuk murid tingkatan 4 boleh dikira baik.

Ini n3 aku selepas tamat kelas.
.

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU

Jumaat malam Sabtu lebih kurang pukul 10.00 malam sampai ke rumah Kakak Kota. Mek dah sampai bersama Abang Berahim dan Syafik. Tengok pelamin dah siap, telur dah direbus dab cenderahati dah dipacking.
Bini aku sedang membantu membungkus krepek ubi sebagai salah satu item dalam beg goodies.
 Abang pengantin selaku wakil tuan rumah sedang melayan internet. Lepas tu family Gee sampai... dan aku pun terlelap.

Gee dan Mek sedang memasukkan telur rebus ke dalam sarung bunga telur.
Family Enab sampai dalam pukul 10.00 pagi hari Sabtu.

Wahhhh........ dah jadi dah bunga poho....
Lori nak pasang kanopi dah sampai...

Lapan jenis air untuk para jemputan dah sampai... cincau, asam boi, milo, tembikai, oren, laicee, tembikai susu dan cikong. Anak2 sedar exited jadi tukang ceduk.
Yaaaaaa.... ini dia lapan jenis air sedia untuk diminum.

Lauk pauk pun dah sampai... nasi baryani, daging masak baryani, ayam masak merah, dalca daging, pencuk, bubur pulut hitam, limau dan dadih... sungguh menyelerakan.
Bersembang dengan Mak Saudara yang masih ada dan sepupu.
Majlis makan beradat atau makan berdamai ... gitu le... time sanding tak sempat nak snap gambar... sibuk layan tetamu.

Oleh kerana cuaca panas terik... so inilah yang tinggal
Kerusi meja pun dah kemas... Mek pun dah nak balik.



Ini dia kalau dah Jawa ini satu kemestian... berkat atau bontrot... ape2 ajela...
Ini aku punya.... dan...

yang ini pun aku punya gak... siap songlap jambu batu lagi... sure balik memang tak masak.

Itulah n3 aku dari 29-31 Januari di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi sempena perkahwinan anak sedara aku Mohd Ariff bin Anuar dan Miza. Bagi yang masuk 4 series kecuali Mama Miraki... yang menyeronokkan adalah berjumpa adik beradik, saudara mara. Masa perjumpaan adik beradik merupakan suatu tang dinanti-nantikan selain hari raya dan hari keluarga. Apa yang paling mendukacitakan ialah.... suspen.... gambar aku yang macho... tak ada ...huah ( 10 X .... nangis le tu ) Itulah nasih fotographer. Kalau nak tengok gak gambar aku yang macho... bukalah blog Mammi Gee atau Mama Miraki...zassss layannnnnnnnnnnnnnnnnnnn