Sabtu, 5 Februari 2011

KUNJUNGAN DATUK HJ. T & DATIN HJH. S FAMILY

Dah tua-tua ni bila dengar adik-beradik nak datang memang sesuatu yang mengembirakan. Masing-masing dah tinggal jauh.... dan dan ada yang dah bermenantu dan bercucu. Kesempatan bertemu bukan selalu... biasanya di Aidil Fitri atau ada sesuatu majlis yang kadangkala pun tak semua dapat menghadirkan diri. Sebelum cuti CYN lagi dah dengar Datuk & Datin nak datang. Perancangan awal memang aku nak balik kampung tapi mama Harith demam dan batuk sehingga kini belum sembuh....so perancangan balik kampung dibatalkan. Datuk dan Datin sebenarnya ada jemputan di Taman Saujana, Kota Tinggi esok so dia rasa teringin nak tidur di kampung...so dua malam jugak mereka menginap di kampung.

Lebih kuran jam 1.30 petang sampailah mnereka di Tmn Kulai Utama. Ain dan Aeriel tak join trip mereka kali ini ... tapi Iwan, Ayu, Ija, Amy, Era dan Echa ada bersama mereka.

Baru saja sampai dan berehat di ruang tamu.

Ini saja hidangan tengahari yang dapat disediakan.

Tak ada hidangan istimewa yang disediakan... cuna lauk-lauk kampung sahaja iaitu daun ranti masak bening, biji ranti + tempe + udang, tulang ikan masin masak lemak nenas, tempe + sambal kicap, telor masin,  ikan kerisi goreng, ayam goreng berempah dan kordial mangga. Pencuci mulut tembikai kuning dan  papaya. Sorrylah kalau tak menepati selera.

Sila-sila...jangan malu-malu. Makanlah seadanya.

Lepas makan acara merehatkan badan @tidur termasuk tuan rumah. Jam 5.00 petang mereka dah bersiap untuk ke rumah Kak Long di Kota Tinggi....so minum petang dahulu sekadar otak-otak gulung, kacang goreng, limau mandarin dan teh 'O' panas.
Mongo-mongo... sak ananey yo....


 Saat perpisahan untuk sementara...Insyaallah bertemu semula.

Ini saja n3 untuk kali ini...

4 ulasan:

  1. Kembara ko dah lelong.Saga baru nampak..

    BalasPadam
  2. Kembara dah buat hal...malas nak bela lagi...kebetulan ada orang nak.

    BalasPadam
  3. wahh bestnya......bestnya...ohhh ada kereta baru kat porch tu yea...tu lah zaman sekarang...sekeping gambar boleh menceritakan segala-galanya...hehehehhe...hatta ada sebiji pinggan bunga kangkung celah dapur tu kan..hehhehe

    BalasPadam