Isnin, 22 November 2010

BERMULA SPM 2010

Hari ini Selasa 23 Nov 2010... walau pun umum mengatakan guru-guru dah bercuti namun hakikatnya itu tanggapan yang salah. Seawal jam 6.00 pagi bersiap-siap untuk ke sekolah kerana hari ini bermulanya peperiksaan SPM. Calon-calon tidak boleh dibiarkan sendiri sahaja. Lazimnya ada sahaja calon yang tertinggal slip kemasukkan dan IC. Pagi ini terdapat 8 calon yang belum lagi mengambil slip peperiksaan namun Alhamdulillah semua calon membawa IC. Terdapat seorang calon Cina baru minggu lepas operation kerana masalah usus kecil. Hari ini asalnya tidak datang kerana rasa sakit bila berjalan. Setelah dihubungi barulah calon tersebut datang. Dalam hati aku dia ingat ini peperiksaan percubaan agaknya yang boleh ambil bila dah sembuh. Kalau tak datang tahun depanlah baru ambil semula sebagai calon persendirian...so pelajar tersebut dikuarantin di bilik khas dan menjawab di bilik tersebut.
Hari ini kertas BM 1 sampai kul 10.15 pagi. Kul 11.00 kertas Pendidikan Seni Visual 1 sampai kul 12.15 tgh. Petang BM 2 kul 2.00 sampai 4.30 ptg so kul 5.00 lah baru boleh balik.


 Calon-calon SPM 2010 SMK Kota Kulai.

 GPK HEM memastikan semua calon mematuhi disiplin sekolah.

Wakil calon membacakan doa selamat dan
dapat menjawab dengan tepat.
Semoga murid-muridku berjaya dengan cemerlang.

Papan tanda di luar bilik peperiksaan.

 Memohon restu guru. Calon-calon berjalan
memasuki bilik peperiksaan.


Sekian n3 pagi ini.

2 ulasan:

  1. apasal saya yang berdebor-debor mengalahkan kita lak nak masuk preksa ni..tengok foto2 bebudak sekolah tu..terkenang anak teruna yg tgh berjuang dlm dewan peperiksaan sekarang..hu..hu..cikgu pun suspen kan..

    BalasPadam
  2. Yati DIDB: Memang le bila anak periksa kita yg berdebar sedangkan anak saya baru periksa akhir tahun pun dah berdebar...inikan pulak SPM.

    BalasPadam