Khamis, 10 Februari 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 4 )

....1977 aku naik ke tingkatan 1 di SMDS...dan aku juga naik ke darjah 4 dan bersekolah di Sekolah Agama Parit Sulong Pagi  (SAPSP). Pengetua SMDS masa tu Cikgu Daud Ibrahim dan Guru Besar SAPSP Cikgu Othman Tahir.

Sebelum discreaming diadakan Ujian Diagnostik bagi menentukan kelas dan aliran...dan aku ditempatkan diiii..... ya Allah 1A13 aliran Perdagangan. Kelas terakhir tu. Sebenarnya masa tu ada aliran perdagangan, Seni Perusahaan, Sains Rumahtangga dan Sains Pertanian. Malu jugak bila orang tanya kelas mana...? Tak pe la...

Di SAPSP dari Batu 21 hanya aku dengan Idris Salleh....so pergi dan balik memang saing le.... yang sebaya dengan aku siJijot dengan Jijah Sabtu dah tak sekolah agama dah. Masuk sekolah pukul 8.00 balik kul 10.30 pagi lepas tu balik rumah dan lepas makan tengahari kul 11.30 gi SMDS lak. Naik basikal tuuu.... sehari 16 batu atau 22 km lebih kurang le... 

Prestasi aku bila dah naik tingkatan 1 dan darjah 4 sekolah agama masih maintain cuma kedudukan dalam kelas biasanya lebih 30 ke atas.  Mungkin dulu sekolah rendah saingan kecil tapi bila masuk SM murid datang dari seluruh pelulus Pt Sulong, Air Hitam, Kg2 di Jln PT Jalil, Kg2 di Jln Sgp 3, semuanya bertumpu ke SMDS dan yang bijak pun bertambah ramai. Biarpun no 30 ++ tapi dari segi % masih okK. Yang aku ingat di SAPSP aku pernah dapat nombor 39/70++.

Dulu masa sekolah rendah, hampir semua subjek aku minat terutamanya Hisab Moden ( math ) dan lukisan tapi bila sekolah menengah aku jadi kurang minat dengan hisab moden. Faktornya ialah aku dah keliru dengan pelbagai formula, sin, kosain, tenjen dan entah apa lagi. Aku suka campur, tola, kali, bahagi dan aku mahir. Sifir pun aku lancar dari sifir 1 - 12.

Ada satu peristiwa memalukan semasa kau di kelas 1A13.  Suatu petang seorang murid perempuan (adik Hj. Seni namanya Marsila ) beritahu aku.... apa yang dia beritahu.... alah malu la nak cerita....errrrrrrrrrrrrr....malu la....ok la... inilah ayatnya. "Bahrin...Norlela kata seluar awak koyak dan nampak k*n*k awak". Pehhhhhhhhh.... malunya  aku terus katup kaki. Aku rasa ramai lagi budak yang nampak. Adussssssss......... masa tingkatan 1 aku memang belum masuk jawi... dan memang tak ada seluar dalam. Dapat tengok wayang free la dia orang. Tingkatan 1-2 aku masih pakai seluar pendek warna pa exxxx...lupa yang aku ingat tingkatan 3 baru seluar warna hijau.

Kalau kat rumah sebenarnya aku masih selalu b*g*l kalau mandi dari bilik air sampai rumah. Kadang2 kalau mandi kar parit depan pun aku b*o*l lari lintas jalanraya. Kalau melepas kat pokok kelapa pun sama gak. Aku memang tak sanggup nak masuk tandas yang dindingnya atap dan kalau dah runtuh ditanam pokok pandan sebagai pelindung. Daif... tak salah aku abah buat tandas siram bila kak long dah kahwin dgn abang long. Kalau malam biasanya kat titi jela.... kelako betul. Tapi ada cerita lucu kat sini...Mamamiraki nak elak gi sekolah dia konon nak b***k tapi sebenarnya dia baling batu kat air. Wakakakakaka .....

