Sabtu, 6 November 2010

PENINGKATAN TARAF HIDUP ATAU SELERA KITA YANG SEMAKIN BERKURANGAN

Tajuk n3 kali ini agak pelik tapi itulah realitinya. Di usia lewat 40-an mungkin ramai yang mengalami apa yang aku rasakan. Aku amat bersyukur di atas segala apa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada aku selama aku lahir ke dunia ini sehingga kini usiaku 46 tahun. Aku tinbggal di kampung sehingga usiaku 22 tahun dan meninggalkan kampung bila aku melanjutkan pelajaran di UiTM, Shah Alam. Selama aku tinggal di kampung, jarang sekali aku menikmati makanan yang tidak sedap. Semuanya menyelerakan. Apa saja yang dimasak oleh arwah mak, kakak atau adik semuanya sedap... termasuklah yang aku masak kerana aku memang suka memasak.

Walaupun bahan mentahnya hanya yang terdapat di sekitar rumah atau dikebun seperti  pucuk paku, pucuk ubi, daun ranti, cekur manis, betik muda, kocai, biji ranti, daun kacang panjang, daun keledek, daun labu dan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan... semua sedap. Lauknya pula kebiasaanya ikan masin tamban/bulu ayam/pisau/gelama/tengeng/kotok/kembong dan sebagainya. Makan ikan basah seminggu atau dua minggu sekali. Tengoklah bila arwah abah dapat duit jual getah, nenas atau kelapa. Ikan yang biasa dibeli ialah ikan tamban/selar/kembong yang harganya ketika itu 3 kati singgit. Kalau ada lebih sikit masyukkkk... barulah arwag abah beli ikan parang atau tengiri. Ikan lain seperti ikan merah, bawal memang tak pernah beli. Kalau jiran tanya apa lauk hari ini...so dengan bangganya cakap "Lauk endok ( telor )". Aku pun tak pasti mengapa  telor begitu istimewa bagi aku.

Arwah abah memang ada bela ayam tapi telor ayam jarang diambil untuk dibuat lauk sebaliknya ia akan diramkan hingga menetas... cuma sekali-sekala diambil dua biji kemudia arwah mak akan parut 2-3 biji kelapa yang agak muda kemudian dicampur ikan bilis, bawang merah yang telah ditumbuk dan digaul bersama telor ayam... kemudian dikepal-kepal dan digoreng. Kadang2 dibuat macam lempeng. Adala rasa telor sikit2.

Selain itu bila arwah mak dan abah pegi jemputan... antara yang ditunggu selain nasi berkat ialah telor. Biasanya kalau lelaki dapat berkat perempuan dapat telor saja. Seingat aku sebelum aku sekolah menengah... bila dapat telor sebiji akan dibelah bahagi 4 menggunakan rambut atau benang. Dia punya nikmat... sedap... lazat... makan sikit2. Ingat tak Som...Gee... Nab....

Masa merubah deria rasa seseorang... hinggalah bila tengahari tadi kami tiga beranak lunch kat luar... aku order nasi paprek ayam, Harith order nasi ayam... mama order rojak mee dan extra mee rebus. Bila dah nak bayar masih lagi telor dalam mee rojak dan mee rebus yang tak dimakan. Masing2 tak nak makan telor tersebut dan akhirnya tinggalkan. Kalau 35 tahun yang lalu ianya tak mungkin terjadi. Adakah taraf hidup kita semakin meningkat atau selera kita yang semakin menurun.

Inilah telor yang sengaja ditinggalkan kerana tak lalu untuk ditelan.
Bukan tak sedap tapi macam dah jemu...


5 ulasan:

  1. sedihlah baca ingatkan sejarah silam...kehidupan susah kan masa tu...jangan mimipi nak pizza, KFC, McD, Kenny Rogers..nak sebut nama pun tak reti....tapi kesusahanlah yg mengajar kita berusaha untuk menikmati apa yang kita ada hari ni....

    BalasPadam
  2. tapi aku sampai sekarang memang suka sangat telor. rebus atau dadar. kalau aku tengok orang makan telor tak abis atau setengahnya tak makan kuning telor aku rasa nak amik aja.aku

    BalasPadam
  3. Saya dan anak2 tetap suka makan telor, beli satu tray telor ayam tak sampai seminggu dah kosong. Kalau menu ada telur rebus, jangan harap ada yang tinggal tersisa. Walau tersedia pelbagai jenis lauk tiap hari tapi telur tetap jadi pilihan. Ada saja anak2 yg akan goreng mata kerbau, telur goreng bawang, roti goreng celup telur dan macam2 lagi. Seronoknya mak ayah tumpang merasa sekali.

    BalasPadam
  4. Yin...bila beli ikan, kalau thari dah mkn ekor, mlm mkn kepala pulak.Bila pas jual nenas n Kim Sui, mak mesti beli tahu n cina alek.Aku suka mkn tahu mentah sampai le skrng.

    BalasPadam
  5. MM : Mmg kena sentiasa bersyukur n ingat mengingati.
    KK : Agaknya kerap sgt makan tu yg jemu kot. 3 org seminggu 1 tray licin.
    DIDB: Best anak dah besar2 dan boleh harap.
    MJ : Aku pun sampai skrh sukan makan tempe n tahu mentah.
    YANG PASTI DULU SELERA OK... APA SAJA SEDAP termasuk kelapa sawit rebus dan beton gori rebus.Daun jambu bol muda pun bedal.Jagong ayam direbus dan diurap dgn kelapa pun best. Nasi asin dgn sambal totok. Nasi sejuk ada **** t**** pun bedal.Subhanallah...

    BalasPadam