Isnin, 15 Februari 2010

BERCUTI DI RUMAH BARU

Hari Sabtu 13/2/2010 lebih kurang pukul 4.15 petang aku, isteriku Tanty dan anak aku Harith bertolak dari Tmn Kulai Utama menuju ke Pt Yaacob untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina. Masuk aje highway lalu lintas agak sesak dan perlahan. Terniat nak masuk semula jalan lama melalui exit Sedenak tapi rupanya ada kereta rosak dan lalu lintas ok semula. Kali ini isteri aku drive coz aku belum begitu stabil kerana baru keluar wad hari Khamis lepas.
Sampai Pt Yaacob lebih kurang jam 6.15 petang dan yang dah sampai Anjang, Along, Gigi dan Melin isteri Razak.
Inilah jalan Kg Parit Yaacob.

Inilah rumah baru adik ipar aku si Razak yang 90% siap... tetapi sekadar istana hinggap di hujung minggu dan cuti kerana bertugas di Pejabat Daerah Johor Bahru sebagai ADO.

Pandangan dari anjung rumah... halaman rumah yang luas.

Tandas dan bilik air yang dibina berasingan dengan rumah seperti yang digalakkan dalam Islam... rumah di bandar memang terpaksa rumah dan tandas dalam satu binaan.

Ahad malam Isnin diadakan majlis tahlil dan membaca surah Yassin. Selepas itu jamuan BBQ dan steamboat.

Bersama rakan karib menyediakan api untuk membakar ikan, udang, ayam dan kentang.

Antara bahan-bahan untuk steamboat... sotong, udang, ayam, sosej, kangkong, sotongball, cendawan, dan lain-lain yang tak tau nak nyebutnya... yang pastin untuk dingappp. Selain yang ada dalam gambar... ada karipap, kueh lompang, nasi goreng kampung, coktail, coke, air oren dll.

Ikan, ayam dan sotong yang bakal menerima nasib kena bakar.

Ya... mari...mari... ikan bakar... made in Air Hitam... pasti menjilat jari kaki...
Berjemaah, bertahlil dan berselawat....

Acara ngap-ngap merupakan agenda yang memang ditunggu-tunggu..
Tengahari hari Isnin acara membahagikan berkat nasi ambang  ke seluruh kampung Pt. Yaacob.
Antara menu serunding kelapa, gesek jelentir, sambal goreng, mee goreng dan ayam masak kicap.
Semuanya tempah... kita orang tinggal bedal  jerrrr...

Inilah yang dapat diceritakan dalam n3 kali ini... satu percutian menambah berat badan. Duduk hospital turun 1kg... keluar hospital naik 4 kg lagi.... betul-betul holiau..

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah.....Tahniah, Razak dah kaya.....teringat dulu betapa susahnya Razak mengharungi kehidupan.

    BalasPadam
  2. Hidup ini ibarat roda... kadang di atas... kadang di bawah. Bila di bawah payah nak naik dan ambil masa tapi bila di atas... mudah nak ke bawah.

    BalasPadam
  3. Cantik rumah ADO kita yer. Bila nak buat kenduri kahwinnye.

    BalasPadam
  4. ooooooo cantiknya rumah tuan ADO kota yea......tulah rezeki masing2 kan.....ohhh cam ni jom kita duduk kg bina banglo cantik2......

    BalasPadam