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 3 )

Apakah kenangan lucu, manis dan pahit selama 6 tahun di SK Seri Chantek.... banyak jugak...antaranya aku dipilih untuk berlakon dalam pertandingan lakonan dalam bahasa Inggeris di SK Seri Medan tahun 1973 semasa dalam darjah 3. Beberapa hari berlatih namun aku masih tidak hafal skrip... skrip bahasa Inggeris kau... ingat senang ke... dan akhirnya Cikgu Salim Mardi kata bawak aje skrip dan baca ajelah coz dah tak ada masa lagi. Bila sampai hari pertandingan skrip aku tertinggal dan aku hanya ingat 2-3 baris skrip aje... so present jela...lepas tu bisu kat pentas dan setelah beberapa minit masuk dan duduk. Pergi SK Seri Medan nak kereta Volkswegan Cikgi Mokli. Masa darjah 6 aku pernah jugak dipilih untuk wakil sekolah dalam musabaqah membaca Al-Quran dai SK Tiga Serangkai. Emak abah dan adik beradik tak tau dan pernah aku beritahu sampai kini. Aku pun pelik...kenapa aku yang dipilih... bukan aku bagus sangat baca tapi aku adalah yang terbaik dari ramai2 murid kat Seri Chantek. Dari 7 peserta aku dapat no 6. Pergi bertanding naik Vespa dengan Cikgu Muhamad Salleh. Yang sedihnya pakaian aku...yela baju melayu tu la satu yg warnanya dah tak berapa putih. Pastu tak de samping so Cikgu Sahak pinjamkan samping.  aduhhhh daifnya.

Satu lagi kenangasn yang tak mungkin aku lupakan ialah setiap hari dalam pukul 10.00 Cikgu Mokli akan bagi isyarat ... Bahrin biasa.... agak2 apa yang dimaksudkan biasa? Maksudnya tolong cedukkan air kat perigi dan letak depan tandas sebab dia nak berak... kalau sekarang mau masuk Metro... tapi aku buat jugak dan agaknya itu salah satu berkat aku jadi cikgu hari ini.
Aku pernah jugak mengikuti lawatan sambil belajar ke KL... dan yg aku ingat antara tempat yang dilawati ialah...RTM, muzium, Tasek Perdana, Zoo Negara dan LTAB Subang. Abah bekalkan RM5.00 dan balik masih bawak jajan sate Kajang 7 cucuk RM1.00. Emakkan bekalkan ketupat...sambal kacang dengan ikan tamban masak kicap. Masuk mangkuk tingkat lagi tuuuu....

Apa yang istimewa kat SK Seri Chantek ni ialah bila seminggu lagi nak raya....dah tak belajar dah... hari2 buat ketupat untuk cikgu. Rasanya jarang ada pemantauan dari PPD ke JPNJ. Bila perkhemahan... buat pondok guna daun2 dan rumput2. Budak sekarang tak reti punya. Satu lagi bila hujan pasti tak belajar kerana tempias hujan. Dinding separuh je...

Jawatan yang aku pegang dulu ialah tukang naikkan bendera dan lepas tu tukang baca doa masa perhimpunan.

Rabu, 9 Februari 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 2 )

