Isnin, 22 November 2010

BERMULA SPM 2010

Hari ini Selasa 23 Nov 2010... walau pun umum mengatakan guru-guru dah bercuti namun hakikatnya itu tanggapan yang salah. Seawal jam 6.00 pagi bersiap-siap untuk ke sekolah kerana hari ini bermulanya peperiksaan SPM. Calon-calon tidak boleh dibiarkan sendiri sahaja. Lazimnya ada sahaja calon yang tertinggal slip kemasukkan dan IC. Pagi ini terdapat 8 calon yang belum lagi mengambil slip peperiksaan namun Alhamdulillah semua calon membawa IC. Terdapat seorang calon Cina baru minggu lepas operation kerana masalah usus kecil. Hari ini asalnya tidak datang kerana rasa sakit bila berjalan. Setelah dihubungi barulah calon tersebut datang. Dalam hati aku dia ingat ini peperiksaan percubaan agaknya yang boleh ambil bila dah sembuh. Kalau tak datang tahun depanlah baru ambil semula sebagai calon persendirian...so pelajar tersebut dikuarantin di bilik khas dan menjawab di bilik tersebut.
Hari ini kertas BM 1 sampai kul 10.15 pagi. Kul 11.00 kertas Pendidikan Seni Visual 1 sampai kul 12.15 tgh. Petang BM 2 kul 2.00 sampai 4.30 ptg so kul 5.00 lah baru boleh balik.


 Calon-calon SPM 2010 SMK Kota Kulai.

 GPK HEM memastikan semua calon mematuhi disiplin sekolah.

Wakil calon membacakan doa selamat dan
dapat menjawab dengan tepat.
Semoga murid-muridku berjaya dengan cemerlang.

Papan tanda di luar bilik peperiksaan.

 Memohon restu guru. Calon-calon berjalan
memasuki bilik peperiksaan.


Sekian n3 pagi ini.

Ahad, 21 November 2010

NGETEH DI TAMAN KULAI UTAMA

Ketika blog ini dipublish rasanya Mummy Gee n family, Mama Miraki n family masih di perjalanan menuju ibu kota Kuala Lumnpur. Pn. Kalsom rasanya dah sampai rumahnya di Taman Bukit Mutiara JB. Mummy Gee n Mama Miraki adalah dalam sesi lawatan yang tidak dirancang ke JB dan Kulaijaya. Sebenarnya salah seorang saudara hubby Mummy dirawat di Hospital Sultan Ismail, JB dan terlanjur melawat saudaranya Mummy Gee ajak Mama Miraki ke JB. Yela...kebetulan dah cuti sekolah...boleh le ajak anak2 jumpa sepupu2 mereka.
Petang tadi dalam pukul 4.15 petang mereka sampai di kediaman Wong Khoo Lai di Tmn Kulai Utama bersama family Pn. Kalsom.  Mama Harith pun sibuk le bersilat di dapur... yela adik2 ipar, biras dan anak2 saudara nak datang. Jom layan gambar....
Antara menu-menu yang dapat disediakan.












Mee goreng udang n jemput2 sayur.


Apam balik n popia otak-otak.

Ubi godok samin yang mables n gebuzzzz...













Teh tarik n kordial  mangga. Teh 'O' x sempat
ambil gambar. Drumet n keropok lekor pun
x sempat ambil gambar.












Gambar2 ketibaan tetamu. YB Bukit Mutiara,
YB Ampang Saujana dan YB Bangi.


Selamat datang ke Villa Anggerik...

Mummy Gee n Mama Miraki sempat layan FB.


Radzuan layan fb dari hp. Possing baik punya....

Aksi macho dari Hj. Saidon.

Sepupu2... biarpun jarang bertemu namun tetap mesra.

Biar bergelimpangan... hanya seketika...kejab lagi berpisah.





Kyusuk di depan laptop.

Bersama adik-adik yang dulu selalu  dibuli...keh 10X

Possing atas Jaguh buruk Wong Khoo Lai.


Possing2 sebelum berpisah untuk seketika....

Bye...bye...jumpa lagi....




Sepi...hiba...sebentar tadi riuh... kini..sayu... sedih.



Malam sepi...
 Seharian terpaksa berjemur di luar garaj... malam bawak masuk.

Bagi melayan Harith yang kesunyian... bosan...
terpaksa mama menjadi kanak2 semula.
Antara permainan yang dimainkan....
drift kereta mini...anak beruang...hujan rintik2...
Papa...update blog atas katil.
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Ini saja n3 kali ini....


