Rabu, 9 Februari 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 2 )

... Sepanjang enam tahun aku di SK Seri Chantek prestasi aku agak baik... dan ranking aku paling baik ialah no 3 dan tak pernah lebih dari 5...kira top 5 le... bukan sebab pandai tapi jumlah murid cuma labih kurang 36 orang... anak penduduk Parit Sentang, Parit Raja Ahmad dan beberapa orang    murid  dari  Batu 21 - 23. Bila di darjah 4 petang aku sekolah agama. Aku lewat  setahun dari murid lain masuk sekolah agama. Biasa darjah 3 dia orang masuk sekolah agama... tapi bila aku masuk sekolah agama aku rasa hampir 50% adalah rakan2 aku yang awal setahun belajar di sekolah agama. Mereka terpaksa mengulang kerana tak lulus.  Rasanya aku perlu bersyukur ke hadrat Allah swt kerana beri aku kelebihan IQ kalau dibandingkan dengan rakan2 aku. Aku cepat dapat membaca jawi dan biasala... kau akan jadi tukang baca kitab di depan bila cikgu mengajar. Nama cikgu tu Cikgu Azraie. Cikgu  ni agak slow sikit...subhanallah....tapi dia baik dengan aku. Hampir setiap hari  bila dia sampai sekolah... dia akan panggil aku. Dia akan beri aku 15 sen untuk beli aiskrim. 10 sen aiskrim dia dan 5 sen aiskrim aku. Aku jugak jadi ketua darjah yang angkat angkat bakul yang berisi kapur tulis, duster dan sebagainya   dari bilik guru ke kelas. Aku suka tugas ini...coz kat baku tu juga ada tali leher dia... dan aku selalu perhatikan dia ikat tali leher... dan masa dia belum sampai aku akan cuba ikat tali leher dan aku dah pandai ikat tali leher seawal usia 10 tahun. Budak2 sekarang pakai tali leher pasang siap... dulu mana ade...  Walau pun aku bukanla pandai sangat tapi diantara dia orang aku yang terbaik... so selalu aku jadi imam bila latihan sembahyang. Masa sekolah agama ranking aku  top 3 dan selalu no 1 ( walau pun tiru kitab ) dan selalu dapat hadiah biar pun hadiahnya selain kitab ialah pinggan dan bekas air.

Dari darjah satu hingga 3 sekolah kebangsaan biasanya Mama Janet akan boncengkan aku kat belakang masa pergi sekolah...( selalu kena cubit coz berat bawak aku ) tapi balik tak menentu samada abah ambik atau selalu jalan kaki...mak aiiii...hampir 3 batu berjalan beb. Kerap jugak aku jadi tukang bawak basikal Kunting anak Wak Taslim. Umur dia mmg lebih tua dari aku tapi dia ni cam budak lembam... so aku kayuh basikal dan dia duduk belakang sampai rumah dia...pastu sambung jalan kaki sampai rumah. Sebenarnya ada laluan alternatif untuk balik ke rumah. Laluan pertama melalui jalan Pt Raja Ahmad tembus kat kedai gunting Wak Kartubi. Laluan kedua dari rumah Wak Kardani ( rumah Mohidin Kardani ) keluar ke rumah Wak Daiman mentua Dani bas. Laluan ketiga dan rumah Mas'od ( Wak Ngot ) keluar rumah Serin. Laluan keempat dari depan rumah Wak Busro ( Wak Bush ) keluar sebelah rumah Mazlan Kunting. Laluan kelima dari rumah Paman Pok keluar rumah Embah Kaji/Jembris dan laluan keenam adalah jalan rezab sebelah rumah Bendot. Aku tak suka lalu laluan pertama kerana tak ada kawan dan masa tu jalan sunyi bawah pokok getah. Satu lagi segan sabab Cikgu Mokli lalu jalan tu dan kerap tumpangkan aku dengan Vespanya.

Bila balik sekolah biasala tekak haus nak beli air pun tak ada dijual tepi jalan dan tak ada duit...so atas inisiatif Wak Abu dia benarkan budak2 minum air tempayan yang diceduk menggunakan daun pisang tapi akhirnya diletak gelas plastik.

Kat kantin Wak Jalil suka sorok makanan yang istimewa dan bila makanan biasa dah habis...barulah dia keluarkan. Nak kata istimewa pun tak de le setakat aiskrim Malaysia, buah rambutan/pulasan, sukun goreng, dsb. Yang peliknya dia tak jual air. Air hanya un tuk cikgu....so budak2 ada yang bawak bekal air dari rumah. Yang tak bawak jawabnya minum air paipsekolah....iaitu ceduk air dari kolah besar sekolah sebelah bilik guru besar... cikgu Sahak... kadang2 dalam kolah tu ada telor katak. berudu dan katak tapi kita orang "hantam sajela..." "bedal aje la"...yang pelik tak selsema pulak tu!

1 ulasan:

  1. Cikgu Azrai kan ala2 wire short sikit.selalu dia kena marah n cikgu saadi sebab murid2 bising dia wat x tau je.Pas tu senyum2 sendiri.Ingat aku lg cikgu Azrai tu..

    BalasPadam