... Sepanjang enam tahun aku di SK Seri Chantek prestasi aku agak baik... dan ranking aku paling baik ialah no 3 dan tak pernah lebih dari 5...kira top 5 le... bukan sebab pandai tapi jumlah murid cuma labih kurang 36 orang... anak penduduk Parit Sentang, Parit Raja Ahmad dan beberapa orang    murid  dari  Batu 21 - 23. Bila di darjah 4 petang aku sekolah agama. Aku lewat  setahun dari murid lain masuk sekolah agama. Biasa darjah 3 dia orang masuk sekolah agama... tapi bila aku masuk sekolah agama aku rasa hampir 50% adalah rakan2 aku yang awal setahun belajar di sekolah agama. Mereka terpaksa mengulang kerana tak lulus.  Rasanya aku perlu bersyukur ke hadrat Allah swt kerana beri aku kelebihan IQ kalau dibandingkan dengan rakan2 aku. Aku cepat dapat membaca jawi dan biasala... kau akan jadi tukang baca kitab di depan bila cikgu mengajar. Nama cikgu tu Cikgu Azraie. Cikgu  ni agak slow sikit...subhanallah....tapi dia baik dengan aku. Hampir setiap hari  bila dia sampai sekolah... dia akan panggil aku. Dia akan beri aku 15 sen untuk beli aiskrim. 10 sen aiskrim dia dan 5 sen aiskrim aku. Aku jugak jadi ketua darjah yang angkat angkat bakul yang berisi kapur tulis, duster dan sebagainya   dari bilik guru ke kelas. Aku suka tugas ini...coz kat baku tu juga ada tali leher dia... dan aku selalu perhatikan dia ikat tali leher... dan masa dia belum sampai aku akan cuba ikat tali leher dan aku dah pandai ikat tali leher seawal usia 10 tahun. Budak2 sekarang pakai tali leher pasang siap... dulu mana ade...  Walau pun aku bukanla pandai sangat tapi diantara dia orang aku yang terbaik... so selalu aku jadi imam bila latihan sembahyang. Masa sekolah agama ranking aku  top 3 dan selalu no 1 ( walau pun tiru kitab ) dan selalu dapat hadiah biar pun hadiahnya selain kitab ialah pinggan dan bekas air.

Dari darjah satu hingga 3 sekolah kebangsaan biasanya Mama Janet akan boncengkan aku kat belakang masa pergi sekolah...( selalu kena cubit coz berat bawak aku ) tapi balik tak menentu samada abah ambik atau selalu jalan kaki...mak aiiii...hampir 3 batu berjalan beb. Kerap jugak aku jadi tukang bawak basikal Kunting anak Wak Taslim. Umur dia mmg lebih tua dari aku tapi dia ni cam budak lembam... so aku kayuh basikal dan dia duduk belakang sampai rumah dia...pastu sambung jalan kaki sampai rumah. Sebenarnya ada laluan alternatif untuk balik ke rumah. Laluan pertama melalui jalan Pt Raja Ahmad tembus kat kedai gunting Wak Kartubi. Laluan kedua dari rumah Wak Kardani ( rumah Mohidin Kardani ) keluar ke rumah Wak Daiman mentua Dani bas. Laluan ketiga dan rumah Mas'od ( Wak Ngot ) keluar rumah Serin. Laluan keempat dari depan rumah Wak Busro ( Wak Bush ) keluar sebelah rumah Mazlan Kunting. Laluan kelima dari rumah Paman Pok keluar rumah Embah Kaji/Jembris dan laluan keenam adalah jalan rezab sebelah rumah Bendot. Aku tak suka lalu laluan pertama kerana tak ada kawan dan masa tu jalan sunyi bawah pokok getah. Satu lagi segan sabab Cikgu Mokli lalu jalan tu dan kerap tumpangkan aku dengan Vespanya.

Bila balik sekolah biasala tekak haus nak beli air pun tak ada dijual tepi jalan dan tak ada duit...so atas inisiatif Wak Abu dia benarkan budak2 minum air tempayan yang diceduk menggunakan daun pisang tapi akhirnya diletak gelas plastik.

Kat kantin Wak Jalil suka sorok makanan yang istimewa dan bila makanan biasa dah habis...barulah dia keluarkan. Nak kata istimewa pun tak de le setakat aiskrim Malaysia, buah rambutan/pulasan, sukun goreng, dsb. Yang peliknya dia tak jual air. Air hanya un tuk cikgu....so budak2 ada yang bawak bekal air dari rumah. Yang tak bawak jawabnya minum air paipsekolah....iaitu ceduk air dari kolah besar sekolah sebelah bilik guru besar... cikgu Sahak... kadang2 dalam kolah tu ada telor katak. berudu dan katak tapi kita orang "hantam sajela..." "bedal aje la"...yang pelik tak selsema pulak tu!

