Isnin, 15 November 2010

BERUNTUNGNYA ANAK-ANAK SEKARANG

Ada dua hari lagi persekolahan...18 dan 19 November. SPM bermula 23 November. Bagi rakyat Malaysia umumnya yang bukan guru akan berkata..."Seronoknya jadi cikgu... cuti sekolah dah mula. Boleh holiday sebulan setengah".
No komen..malas nak explain. Nanti ada yg cakap kalau tak sanggup jadi cikgu, cari kerja lain...ramai lagi yang nak jadi cikgi...full stop.
N3 kali ini nak cerita hal anak bujang aku. Bila dia menduduki peperiksaan akhir tahun mak bapak dia yang risau... takut. Tahun ini memanglah dia dalam kelas terbaik...Satu Berlian. Semua murid kelas tu memang cerdik2 dan saling bersaing. Ranking dlm kelas pun tak jauh antara tempat pertama, kedua dan seterusnya. Beza peratus zero point something jeee... kalau peratus lebih rendah dari murid kelas kedua, kemungkinan kena turun ke kelas kedua memang ada... so masa nak periksa akhir tahun memang maka bapak kena study sama. Mana yang subjek teras memang boleh dibantu tapi subjek elektif cam Bahasa Arab dan Bahasa Cina... tak dapek den nak nolong. Ujian pertama dapat no 8, pertengahan tahun dapat no 6. Akhir tahun tak taula... doa aku jangan sampai kena turun kelas kedua. Bukan masuk kelas kedua dan seterusnya tak bagus namun secara umumnya guru2 pasti memberi lebih tumpuan dan harapan sekolah... namun itu bukanlah jaminan. Ianya bergantung kepada usaha seterusnya.
Sebagai bapa aku memang mengharap kejayaan anak aku. Sebagai perangsang aku janji, kalau boleh dapat no 5 sekurang-kurangnya aku hadiahkan "joy stick stereng". PS2 dah ada cuma joy stick stereng aje x de. Bila lepas satu demu satu kertas jawapan diterima.  Ada yang ok dan ada yang mencengkap dada. Memang betulla... subjek Bahasa Arab dpt 66% je... Bahasa Cina 73%. Adusssssssssssss..... boleh ke subjek lain cover % 2 subjek ni...memang risau... SiHarith apa lagi.... tawakal ajela.... dah usaha dah.
Hari2 tanya dah dpt result lum...so semalam bila jemput dari sekolah agama dia kata dah dapat dan dia kata dapat no 3. Aku cam tak percaya so aku bukak fail result...Alhamdulillah memang betul no 3 dgn pencapaian 94.8%. Syukur. Pencalonan cikgu kelas dia untuk jadi pengawas tahun hadapan pun berjaya.
Alamakkkkkkkkkkkk... dah janji nak bagi adiah so petang semalam lepas ngaji ajak gi Kulai mHypermarket tapi dah habis dah joy stick tu...so try gi Tesco...Alhamdulillah. Tanya lebih kurang, tawar2 sikit terus beli bawak balik.

Ini le kotak joy stick tu...

Ha...bukak Ris...

Ini dia yang diidam-idamkan...

Selamat memandu...

Untung la kuey Ris. Bapakmu bien wes ora rasan bendo2 koyo gono. Arek mainan yo gaweh dewek. Arek pistol yo golek pring (buluh le ), arek kapal laut yo golek pelepah sagu, arek lori yo golek papan...wes ora njalok karo bapak eh.
Wes jaman neh...nang bandar arek golek pelepah sagu nang di?  Wong jaman sak iyeh....ni result tak dapat lagi ni...sekolah agama kalau tak lulus kena tunggu darjah satu lagi....mudah2an result yang cemerlang jugak.

Semoga sejahtera, berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat...Amin.

4 ulasan:

  1. Kalau boleh saya nak kecik balik, nak jadi anak angkat Wong Khoo Lai, sing sugeh iki

    BalasPadam
  2. Yo ora sugih... tapi Alhamdulillah dengan pemberianNya.

    BalasPadam
  3. Haris bertuah dari satu sudut, tapi kita tak tau kesunyian dia sebab anak tunggal kan...huhuhuhuhu...tak apa Haris cuti sekolah ni layan aje stering baru tu yea

    BalasPadam