Isnin, 15 November 2010

BERUNTUNGNYA ANAK-ANAK SEKARANG

Ada dua hari lagi persekolahan...18 dan 19 November. SPM bermula 23 November. Bagi rakyat Malaysia umumnya yang bukan guru akan berkata..."Seronoknya jadi cikgu... cuti sekolah dah mula. Boleh holiday sebulan setengah".
No komen..malas nak explain. Nanti ada yg cakap kalau tak sanggup jadi cikgu, cari kerja lain...ramai lagi yang nak jadi cikgi...full stop.
N3 kali ini nak cerita hal anak bujang aku. Bila dia menduduki peperiksaan akhir tahun mak bapak dia yang risau... takut. Tahun ini memanglah dia dalam kelas terbaik...Satu Berlian. Semua murid kelas tu memang cerdik2 dan saling bersaing. Ranking dlm kelas pun tak jauh antara tempat pertama, kedua dan seterusnya. Beza peratus zero point something jeee... kalau peratus lebih rendah dari murid kelas kedua, kemungkinan kena turun ke kelas kedua memang ada... so masa nak periksa akhir tahun memang maka bapak kena study sama. Mana yang subjek teras memang boleh dibantu tapi subjek elektif cam Bahasa Arab dan Bahasa Cina... tak dapek den nak nolong. Ujian pertama dapat no 8, pertengahan tahun dapat no 6. Akhir tahun tak taula... doa aku jangan sampai kena turun kelas kedua. Bukan masuk kelas kedua dan seterusnya tak bagus namun secara umumnya guru2 pasti memberi lebih tumpuan dan harapan sekolah... namun itu bukanlah jaminan. Ianya bergantung kepada usaha seterusnya.
Sebagai bapa aku memang mengharap kejayaan anak aku. Sebagai perangsang aku janji, kalau boleh dapat no 5 sekurang-kurangnya aku hadiahkan "joy stick stereng". PS2 dah ada cuma joy stick stereng aje x de. Bila lepas satu demu satu kertas jawapan diterima.  Ada yang ok dan ada yang mencengkap dada. Memang betulla... subjek Bahasa Arab dpt 66% je... Bahasa Cina 73%. Adusssssssssssss..... boleh ke subjek lain cover % 2 subjek ni...memang risau... SiHarith apa lagi.... tawakal ajela.... dah usaha dah.
Hari2 tanya dah dpt result lum...so semalam bila jemput dari sekolah agama dia kata dah dapat dan dia kata dapat no 3. Aku cam tak percaya so aku bukak fail result...Alhamdulillah memang betul no 3 dgn pencapaian 94.8%. Syukur. Pencalonan cikgu kelas dia untuk jadi pengawas tahun hadapan pun berjaya.
Alamakkkkkkkkkkkk... dah janji nak bagi adiah so petang semalam lepas ngaji ajak gi Kulai mHypermarket tapi dah habis dah joy stick tu...so try gi Tesco...Alhamdulillah. Tanya lebih kurang, tawar2 sikit terus beli bawak balik.

Ini le kotak joy stick tu...

Ha...bukak Ris...

Ini dia yang diidam-idamkan...

Selamat memandu...

Untung la kuey Ris. Bapakmu bien wes ora rasan bendo2 koyo gono. Arek mainan yo gaweh dewek. Arek pistol yo golek pring (buluh le ), arek kapal laut yo golek pelepah sagu, arek lori yo golek papan...wes ora njalok karo bapak eh.
Wes jaman neh...nang bandar arek golek pelepah sagu nang di?  Wong jaman sak iyeh....ni result tak dapat lagi ni...sekolah agama kalau tak lulus kena tunggu darjah satu lagi....mudah2an result yang cemerlang jugak.

Semoga sejahtera, berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat...Amin.

Rabu, 10 November 2010

KELAZATAN HINGGA MENJILAT JARI

Siapa yang tak ingat tagline sebagai tajuk n3 kali ini. Rasanya budak dua tahun pun tahu ianya adalah tagline commercial KFC. Aku bukan nak promote makanan di KFC namun ada cerita di sebalik gahnya nama KFC yang mana company di mana Pn Kalsom bekerja iaitu Jcorp merupakan pemegang saham utama KFC Malaysia. 
SIL aku yang duduk kat Seri Gading setiap 3 minggu ada temujanji dengan doktor di hospital Sultan Ismail dua hari berturut. Sehari ambil darah dan sehari kimotraphy. Yela nak balik semula ke Seri Gading kira jauh jugak so di menginap di Villa Anggerik, Taman Kulai Utama. Biasa ambil darah kul 10.30 dah siap dan terus ke Kulai. Kunci rumah memang dia orang dah tahu tempat sembunyikan kunci. Selepas pukul 2.00 petang baru kita orang balik. Bila kita orang dah balik biras aku nak jumpa kawan kat Skudai...
Petang semalam Tanty masak tulang ikan masin masak lemak dgn nenas, ikan siakap kukus untuk SIL.. tambah steamboat, otak-otak n ayam goreng.
Dlm kul 9.30 malam baru biar aku balik. Kita orang pun dah masuk bilik tapi lum lelap. Inilah kisah KFC bermula. Bira aku beli KFC 4 ketul untuk Harith tapi Harith dah tidur. Oleh kerana dah berbulan-bula tak makan KFC aku cubit sikit ayan KFC...masih panas tapi kenapa tak sedap... tak macam 10 tahun dulu rasanya. Aku pun sambung tidur.
Pagi tadi bekalkan Harith 2 ketul. Balik sekolah lepas kul 2.00 sampai rumah ada dua ketul lagi KFC dah sejuk. Pukul 3.30 jemput Harith dari sekolah agama. Sampai rumah tengok container masih tak luak 2 ketul ayam KFC... so aku tanya kenapa tak makan? Dia kata tak lapar ke tak sedap ke...? Tanty makan seketul... so tinggal 3 ketul... siapa nak makan. Kucing tak bertuankah yang akan makan KFC...?