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 1 )

N3 kali ni sebenarnya dah lama aku nak tulis tapi tak sempat-sempat. Aku nak cite perjalanan hidup aku yang aku ingat hingga kini. Aku bukanlah tokoh politik, cendikiawan, alim ulamak, jutawan, seleberiti, artis dan sebagainya yang menjadi idola.....dan aku rasa aku  tak le teruk sangat.  Namun sebenarnya aku tidak menjangka aku akan jadi seperti aku sekarang. Apa yang aku capai sekarang sebenarnya melebihi apa yang aku jangkakan dan aku citi-citakan. Aku tak pernah terfikir akan menjadi guru siswazah dan kini menjadi Penolong Kanan.Tidak terniat untuk bermegah-megah kerana segalanya adalah kurniaanNya yang dipinjamkan kepada aku.

Aku hanya anak penoreh getah/pekebun nenas/pekebun kelapa/pekebun kelapa sawit yang hidup dalam masyarakat kampung yang taraf sosio ekonominya sederhana rendah. Adalah beberapa penduduk kampung yang boleh dikategorikan sebagai berada atau kaya. Dari segi akademik hanya ada sebuah keluarga yang boleh dicontohi iaitu keluarga Hajah Suliah yang mana 3 orang anaknya belajar hingga ke luar negeri. Yang lain biasa jerr... kalau dapat kerja kerajaan masa tu memang gah jugak tapi setakat jadi askar, polis, kerani ...


Aku mula menjejakkan kaki ke sekolah pada tahun 1971 dalam darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Chantek, di Parit Sentang Batu. Aku tak pernah masuk kelas tadika. Aku rasa terlalu asing dan memang beberapa minggu atau mungkin bulan untuk aku dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Masa tu kakak aku mama Janet dalam darjah 4 dan Kak Kay dalam darjah 6. Oleh kerana persekitaran yang terlalu asing bagi aku menyebabkan aku kerap menangis dan pasti Kak Kay akan dipanggil untuk mententeramkan aku. Aku hanya kenal jiran aku Jijot dan Idris anak Salleh. Yang lain aku tak kenal dan yang memang memalukan aku ialah kosa kata dalam bahasa Melayu aku memang terhad kerana di rumah aku berkomunikasi dalam bahasa Jaworld. Orang Parit Sentang menggunakan ganti nama diri pertama sebagai "aku" sementara aku menggunakan "enyong"... ini hanya digunakan oleh jaworld2 dari Parit Sakai dan Parit Pinang Seribu, Muar. Semasa sekolah abah bekalkan duit 20 sen. Kak Kay akan beri seorang 5 sen dan baki 5 sen Kak Kay akan beli kueh dan masa tu kueh yang ada ialah kueh apam dengan epok-epok... so sebiji kueh bahagi 3 orang. Masa tu 5 sen boleh dapat sepinggan zink kecil mee hoon masa tu panggil mee siap aje... Pengusaha kantin sekolah namanya Wak Jalil dan isterinya Wak Jinah. Anak bujangnya masa tu bernama Rahman yang membantu mereka hantar makanan menaiki basikal.

Cikgu yang pertama mengajar aku ialah Cikgu Mokli ( tak tau ada lagi ke tidak ) dan Cikgu Mohamad Salleh yang mengajar agama. Merakalah yang memperkenalkan aku dengan ABC. Cikgu Mokli ni kelakar tapi kadang-kadang garang. Masa tu lepas mengajar/menulis di papan hitam...cikgu boleh hisap rokok depan murid... murid tak terikut pun.

....bersambung.

Ahad, 6 Februari 2011

SELAMAT JALAN "KEMBARA".

