Sabtu, 21 Ogos 2010

11 RAMADHAN 1431

Semalam Sabtu 11 Ramadhan 1431 dari pagi memang tak kemana sekadar ke pasar je... beli bahan keperluan untuk masakan berbuka. Hari ini Tanty start masak awal ... kul 4.00 dah siap masak pastu masuk dlm container.

Ini pack2 makanan nak kemana niii... nak picnic kerr?

Jom kita tengok... apa yang ada dalam container ni...

Sambal udang + petai.

Sambal kacang.

Ayam masak ungkep.

Ketupat segera.

Lodeh hoi mai lodeh.

Desert bubur pulut hitam.

Kita orang sebenarnya bukan nak pegi pegi picnic... tapi nak berbuka berpuasa di rumah SIL di Kg Baru, Seri Gading. SIL memang belum sihat selepas operation dan sedang proses kimotrapi. Kita orang sengaja tak memberitahu SIL kerana tak mahu menyusahkan menyediakan juadah berbuka. Kita orang dah berpakat dengan BIL ( ADO ) dan isteri untuk berbuka di rumaha SIL. BIL dan isteri dah sampai seawal 3.30 petang. Kita orang sekeluarga bertolak dari Kulai jam 5.15 petang dan sampai lebih kurang jam 6.30 petang...agak cepat kerana lalu lintas clear. Bila tiba waktu berbuka penuh gak semeja kerana BIL beli juadah berbuka iaitu ayam golek, kuih muih, dan air cikong. Hubby SIL rupanya sempat memasak. Kita tengok apa yang ada di atas meja.

Ini dia... penuh semeja.

Ayam golek Pt Yaani.

Lepat pisang mables... aku makan 3.

Kuih karipap, ketayap dan sagu.

Sup campur.

Air tembikai dan air cikong.

Lepas berbuka perut sebu lah pulak... mungkin coz pagi tadi kerinan terjaga kul 6.00 pagi so tak sahur. Tu yang masuk angin kot. Malam BIL dan isteri balik rumah Pt Yakob. Kita orang tidur kat sini. Pagi tadi lepas solat subuh kita orang balik Kulai... dan buat n3 ini.

6 ulasan:

  1. Hidangan-hidangan itu terasa seolah-olah hari raya akan disambut esok...

    Set jam hanphone....Sekarang ialah masa untuk bangun....!

    BalasPadam
  2. yin, tanty ke yang masak2 tu sume yin, rajin dia masak ya, dah macam raya lak menunya...

    BalasPadam
  3. Yela... aku tolong ngopik2 bawang dgn gi belanja.

    BalasPadam
  4. kalau singgah Bangi sekali bawak juadah enak cam tu..seronok gak kan..he..he..bertambah2 pahala puasa.

    BalasPadam
  5. salam ramadhan abang yin ittewww..

    BalasPadam
  6. en_me: Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tidak sepertinya. Maaf en_me... boleh tak perkenalkan diri. nikcname.. belum dapat mengenali..

    BalasPadam