 
Ayam KFC yang suatu masa dulu menjadi makanan kesukaan
dan kebanggaan. X-tion kalau masuk restoran KFC. 

Sapa nak ada 3 ketul lagi ni...adakah ia akan dimakan nanti, esok
atau akan jadi penghuni Kak Pah atau hidangan kucing tak bertuan.
Tungguuuuuuuuuuuuuu.....

Time aku buat blok ni la... 8.00 malam... makanan yang aku rasa kalau ada time ni  pasti aku makan ialah rangin atau dangai ( Mek... kena poskan ni  Mek)...atau kerepek keladi selatah... ( Mek kena poskan lagi). Cam ne ni....berawek...tapi yang aku GGGGERRRRRAMMMMMMMMMMMMM... kenapa aku tak kurus gak.

Sabtu, 6 November 2010

PENINGKATAN TARAF HIDUP ATAU SELERA KITA YANG SEMAKIN BERKURANGAN

Tajuk n3 kali ini agak pelik tapi itulah realitinya. Di usia lewat 40-an mungkin ramai yang mengalami apa yang aku rasakan. Aku amat bersyukur di atas segala apa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada aku selama aku lahir ke dunia ini sehingga kini usiaku 46 tahun. Aku tinbggal di kampung sehingga usiaku 22 tahun dan meninggalkan kampung bila aku melanjutkan pelajaran di UiTM, Shah Alam. Selama aku tinggal di kampung, jarang sekali aku menikmati makanan yang tidak sedap. Semuanya menyelerakan. Apa saja yang dimasak oleh arwah mak, kakak atau adik semuanya sedap... termasuklah yang aku masak kerana aku memang suka memasak.

Walaupun bahan mentahnya hanya yang terdapat di sekitar rumah atau dikebun seperti  pucuk paku, pucuk ubi, daun ranti, cekur manis, betik muda, kocai, biji ranti, daun kacang panjang, daun keledek, daun labu dan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan... semua sedap. Lauknya pula kebiasaanya ikan masin tamban/bulu ayam/pisau/gelama/tengeng/kotok/kembong dan sebagainya. Makan ikan basah seminggu atau dua minggu sekali. Tengoklah bila arwah abah dapat duit jual getah, nenas atau kelapa. Ikan yang biasa dibeli ialah ikan tamban/selar/kembong yang harganya ketika itu 3 kati singgit. Kalau ada lebih sikit masyukkkk... barulah arwag abah beli ikan parang atau tengiri. Ikan lain seperti ikan merah, bawal memang tak pernah beli. Kalau jiran tanya apa lauk hari ini...so dengan bangganya cakap "Lauk endok ( telor )". Aku pun tak pasti mengapa  telor begitu istimewa bagi aku.

Arwah abah memang ada bela ayam tapi telor ayam jarang diambil untuk dibuat lauk sebaliknya ia akan diramkan hingga menetas... cuma sekali-sekala diambil dua biji kemudia arwah mak akan parut 2-3 biji kelapa yang agak muda kemudian dicampur ikan bilis, bawang merah yang telah ditumbuk dan digaul bersama telor ayam... kemudian dikepal-kepal dan digoreng. Kadang2 dibuat macam lempeng. Adala rasa telor sikit2.

Selain itu bila arwah mak dan abah pegi jemputan... antara yang ditunggu selain nasi berkat ialah telor. Biasanya kalau lelaki dapat berkat perempuan dapat telor saja. Seingat aku sebelum aku sekolah menengah... bila dapat telor sebiji akan dibelah bahagi 4 menggunakan rambut atau benang. Dia punya nikmat... sedap... lazat... makan sikit2. Ingat tak Som...Gee... Nab....

Masa merubah deria rasa seseorang... hinggalah bila tengahari tadi kami tiga beranak lunch kat luar... aku order nasi paprek ayam, Harith order nasi ayam... mama order rojak mee dan extra mee rebus. Bila dah nak bayar masih lagi telor dalam mee rojak dan mee rebus yang tak dimakan. Masing2 tak nak makan telor tersebut dan akhirnya tinggalkan. Kalau 35 tahun yang lalu ianya tak mungkin terjadi. Adakah taraf hidup kita semakin meningkat atau selera kita yang semakin menurun.

Inilah telor yang sengaja ditinggalkan kerana tak lalu untuk ditelan.
Bukan tak sedap tapi macam dah jemu...


Isnin, 1 November 2010

SAMA-SAMA INGAT MENGINGAT

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA-TANDA 100 HARI SEBELUM MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA-TANDA 40 HARI SEBELUM MATI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA-TANDA 7 HARI SEBELUM MATI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA-TANDA 3 HARI SEBELUM MATI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA-TANDA 1 HARI SEBELUM MATI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA-TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.