N3 kali ini adalah sambungan dari n3 aku yang bertajuk "Kembara, Puas Sudah Ku Mengembara" pertengahan bulan lalu. Dekat dua minggu aku kedandapan setiap pagi hantar Harith kat sekolah agama... maka tidak disangka-sangka pada suatu hari mama Harith call. Dia kata seorang ustaz kat sekolah dia tanya Kembara nak jual ke tidak. Dia kata nak bawak balik Terengganu untuk adik dia pergi kebun. Aku kata kalau kena harganya ok la.... tapi tak buat keputusan lagi. Dalam pada tu discuss la nak ambik keta apa...? Merc ke...? Banyak le aku punya Merc. .. habis tu.... Cari kereta tempatan tapi baru yang montly below RM500.00. 
Masa cuti hari Thaipussam gatal pulak nak tengok kereta kat Car City Kulai. Mula2 gi Perodua. Ingat nak ambik Mivy cos nampak cam luas gak le... Pas tu gi Proton try duduk kat Saga BLM auto. Rasa cam selesa. Mintak salesgirl buat culculation.... tanya pulak berapa dia boleh ambik Kembara aku trade-in... dia kata nak tengok kereta dulu. Petang tu salesgirl datang tengok Kembara dan dia kata RM7k je... alamak rendahnya. Petang tu jugak bagi dokumen kat salesgirl... Aku call ustaz yang nak Kembara... nak tanya betul ke nak Kembara... dia kata memang nak so esoknya dia datang tengok. Dia tanya berapa nak jual... aku cam tak pandai nak jual mahal... aku kata RM10k dan dia terus setuju. Memang kalau kat usecar harga dia masih RM15k gak. Tak pe la daripada RM7k jerrr... so hari Rabu sebelum cuti dia dah ambik Kembara coz adik dia nak ambik so dia nak servis dulu. Aku pun dah cite lampu dia ada masalah... dan masalah2 lain kat Kembara sejujur-jujurnya. Tiga hari sebelum cuti terpaksa hantar mama Harith dulu ke sekolah dan menjemputnya di sekolah... dan hari Selasa sebelum CNY dapat le keta Saga BLM. Itu yang termampu... pakai Merc bila pencen nanti le kalau panjang umur dan sihat.

Dulu Kembara teman seporchku... selamat jalan Kembara.

 Kini teman baru seporchku...Saga BLM...
ala malu2 pulak Wish ni...tunjuk bontot je...

 Belum mampu lagi..... Syukur dengan apa yang ada.




Sabtu, 5 Februari 2011

KUNJUNGAN DATUK HJ. T & DATIN HJH. S FAMILY

Dah tua-tua ni bila dengar adik-beradik nak datang memang sesuatu yang mengembirakan. Masing-masing dah tinggal jauh.... dan dan ada yang dah bermenantu dan bercucu. Kesempatan bertemu bukan selalu... biasanya di Aidil Fitri atau ada sesuatu majlis yang kadangkala pun tak semua dapat menghadirkan diri. Sebelum cuti CYN lagi dah dengar Datuk & Datin nak datang. Perancangan awal memang aku nak balik kampung tapi mama Harith demam dan batuk sehingga kini belum sembuh....so perancangan balik kampung dibatalkan. Datuk dan Datin sebenarnya ada jemputan di Taman Saujana, Kota Tinggi esok so dia rasa teringin nak tidur di kampung...so dua malam jugak mereka menginap di kampung.

Lebih kuran jam 1.30 petang sampailah mnereka di Tmn Kulai Utama. Ain dan Aeriel tak join trip mereka kali ini ... tapi Iwan, Ayu, Ija, Amy, Era dan Echa ada bersama mereka.

Baru saja sampai dan berehat di ruang tamu.

Ini saja hidangan tengahari yang dapat disediakan.

