Tajuk n3 aku mungkin pelik tapi aku rasa sesuai... selalu kita servis kereta kita so tubuh badan nkita perlu diservis jugak. Hari Isnin lepas aku mintak balik awal dari pengetua coz ada appoinment dengan doktor pakar kat Klinik Kesihatan Bukit Liki. Aku balik rumah dulu mandi dan solat pastu pakai T'shirt' dan track bottom dan pergi klinik. Belum pukul 2.00 masa tu tapi dah ramai orang. Aku tanya kat kaunter samada doktor pakar ada atau tidak. Dia orang kata doktor pakar dah balik ada mesyuarat. Hampeh betul... dah dia cakap mesti sampai pukul dua... dah mesyuarat pulak. Petugas ka kaunter kata doktor biasa ada so aku pun amik no... pehhhh "144". Lebih kurang kul 3.00 ptg sampaila turn aku... so aku pun story kat doktor... doktor check bp aku dia kata tinggi 170/120. Pas tu aku tunjuk lutut aku dia kat dia. Medmang lutut aku agak merening kilat. Dia tanya aku ada ke buat apa2 pemeriksaan so aku storyla appoinment aku dgn doktor ortopedik selama empat jam pas tu dengan selambanya dia kata "Encik ni ada gout"... dah memang le aku ada gout.
Pastu doktor ni check tempreture badan aku ... dan bacaannya 38.7 dan confirm aku demam. Pastu dia suruh aku gi makmal buat pemeriksaan darah. Dahhhhhhh kena cucuk pulak.... bukan sakit sangat tapi ngeri tengok jarum.
Lepas dapat result doktor kata aku kena hantar ke HSA, JB. Laaa....nak kena tahan pulak. Aku pun call bini aku yang tengah sibuk kat padang walaupun dia tak sihat tapi terpaksa uruskan murid-murid kat padang jugak coz dia ketua. Aku call kawan aku untuk amik kereta aku. Lebih kurang kul 4.30 ptg ambulan hantar aku ke HSA, JB bersama seorang nurse.
Gambar hiasan saja tapi bentuk dia cam ni le....
Sepanjang perjalanan bunyi le siren ambulan... cam VIP semua kenderaan memberi laluan. Perjalanan memakan masa 25 minit dan terus ke bahagian kecemasan. Pas pendaftaran aku pun dihantar ke wad barat 2 katil 7. .... ini ke katil aku... wad 3... dengan pelbagai jenis pesakit. Lepas tu datang le doktor dan jururawat check bp dan ambik darah... akbik darah lagiiiiiiiiii. Tak lama lepas tu Som sampai ... adik ipar kau siRazak pun sampai.... anak sedara aku Lan pun samapai dan lepas tu bini aku ngan anak aku Harith sampai. Inilah kali pertama bini aku drive sampai HSA... pengalaman baru. Bila dah terdesak... terpaksa memberanikan diri. Terima kasih isteriku. Oleh kerana waktu melawat dah tamat mereka pun pulang so... tinggallah aku terbaring... kerap kali doktor dan nurse datang check bp dan bagi ubat.
Malam tu lebih kurang jam 10.00 lebih dua orang petugas hospital tolak katil ke bahagian x-ray. dia orang x-ray lutut dan dada aku... lebih kurang 1/2 jam dia orang hantar aku balik ke wad 3....
Esok pagi 9/2/2010 katil aku ditolak ke wad 2. Katil pesakit tak berapa banyak... keadaan baik sikit dari wad 3. Yang membezakan wad 3 makan guna tray... wad 2 makan guna pinggan di atas dulang...
Waktu melawat tengahari pengetua aku En. Zainal, GPK 1 Pn Hjh Norizah, GPK Hem Cikgu Kamal, dan orang-orang kuat aku Cikgu Mahathir, Cikgu Megat, Cikgu Azirul, Ustazah Rozzana dan CC datang melawat. Terima kasih atas keprihatinan dan setiakawan.
Selepas mereka balik aku panggil nurse dan buat komplin. Aku kata bukanlah aku nak berlagak atau sebagainya... tapi aku tau hak aku sebagai penjawat awam kategori A aku layak dapat 1st class. Kalau atas alasan 1st class penuh aku consider tapi kalau bilik 1st class hanya diberi kepada orang luar yang membayar... aku tak boleh terima dan aku akan panjangkan ke pihak atasan. Lepas tu nurse tu aku nampak nurse tu call seseorang. Tak sampai setengah jam nurse tu datang balik dan katakan aku akan dipindah ke bilik 1st class selepas minum petang. Kesimpulannya kalau aku tak gertak memang tak akan diberinya aku bilik 1st class walaupun kosong.
