Rabu, 9 Februari 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 1 )

N3 kali ni sebenarnya dah lama aku nak tulis tapi tak sempat-sempat. Aku nak cite perjalanan hidup aku yang aku ingat hingga kini. Aku bukanlah tokoh politik, cendikiawan, alim ulamak, jutawan, seleberiti, artis dan sebagainya yang menjadi idola.....dan aku rasa aku  tak le teruk sangat.  Namun sebenarnya aku tidak menjangka aku akan jadi seperti aku sekarang. Apa yang aku capai sekarang sebenarnya melebihi apa yang aku jangkakan dan aku citi-citakan. Aku tak pernah terfikir akan menjadi guru siswazah dan kini menjadi Penolong Kanan.Tidak terniat untuk bermegah-megah kerana segalanya adalah kurniaanNya yang dipinjamkan kepada aku.

Aku hanya anak penoreh getah/pekebun nenas/pekebun kelapa/pekebun kelapa sawit yang hidup dalam masyarakat kampung yang taraf sosio ekonominya sederhana rendah. Adalah beberapa penduduk kampung yang boleh dikategorikan sebagai berada atau kaya. Dari segi akademik hanya ada sebuah keluarga yang boleh dicontohi iaitu keluarga Hajah Suliah yang mana 3 orang anaknya belajar hingga ke luar negeri. Yang lain biasa jerr... kalau dapat kerja kerajaan masa tu memang gah jugak tapi setakat jadi askar, polis, kerani ...


Aku mula menjejakkan kaki ke sekolah pada tahun 1971 dalam darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Chantek, di Parit Sentang Batu. Aku tak pernah masuk kelas tadika. Aku rasa terlalu asing dan memang beberapa minggu atau mungkin bulan untuk aku dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Masa tu kakak aku mama Janet dalam darjah 4 dan Kak Kay dalam darjah 6. Oleh kerana persekitaran yang terlalu asing bagi aku menyebabkan aku kerap menangis dan pasti Kak Kay akan dipanggil untuk mententeramkan aku. Aku hanya kenal jiran aku Jijot dan Idris anak Salleh. Yang lain aku tak kenal dan yang memang memalukan aku ialah kosa kata dalam bahasa Melayu aku memang terhad kerana di rumah aku berkomunikasi dalam bahasa Jaworld. Orang Parit Sentang menggunakan ganti nama diri pertama sebagai "aku" sementara aku menggunakan "enyong"... ini hanya digunakan oleh jaworld2 dari Parit Sakai dan Parit Pinang Seribu, Muar. Semasa sekolah abah bekalkan duit 20 sen. Kak Kay akan beri seorang 5 sen dan baki 5 sen Kak Kay akan beli kueh dan masa tu kueh yang ada ialah kueh apam dengan epok-epok... so sebiji kueh bahagi 3 orang. Masa tu 5 sen boleh dapat sepinggan zink kecil mee hoon masa tu panggil mee siap aje... Pengusaha kantin sekolah namanya Wak Jalil dan isterinya Wak Jinah. Anak bujangnya masa tu bernama Rahman yang membantu mereka hantar makanan menaiki basikal.

Cikgu yang pertama mengajar aku ialah Cikgu Mokli ( tak tau ada lagi ke tidak ) dan Cikgu Mohamad Salleh yang mengajar agama. Merakalah yang memperkenalkan aku dengan ABC. Cikgu Mokli ni kelakar tapi kadang-kadang garang. Masa tu lepas mengajar/menulis di papan hitam...cikgu boleh hisap rokok depan murid... murid tak terikut pun.

....bersambung.

1 ulasan:

  1. Bila hari kanak2 Wak Kiman dtg bwk biskut satu tin dibagi kat murid2.sorang dpt 2 keping.Wak Jinah pulak kalau jual aiskerim malaysia, suka disorok.Tujuannya nk bg kueh2 dia abis dulu

    BalasPadam