Tak ada hidangan istimewa yang disediakan... cuna lauk-lauk kampung sahaja iaitu daun ranti masak bening, biji ranti + tempe + udang, tulang ikan masin masak lemak nenas, tempe + sambal kicap, telor masin,  ikan kerisi goreng, ayam goreng berempah dan kordial mangga. Pencuci mulut tembikai kuning dan  papaya. Sorrylah kalau tak menepati selera.

Sila-sila...jangan malu-malu. Makanlah seadanya.

Lepas makan acara merehatkan badan @tidur termasuk tuan rumah. Jam 5.00 petang mereka dah bersiap untuk ke rumah Kak Long di Kota Tinggi....so minum petang dahulu sekadar otak-otak gulung, kacang goreng, limau mandarin dan teh 'O' panas.
Mongo-mongo... sak ananey yo....


 Saat perpisahan untuk sementara...Insyaallah bertemu semula.

Ini saja n3 untuk kali ini...

Jumaat, 4 Februari 2011

TUHAN NAK UJI LAGI KESABARANKU

Aduh....termengah-mengah aku... nasib baik tak semput...
Hari ni kenapa pulak Cikgu Beso... kejo anak murid ponteng ke....? Kan ke cuti CYN... tak kan kejo murid pulak...

Gini le kisahnya ( ada aku kesah )... masa tengah Buletin Utama rasa cam nak beli barang kat pasar gergasi... Tanty pun pesan beli jelly coz dia tengah demam...makan nasi pun tak selera... so aku ajak Harith gi sama coz dia pun boring cuti seminggu tak kemana. Jarak rumah aku dengan giant lebih kurang 1km jerrr... tak sampai kot.


Lepas beli2 barang kita orang pun bayar dan keluar menuju ke kereta. Sampai rumah jelly, pisau ngan susu tak de... eh mana pulak? Suruh Harith check dalam kereta... tak de gak. Adussssssssssss....kat mana pulak? Check resit dah dibayar barangan tu... eh kat mana pulak? Rasanya dah angkut semua dari troli... kesian pulak jelly Tanty tak de...so aku pun capai helmet dan start jaguh buruk aku coz lebih cepat. Aku pun letak jaguh ikut pintu tengah...dekat sikit. Aku terus gi kaunter yang aku bayar tadi dan bertanyakan kot ada barangan aku tertinggal. Dia check2 kat laci...tak de...mungkin dah diambil customer selepas aku... tak pelah...dah bukan rezeki aku. Aku masuk balik giant dan ambik barangan yang sama dan bayar. Lepas tu aku pun menuju ke pakir jaguh  aku. Aku pun hidupkan engin...tapi beberapa kali cuba tak mau hidup....adussssssssss sekali lagi. Aku try tolak dan masuk gear tapi tak mau hidup jugak,  HP tak bawak pulak... cam nak nangis la pulak. Aku pun sorong jaguh lalu tempat aku parking kereta tadi. Aku tengok troli yang aku gunakan tadi...eh cam ada bungkusan dalam troli tu... aku pun pegi kat troli tu....ya ampunnnnnnn... Alhamdulillah...rupanya aku yang tak terambil bungkusan tu... kata orang kalau masih rezeki kita dapat balik tapi kalau dah bukan rezeki...kat mulut pun orang rampas.


Habis camne dengan jaguh aku... tak kan aku nak tinggalkan. Cuba2 lagi tak hidup gak. Fikir punya fikir...ok ini ikhtiar terakhir. Aku nak lari memang tak larat... so usaha aku kat simpang nak lalu jalan besar dia cam turun bukit... aku pun sorong jaguh dan bila sampai area tu aku aku naik dan masukkan gear...beb...beb...beb...Alhamdulillah percubaan aku berjaya...mau gak dia hidup... sampai rumah. Baju dah basah... tapi syukur... barang dapat balik dan tak kena sorong moto sampai rumah.

Moral of the story... pastikan semua barang dah dibawak sebelum tinggalkan troli dan jangan naik moto buruk....dan pastikan sentiasa bawak hp.