Waktu melawat petang Kakak dari KT datang bersama Faiz. Tak lama lepas tu isteri dan anak kesayangan datang disusuli dengan adik ipar Razak. Selepas makan aku dipindahkan ke katil 24 1st class.
Lan sampai selepas itu. Bila tamat masa melawat mereka semua pun balik Sebelah katil aku di katil 23 juga seorang guru dari SMK Taman Daya yang menghidap sakit tulang belakang.
10/2/2010 hari Rabu seawal jam 6.30 pagi... Cikgu Hamsari bersama anaknya yang bekerja di HSA sebagai nurse melawat aku. Terkejut jugak aku... anyway terima kasih Cikgu Hamsari di atas keprihatinan anda.
Pagi tu seperti biasa doktor dan nurse amik bp dan bagi ubat. Aku tanya result ujian darah yang diambil semalam... dia kata belum siap lagi... mungkin esok.
Inilah katil 24 di wad 1st class... bersama isteri dan anak kesayangan aku.
Yang membezakan 1st class dgn 2nd dan 3rd class memanglah nyata... bukan nak demand tapi nak keselesaan. Bilik hanya dua katil, ada TV, tandas dekat, berhawa dingin dan bersih. Makanan dihidang lebih baik dan diwrapped plastik. Yang agak lucu aku lihat menu sarapan... wad kelas 2 dan kelas 3 dibagi roti dengan scramble egg tapi rotinya tidak dibuang kulit sementara di 1st class roti dgn butter dan bleuberry jam... kulit roti siap buang dan diwrapped. Setaraf Puteri Specialist.
Kesimpulannya "Salah ke aku menuntut hak aku...?".
Tengahari Hj. Kamaruddin, Cikgu Mohyi, Cikgu Mohd Nor Azri dan Cik Nor Azlin datang melawat. Petang isteri dan anak kesayanganku datang... kemudian Razak dan Som datang.
11/2/2010 hari Khamis... seperti biasa doktor dan nurse datang amik bp dan tanya itu ini. Aku tanya result ujian darah... dia kata bonjol kat lutut aku memang akibat gout dan tak perlu di bedah. Dia akan beri aku anitbiotik dan ubat kurangkan uric asid. Aku tanya boleh keluar ke petang ni... dia kata kena tunggu seorang lagi doktor. Kalau bp aku ok... boleh discharge.
Pukul 2.00 nurse kata aku boleh discharge... so aku pun semangat berkemas. Yela... walau macam mana cantik katil hospital... cantik dan selesa lagi katil kat rumah...
Pukul 4.45 petang isteri dan anakku datang, berkemas dan balik ke Taman Kulai Utama..... seronok dapat bersama family semula. Alhamdulillah.... jangan le sakit lagi...
TERIMA KASIH KEPADA ISTERI TERSAYANG, PERMATA HATIKU ABBY IDDIN HARITH, KAKAK, ADIK-ADIK, ANAK SAUDARA, RAKAN-RAKAN GURU DI SMK KOTA KULAI, JIRAN, KAKITANGAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JB. I LOVE YOU ALL.
lepas ni maintain makan menu hospital je tau... sure BP ngko tak naik lagi. Ikan rebus/stim tawar dan sayur bening tawar....heheh... boleh gitu??? biji ranti + ikan masin kena tolak tepi!!!
BalasPadamYin, kat nurse yg ngko marah tu tak nak mintak maaf ke ? .... hehhe .... ke dia dah kena transfer ke Lawas!!!
BalasPadamhehehhehe,,kecut perut kot nurse tu..maklum ler tgk "cikgu besau" ni nak mengamuk. apa-apahal pun kau memang brutel dan berani ler yin..hehehehe....lepas ni diaorang mark muka kau tau yin...hah.kalau cam ni punya selesa tak yah ler amik insuran cam aku ni kan...nak gi private hospital...
BalasPadamKesian abang Yin kita ya. Lepas ni kenalah jaga kesihatan dengan lebih ketat. Jadikanlah makananmu sebagai ubatmu, dan ubatmu sebagai maknanmu. Semoga bertambah baik.
BalasPadam